
Nampaknya dah sampai time untuk aku mempunyai lesen memandu supaya lepas ni boleh la aku memandu dengan kacaknya tanpa perlu risau berhadapan dengan abang-abang polisi kat jalan raya untuk dilayangkan surat saman. Huhu..
Kalau takde aral melintang, bulan depan atau bulan Jun aku start masuk kelas (macam sekolah pulak dah. Keh3). Korang doa-doakan lah yer. Oh ya, total bayaran kelas memandu dari A sampai Z (sampai dapat lesen dan tak termasuk bayaran ulangan) kat Sabah ni adalah RM1700. Bagaimana pula kat tempat korang?
Sebelum terlupa, aku nak buat iklan sket. Jom sertai contest yang dianjurkan di blog Denaihati dimana hadiah yang ditawarkan adalah berupa laptop Acer Aspire One. Untuk keterangan lanjut, silalah baca kat BLOG NI yer. (more…)
Diterbitkan pada 11 April '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Miscellaneous, Personal | Komen: Ada 20 Comments.

Masa online petang tadi, agak terkejut juga bila baca twitter mention daripada blogger kacak siapa lagi kalau bukan Apiih cakap yang aku tersenarai sebagai salah seorang pemenang contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL siap minta belanja kepsi lagi. Terus aku cakap, biar betul mamat ni?
Lepas je baca mention tu, aku pun apa lagi, teruslah ambush blog Denaihati untuk nengok sama ada apa yang si Apiih bagi tau tu betul atau sekadar propa je. Dan bila aku nengok dengan mata sendiri, patutlah awal-awal lagi si Apiih nak aku belanja beliau kepsi. Kui3 (more…)
Diterbitkan pada 18 February '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Personal | Komen: Ada 23 Comments.

Hi guys, apa khabar hari ni? Hopefully korang sihat la yer. InsyaAllah. Dan sebelum korang layan entri ntah apa-apa ntah aku kali ni, aku nak tanyalah, korang dah usya blog Apiih (ala, yang slumber je promo blog beliau kat blog aku ni. huhu..)?
Lately aku agak ketiadaan masa meng’onlinekan diri sampaikan blog aku yang tak femes ni pun aku tak terlayan apatah lagi blog korang yang super femes tu kan. Malah nak baca kesemua entri yang terpilih as entri terbaik untuk contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL pun tak menyempat *sigh. Sorry yer bro Denaihati, bukan aku sengaja tapi serius aku tak boleh nak elak. Kalau la aku dapat online seperti biasa, pastinya aku akan jadi orang pertama yang memberikan undian untuk entri yang layak dinobatkan as entri terbaik. Huhu..
Dipendekkan cerita, seminggu dua ni aku sibuk tolong akak aku bersihkan tempat tinggal baru mereka sekeluarga. Tak cukup hanya bersihkan, kena tolong punggah barang yang dah diangkut dari tempat tinggal lama pulak. Lepastu, kena pulak tolong atur barang-barang tu kat tempat yang sepatutnya. Fuh, betul-betul mengerah keringat dowh. Korang bayangkanlah, dari rumah kosong tetiba korang kena letak barang-barang kat dalam tu siap kena jadi interior designer tak bertauliah. Penat beb! Sekarang pun tak habis lagi. (more…)
Diterbitkan pada 7 February '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal | Komen: Ada 8 Comments.

Hanya tinggal kurang dari 48 jam sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2010. Ini bermakna, entri ini mungkin adalah entri yang terakhir untuk tahun ni atau dalam bahasa mudahnya entri penutup untuk tahun 2009.
Straight to the point. Misi gagal yang aku maksudkan di sini adalah mengenai cabaran buat duit melalui blog yang pernah aku canangkan sebelum ini. Kalau korang mengikuti blog aku ni sejak 6 bulan lepas, rasanya korang tahu kot mengenai cabaran tersebut.
Ok, kenapa gagal? Sebabnya target untuk mendapatkan RM3k dalam tempoh 6 bulan tidak berjaya kerana semasa entri ini ditulis, aku hanya berjaya mengumpul RM1368.05. Itupun selepas aku cashout earning Nuffnang aku. Kalau tak, memang tak merasa la boleh dapat jumlah tu. Huhu.. (more…)
Diterbitkan pada 30 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Personal | Komen: Ada 34 Comments.
Nota: Ini adalah entri re-publish. Entri asal dan kesemua komen yang diberikan sebelum ini telah hilang akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. So, aku minta maaf bebanyak diatas kesilapan tersebut.

Ok, ni aku nak update sket pasal contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dah aku post sebelum ni dan juga sedikit ‘ganjaran’ daripada aku buat korang yang dah menyertai contest tersebut dan mengetahuinya melalui blog aku. Maknanya aku sebagai referral la tu. Huhu..
1. Pihak penganjur telah menukar syarat untuk menentukan top rank untuk keyword HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Jika sebelum ini kedudukan ditentukan melalui www.google.com.my tapi memandangkan contest tersebut terbuka kepada semua blogger kat seluruh dunia, maka ianya telah ditukar kepada www.google.com. Untuk lebih lanjut, korang boleh lihat DI SINI
2. Korang yang menyertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni dan mengetahuinya daripada blog aku, secara automatik akan menerima satu slot iklan bersaiz 200 x 78 kat sidebar tu dan akan diletakkan selama 30 hari. Kalau takde banner size tu, korang boleh je bagi apa-apa size dan ianya akan diresize. (more…)

Diterbitkan pada 9 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest | Komen: Ada 4 Comments.