Celcom Broadband Review – Setelah 4 Bulan Menggunakannya

Sejak aku buka perkhidmatan pendaftaran Celcom Broadband, ramai yang hantar emel kat aku tanya OK ke Celcom Broadband ni? Laju ke surf internet? Antara Celcom Broadband, Digi Broadband dan Maxis Broadband, yang mana lebih baik? Jadi, memandangkan ramai yang tanya maka aku merajinkan diri buat sedikit review mengenai Celcom Broadband ni based on experience setelah 4 bulan menggunakannya.
Sedikit ringkasan yang perlu korang tahu sebelum membaca review aku.
Pakej Celcom Broadband: Pakej basic (D68)
Modem yang digunakan: Huawei (model: E1550) *seperti gambar di atas
Lokasi: Sebuah pekan kecil di Sabah yang jauh daripada Kota Kinabalu.
Ok! Dari aspek kelajuan melayari internet, secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan Celcom Broadband ni sebab kat tempat aku ni dapat liputan HSDPA malah line full bar. Satu kelebihan kepada sesiapa sahaja yang menggunakan Broadband. So, setakat layan YouTube tu memang no hal lah. Takdenyer nak berjanggut tunggu video buffering malah lebih laju lagi dari Streamyx 512Kbps. Ini serius! (more…)


