Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: cek nuffnang

Blogger – Kenapa anda harus pilih Nuffnang berbanding yang lain

TIPS DAN CARA MENDAPATKAN PENDAPATAN YANG BANYAK DENGAN NUFFNANG

Nak bagi tahu awal-awal yang entri ni hanya sesuai dibaca oleh para blogger yang baru nak berjinak-jinak dengan pengiklanan blog (blog advertising) sahaja. So, yang dah lama tu atau memang tak pernah teringin nak pasang mana-mana iklan kat blog, boleh abaikan. Tapi kalau nak baca juga, lagi bagus kot. Hee..

Ok! Ni aku nak tulis sket kenapa anda harus memilih Nuffnang berbanding blog advertising yang lain yang ada kat Malaysia ni.

Pertama: Aku dah buat perbandingan mengenai tarikh penubuhan antara beberapa buah syarikat blog advertising yang ada kat Malaysia ni dan nyata Nuffnang adalah yang terlebih dahulu wujud iaitu pada tahun 2006 dan sehingga kini masih menjalankan operasinya. So, dari tarikh penubuhan tu jelas yang Nuffnang adalah syarikat yang berjaya. Yer la, kalau tak berjaya takkan boleh bertahan sampai sekarang kan?

Tambahan pula, sepanjang aku kenal dengan Nuffnang, tidak pernah aku dengar komen-komen negatif mengenai mereka. Cuma yang ada, komen-komen positif serta pujian yang melambung-melambung. So, adakah masih sukar untuk membuat pilihan yang bijak?

Kedua: Pembayaran yang agak konsisten dan sangat memuaskan hati. Ada la beberapa kali aku cash out pendapatan Nuffnang aku dan seperti yang dijanjikan mereka (berdasarkan terma – rujuk di sini), bayaran diterima dengan jayanya. Tidak pernah ada bayaran yang tertangguh serta bayaran tidak diterima. (more…)

Diterbitkan pada 3 December '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Nuffnang | Komen: Ada 25 Comments.

Terima kasih Nuffnang.. Sayang korang

Cek Nuffnang

Wuhuu.. Aku tak tahu nak mula macam mana. Cuma apa yang boleh aku katakan sebagai mukadimah entri ni ialah, sekarang ni aku dalam mood yang agak happy walaupun baru je beberapa hari lepas aku down gila disebabkan kes ni. Huhu.. Korang nak tahu kenapa aku happy? Woot! Takkan tak tau lagi kot. Kan dah tunjuk kat atas tu. Hehehe..

Untuk makluman korang (nak bagi tau juga even korang tak nak tahu. hee), cek tu adalah cek pertama yang aku terima dari Nuffnang. Ya, cek pertama atau dalam bahasa orang putihnya, first cheque. Hehe.. Agak sadis juga disitu sebab dah lebih dari setahun aku berblogging bertemankan iklan-iklan mereka, baru ler dapat cek yang pertama. Bapak gila lama tu kan? Tapi nak buat macam mana, dah nasib badan. Maklumlah, aku kan sekadar blogger picisan yang menumpang di sudut dunia blogging ni. Sebab tu earning Nuffnang sekadar sekupang dua je. Uhuk.. Uhuk.. (more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 12 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Nuffnang, Personal | Komen: Ada 57 Comments.