Betul ke boleh buat duit dengan blog?

Salam semua.. Pertama sekali jangan tersalah faham dengan tajuk entri aku kali ni ye sebabnya aku tulis tajuk macam tu bukanlah pulak aku nak tulis pasal betul ke boleh buat duit dengan blog atau nak buat review pasal benda ni. Cuma aku nak lakukan sesuatu berdasarkan dari tajuk tu. Nak tahu apa dia? Teruskanlah membaca yer. Hehe..
Macam ni, memandangkan sudah hampir 1 tahun aku ‘menggatalkan’ diri dengan dunia blogging memblogging ni dan sekarang ni plak dah masuk penggal ke-2 untuk tahun 2009, jadi saja aku nak bereksperimen untuk membuktikan betulkah blog boleh menjana pendapatan since sudah banyak ebook yang aku baca termasuklah teknik menjana pendapatan melalui affiliate yang baru aku download beberapa hari lepas.
Selepas membaca eBook menjana pendapatan melalui affiliate tu, entah kenapa aku terus rasa nak cabar diri aku dan dalam pada masa yang sama, aku mahu mendapatkan jawapan samada betulkah boleh buat duit melalui blog atau ianya sekadar ‘marketing strategy’ untuk melariskan produk lagi-lagi yang berkaitan dengan perkataan buat duit melalui blog itu sendiri.




tahniah!