Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: Ebook percuma

azizwan(dot)com dah kembali seperti biasa

Alhamdulillah.. Setelah lebih kurang 2 minggu blog ini gagal diakses disebabkan berlakunya masalah yang tidak dapat dielakkan pada server provider, akhirnya ia berjaya juga dipulihkan seperti sedia kala setelah beberapa ketika ianya menjadi Kota A Famosa a.k.a pusat tinggalan sejarah.

Pada awalnya aku tak expect ianya masalah yang serius sebab benda-benda macam ni biasa berlaku kat mana-mana hosting berbayar even ianya adalah server paling profesional yang wujud kat atas muka bumi ni. Tapi bila dah berlarutan sampai 3 hari, tak senang duduk juga dibuatnya. Aku pun cuba la tanya kat owner kenapa boleh jadi macam ni. Tapi sedihnya.. YM takde respon, SMS tak berbalas dan calling hanya si gadis operator je yang jawab. Kecewa bukan kepalang dan sakit hati semestinya ada. Tapi nak buat macam mana, hanya itu je yang mampu aku buat. Takkan plak aku nak berhabis beratus riggit beli tiket flight semata-mata nak jumpa pihak server untuk dapatkan jawapan.

Tunggu punya tunggu, masih takde jawapan sehinggalah server berjaya dipulihkan lebih kurang seminggu kemudian. Time tu terubat la sedikit luka dihati sebab dah boleh masuk ke blog sendiri. Tapi terkejut beruk siot bila blog yang dah berisi tiba-tiba kosong seperti baru diwujudkan. Terdetik kat hati, what the fish? Walaupun aku tau kandungan blog aku ni tak sehebat blog kau, tapi siapa tak sayang dengan benda yang dihasilkan oleh diri sendiri tiba-tiba hilang macam tu saja. Sekali lagi aku cuba tanya kat pihak server samada database aku masih ada dalam simpanan mereka sebab aku tak buat backup, namum semuanya masih sama seperti yang dah aku tulis kat atas. Apa yang boleh aku lakukan, hanya tunggu.. tunggu.. dan tunggu..

(more…)

Diterbitkan pada 7 June '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Make Money, Picture | Komen: Ada 14 Comments.

eBook Percuma Dari Raja Kamil

eBook Percuma Dari Raja Kamil

Dah tengok gambar Aril cium dahi Qhaud? Huhu.. Kalau belum dan nak tengok, scroll je ke bawah atau klik di sini. Mula-mula Wan ingat gambar tu image trek semata-mata sebab tengok gambar tu pun lain semacam. Lagipun Wan tak expect diorang akan buat macam tu. Rupa-rupanya betul dowh lepas Wan baca sendiri kat www.murai.com.my. Tapi takpe, just fikir positif yang itu hanya ciuman seorang kawan.

Sebenarnya Wan langsung takde idea nak update blog ni tapi memandangkan Wan mempunyai masa terluang yang teramat sangat dek menunggu movie Slumdog Millionaire successfully download, maka Wan gunakan masa menunggu yang ada untuk menulis (mempromosi sebenarnya) mengenai ebook percuma Raja Kamil ni. Huhu.. Ok, kat bawah ni adalah sedikit hint mengapa kau perlu mendownload ebook tersebut.

Ikan Kecil Untuk Ikan Besar

Dalam topik ni, Raja Kamil memberikan sebuah cerita motivasi khusus untuk mereka yang mahu ataupun baru sahaja memulakan perniagaan dimana cerita tersebut sangat mudah difahami malah sesuai dengan topik iaitu ikan kecil untuk ikan besar. Dalam kata lain, ianya berkaitan dengan strategi perniagaan. Di sini Raja Kamil juga memberikan ulasan beliau bagaimana menjadi peniaga yang berjaya.

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 27 March '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Make Money | Komen: Ada 11 Comments.