Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: Contoh Ucapan Hari Raya Aidilfitri

Perutusan Aidilfitri Untuk Tahun 1432H Daripada Azizwan

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI YANG LAWAK DAN MENARIK
Pic taken from here

Assalamu’alaikum W.B.T

Pejam celik, pejam celik, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita umat Islam kat Malaysia ni dan beberapa negara yang sewaktu dengannya akan menyambut kedatangan Syawal 1432H yang dijangka jatuh pada 30 Ogos 2011 (Selasa). Oleh itu, aku mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua yang kebetulan membaca entri yang aku tulis ini.

Aku juga menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada kawan-kawan yang dok selalu usya blog syok sendiri aku ini dan semua yang pernah membaca entri-entri kat blog ni. Manalah tahu ada entri yang aku tulis kat blog ni telah menyinggung perasaan dan menyakiti hati anda secara sedar atau tanpa sedar, secara langsung ataupun tidak langsung. Harap dimaafkan yer dan jangan disimpan di dalam hati.

Kepada yang balik ke kampung halaman tu lebih-lebih lagi yang bawak kenderaan sendiri, pandu elok-elok. Amalkan pemanduan berhemah di jalan raya dan paling penting, banyak-banyakkan bersabar. Ingat orang tersayang. Semoga selamat sampai ke kampung dan in advance, selamat kembali juga nanti. InsyaAllah. Akhir kata, selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Selamat bergembira. (more…)

Diterbitkan pada 28 August '11 oleh pemilik blog ini iaitu . Sape lagi kan?
Kategori: Celebration, Must Read, Personal | Komen: Ada 1 Comment.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

KAD HARI RAYA ONLINE

Assalamu’alaikum W.B.T

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirainya dan sesudah itu seluruh umat Islam terutamanya kat Malaysia ni akan menyambut 1 Syawal yang dijangkakan akan jatuh pada hari Jumaat (10. September 2010). Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa Syawal tahun ini akan jatuh pada hari Khamis. Entah la, dengar pengumuman dari penyimpan mohor-mohor besar sudah. Lagipun aku tak kisah bila raya sebab baju raya aku untuk tahun ni tak siap lagi. Sob3.

Baiklah, aku tulis entri ni bukan nak melalut tapi cuma ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda semua yang membaca ataupun terbaca entri ini. Aku juga dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon maaf daripada anda semua andainya aku pernah melakukan kesilapan. Maklumlah, aku hanya manusia biasa yang pastinya tak pernah lepas dari melakukan kesilapan samada ianya secara sengaja ataupun tidak. So, harap dimaafkan. (more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 7 September '10 oleh pemilik blog ini iaitu . Sape lagi kan?
Kategori: Celebration, Muslim, Personal | Komen: Ada 20 Comments.