Tag Archives: Contest online

Sebab takde cerita sendiri yang nak dikongsikan, buat entri promo ni pun jadilah. Sekurang-kurangnya terisi juga blog yang dah semakin bersawang ni. Huhu.. Promonya, jom ramai-ramai join contest yang dianjurkan oleh owner blog azah.my dimana korang berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan iaitu wang tunai.
Contest yang dianjurkan tu sangat mudah dimana korang hanya perlu tuliskan sedikit review mengenai blog tersebut. Tak reti nak review? Ala, bukan susah pun nak review. Korang bedal je tulis apa yang korang nak tulis asalkan ianya ada kaitan dengan blog tu ler. Jangan korang tulis yang ntah apa-apa ntah sudah. Confirm tak menang.
Hadiah yang ditawarkan pula berupa wang tunai yang mana jumlahnya RM100. Boleh tahan banyak tu. Tak kan korang tak nak kot? Huhu.. Ok la, untuk info lanjut dan syarat penyertaan, TERJAH SINI.
Selamat mencuba
(more…)
Diterbitkan pada 25 November '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Promo | Komen: Ada 6 Comments.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Aku tahu kebanyakkan yang dok usya dan sudi layan blog aku ni adalah dari kalangan blogger yang semestinya mempunyai blog sendiri. Jadi aku nak ambil kesempatan ini untuk mem’promo contest yang dianjurkan di blog yang bebas sebebas bebasnya, apa lagi kalau bukan Zon Bebas.
Contest tu berbentuk review. Jadi kalau korang terer bab-bab review ni, boleh la tunjukkan ketereran (apa punya perkataan dah) korang tu dengan menyertai contest tersebut. Yer la, peluang macam ni bukan selalu datang. Jadi bila dah datang, takkan nak lepaskan pulak?
Yang tak pernah dan konon’nya tak reti buat review tu pun apa salahnya korang join sama. Maklumlah, tuah ayam nampak di kaki, tuah ngko tengok la camne nanti. keh3.. Kalau tak menang pun sekurang-kurang’nya sebagai 1st step untuk korang mengasah bakat dan menambah mutu penulisan korang. Ha, kan elok tu. Hee.. (more…)
Diterbitkan pada 25 April '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Promo | Komen: Ada 13 Comments.

Muahaha.. Cam lawak je si Wan ni kan? Dapat duit free pun nak tulis kat blog. Huhu.. Sebenarnya Jaws yang suruh Wan tulis entri ni memandangkan Wan dah menang contest yang beliau anjurkan. Alamak! Terbagi tau la pulak. Sorry ye Jaws. Hahaha.. (saja nak bagi kamu panas)
OK! Macam yang dah tertulis kat perenggan atas ni, Jaws telah memilih Wan sebagai pemenang Contest Duit Free beliau untuk minggu ke-7 dan kerana itulah Wan menerima duit free dari beliau. TQ ye Jaws sebab bagi Wan duit free. Kamu macam tau-tau je yang Wan sedang kekeringan fulus sekarang ni. Hehehe..
(more…)
Diterbitkan pada 15 April '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Fast Update, Make Money, Personal | Komen: Ada 26 Comments.

Kini tibalah masa yang korang nanti-nantikan iaitu contest yang Wan janjikan sebelum ini. Huhu.. Kalau nak diikutkan, minggu lepas lagi Wan dah post contest ni tapi apakan daya streamyx Wan bermasalah. Jadi, terpaksa la Wan memerapnya buat seketika supaya ianya lebih enak dan sedap seperti jeruk mangga mungkin. Hehehe.. Oleh kerana streamyx Wan sudah kembali pulih seperti biasa, maka dengan rasminya contest pertama yang Wan janjikan itu berlangsung mulai saat ini.
Untuk menyertai contest ini mudah sahaja. Korang hanya perlu meneka nilai keseluruhan duit 5sen yang ada pada gambar di atas dan berikan jawapan korang pada ruangan komen di bawah. Setiap seorang hanya layak untuk 1 penyertaan dengan memberi 2 jawapan sahaja. Ingat, 2 jawapan sahaja! Jika didapati ada diantara korang yang menghantar lebih dari 1 penyertaan, secara automatik contest ini akan terbatal. Ini bermakna, semua penyertaan akan dibatalkan. Oleh itu, jadilah orang yang bijak dengan mengikuti semua peraturan. Boleh kan?
Ok, contest ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai alamat di Malaysia. Ini bermakna, walau korang berada di Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Filipina atau di bulan dan bintang sekalipun, korang masih boleh menyertai contest ini tetapi hadiah yang korang menangi hanya akan dihantar ke alamat dalam Malaysia. So, kalau korang yang berada di luar Malaysia tu berlangkah kanan dengan memenangi contest ini , bolehlah bagi hadiah yang korang menangi kepada keluarga, saudara-mara ataupun sahabat korang yang berada di Malaysia.
(more…)

Diterbitkan pada 21 March '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Contest | Komen: Ada 66 Comments.