
Sekarang ni aku rasa macam nak terjun dari bangunan 10 tingkat je sebab aku tak menang iPhone 4 daripada DiGi. Penat-penat aku tulis entri sehabis baik semata-mata nak suruh kipas susah mati iPhone supaya apply iPhone 4 kat DiGi, tapi sampai hati DiGi tak pilih aku sebagai pemenang. Paling tak pun, masukkanlah aku dalam shortlisted yang bakal memenangi iPhone 4 tu. Tak la aku frust menonggeng macam sekarang ni. Sob3..
Hahahaa.. Gila sadis luahan perasaan. Tapi bila nengok antara 5 yang disenarai pendekkan tu, kiranya memang layak la diorang menang kalau nak compare ngan entri aku sebab diorang memang kreatif. Aku apa la sangat, entri je yang panjang berjela. Bosan nak baca. Cuma, ada juga entri yang aku rasa macam ntah apa-apa ntah dan tak patut disenarai pendek. Yang ni tak nak komen lebih-lebih, nanti ada yang cakap aku jeles pulak.
Apa2 pun, tahniah kepada mereka yang telah disenarai-pendek kat bawah ni

Kita tengok, siapa yang kena.
Psstt: Lepas ni takmo la aku join contest Nuffnang lagi sebab aku sangat noob bab photo editing ni. Takde point untuk tarik perhatian juri. Kalau tulis panjang-panjang pun, bukan diorang pandang. Malah boleh jadi, diorang tak baca kot T_T (more…)
Diterbitkan pada 26 October '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Fast Update, Personal | Komen: Ada 17 Comments.

First of all, aku nak ucapkan tahniah kepada Black dan opkos mentor’nya sekali iaitu Mas Idayu kerana menjadi juara untuk Mentor musim ke-3. Tapi aku sebenarnya nak kata lebih dari itu iaitu tahniah kerana berjaya mengalahkan Chaq since mentor’nya adalah ‘kaki berlagak’ siapa lagi kalau bukan (kamu teka la siapa yer?).
Ni aku nak cakap kat mentor Chaq.. Kalau setakat dalam kumpulan bolehlah kau berlagak dengan protoge kau yang taklah hebat sangat tu. Tapi bila dah masuk semi final, baru kau tau langit tu tinggi ke rendah. Dan lagi 1 aku nak nasihat, kalau orang kritik protoge kau, janganlah berlagak macam kau tu hebat sangat.. Kan tak pasal-pasal orang meluat dengan kau dan tempiasnya opkos la kena kat protoge kau. So, no wonder la kalau pengundi Black beriya-iya menghantar undian SMS semata-mata mahukan beliau bergelar juara. Tak gitu?
Ok, ok.. Balik kepada tajuk. Actually, aku takde apa benda pun nak update. Tapi since aku nak luahkan kepuasan hatiku disebabkan Chaq tak menang (kepada Mentor’nya sebenarnya), maka wujudlah entri ini. Bak kata Lin Dan, “kalau nak smash biar kena pada masa dan tempatnya, baru senang nak kalahkan Datuk Li Choong Wei”. Huhu.. Adeh, melalut lagi. Sorry, sorry.. (more…)
Diterbitkan pada 13 July '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Fun & Jokes, Video | Komen: Ada 24 Comments.

Adakah korang tahu bahawa buat masa ini DiGi dan Nuffnang sedang bekerjasama menganjurkan contest yang diberi nama “Speak Up Malaysia”? Mungkin ada yang dah tahu sebab semenjak dua menjak ni iklan mengenainya telahpun dipaparkan oleh Nuffnang kat blog-blog yang meletakkan iklan mereka dan mungkin ada juga yang tak tahu sebab taknak ambil tahu atau saja buat-buat tak tahu. Huhu..
Jadi aku tulis entri ni semata-mata nak ajak korang terutamanya korang yang bernama (maksud aku bangsa) Melayu untuk sertai contest ni since kebanyakkan penyertaan yang aku tengok setakat ni dimonopoli oleh mereka yang bukan berbangsa Melayu (lebih tepat Cina kot?). Bukan apa, dengan contest inilah kita sebagai orang Melayu berpeluang utk menyuarakan apa yg terbuku di hati. Kui3..
Untuk menyertainya, korang hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah seperti yang tertera kat bawah ni dengan syarat korang mempunyai handphone yang boleh menghantar MMS. Kalau takde handphone berkamera dan tak boleh hantar MMS, tak dapat aku nak nolong. Huhu (more…)

Diterbitkan pada 8 July '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Nuffnang, Promotion | Komen: Ada 13 Comments.