Tag Archives: cara buat duit melalui blog
Nota: Ini adalah entri re-publish. Entri asal dan kesemua komen yang diberikan sebelum ini telah hilang akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. So, aku minta maaf bebanyak diatas kesilapan tersebut.

Sebelum bermula, Wan nak announce sket yang mulai dari entri ini Wan akan menggunakan kata ganti nama aku bagi menggantikan Wan yang dah setahun (lebih sebenarnya) Wan gunakan kat blog ni.
Back to topic. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Apa yang korang faham dengan ayat tersebut? Opsss. Maaf! Sebenarnya tak perlu pun aku mengutarakan pertanyaan tersebut kerana aku percaya korang yang sedang membaca entri ini faham apakah yang dimaksudkan dengan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini bukan? Malah ada antara korang yang menjadikannya sebagai prinsip hidup. Kan? Bohonglah kalau korang kata korang tidak tahu melainkan korang baru je dilahirkan semalam. Hee..
Bagi aku, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni memberi pengaruh yang sangat besar terhadap minda separa sedar kita kerana secara tidak langsung, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dapat membuka minda separa sedar kita bahawa untuk mencapai matlamat hidup, kita haruslah berani untuk menerima kegagalan walaupun kita semua tahu bahawa kegagalan itu sesuatu yang pahit untuk ditelan.
Itu bagi aku. Bagi korang pula, aku tak tahu sebab aku pasti pengertian kita terhadap HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini tidak sama. Namun, aku berani katakan yang motifnya hanya satu iaitu BERANI GAGAL demi MENCAPAI KEJAYAAN atau dalam ayat panjangnya, kita sanggup mengambil risiko dengan melakukan sesuatu perkara yang belum pasti apa kesudahannya (hasil) dan telah bersedia dengan apa sahaja yang berlaku kerana apa yang kita harapkan tidak selalunya akan kita perolehi. Faham kan? Ke aku je yg syok sendiri. Haha.. Lantaklah! (more…)
Diterbitkan pada 9 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Freedom Talk | Komen: Ada 22 Comments.

Salam semua.. Pertama sekali jangan tersalah faham dengan tajuk entri aku kali ni ye sebabnya aku tulis tajuk macam tu bukanlah pulak aku nak tulis pasal betul ke boleh buat duit dengan blog atau nak buat review pasal benda ni. Cuma aku nak lakukan sesuatu berdasarkan dari tajuk tu. Nak tahu apa dia? Teruskanlah membaca yer. Hehe..
Macam ni, memandangkan sudah hampir 1 tahun aku ‘menggatalkan’ diri dengan dunia blogging memblogging ni dan sekarang ni plak dah masuk penggal ke-2 untuk tahun 2009, jadi saja aku nak bereksperimen untuk membuktikan betulkah blog boleh menjana pendapatan since sudah banyak ebook yang aku baca termasuklah teknik menjana pendapatan melalui affiliate yang baru aku download beberapa hari lepas.
Selepas membaca eBook menjana pendapatan melalui affiliate tu, entah kenapa aku terus rasa nak cabar diri aku dan dalam pada masa yang sama, aku mahu mendapatkan jawapan samada betulkah boleh buat duit melalui blog atau ianya sekadar ‘marketing strategy’ untuk melariskan produk lagi-lagi yang berkaitan dengan perkataan buat duit melalui blog itu sendiri.
(more…)
Diterbitkan pada 2 July '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Make Money, Personal | Komen: Ada 61 Comments.

Hadiah sehingga RM500 untuk dimenangi. Fuh, sape tak teruja beb? Tengok saja angka RM500 tu dah tak senang duduk dibuatnya. Memang rugi tolak peluang yang dah ada depan mata walaupun ianya belum pasti akan dimenangi. Tapi kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia kadang2 ada, kadang2 takde (apakah? haha). Ini bermakna, mencuba lebih baik dari tak buat apa-apa right?
Hadiah tersebut mungkin akan menjadi milik korang apabila korang menyertai contest yang dianjurkan oleh owner blog Denaihati. Oleh hal yang demikian, entri ini adalah entri penyertaan untuk contest tersebut dan Wan sangat berharap agar ianya diterima oleh pihak penganjur kerana Wan yakin hadiah itu akan menjadi milik Wan. Huhu..
Ok, malas nak cakap panjang sebab syarat contest tu tak minta buat karangan pun. Cukup bagi jawapan je katanya. Huhu.. So, berikut adalah jawapan untuk setiap soalan yang diajukan:
(more…)
Diterbitkan pada 16 May '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Contest | Komen: Ada 14 Comments.

Hi semua reader blog World Of Mohd. Azizwan yang sangat Wan sayangi, anda dah pernah baca entri ini? Kalau tak baca lagi, apa kata anda baca sekarang sebab entri kali ni sangat berkaitan dengan entri tersebut. Kalau dah baca, ibu jari ke atas untuk anda.
Ok, pertama sekali Wan nak tanya anda 1 soalan. Sudahkah anda membeli Pakej Newbie IM? Jika jawapan anda sudah, tahniah Wan ucapkan dan semoga anda berjaya dengan panduan-panduan yang diberikan. Tapi jika anda kata belum, Wan ada berita gembira buat anda dimana anda boleh mendapatkan Pakej Newbie IM tersebut dengan harga yang lebih murah daripada harga asal kerana blog Wan mendapat hak ekslusif untuk memberikan kupon diskaun RM5 kepada anda.
Walau bagaimanapun, bagi melayakkan anda mengunakan kupon diskaun yang diberikan, anda perlu (atau dalam erti kata lain wajib) mengikuti langkah demi langkah seperti yang Wan berikan di bawah ini agar kupon tersebut sah untuk diguna pakai. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut dan nombor kupon akan diberikan di bahagian bawah.
(more…)
Diterbitkan pada 24 April '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Make Money, Promotion | Komen: Ada 12 Comments.

Entri kali ni Wan tujukan khas kepada semua reader blog ni (tak kisah la yang baru ke, yg lama ke, silent reader ke atau pun yang dah biasa hu ha hu ha) yang berhasrat untuk menjana pendapatan melalui internet tetapi masih buntu bagaimana untuk bermula.
Baiklah, kepada anda (ceh, bajet ayat formal konon) yang rasa-rasanya adalah antara orang yang Wan maksudkan kat atas tu, kat sini Wan sangat mencadangkan (kalau kat eBay selalu guna highly recommended) supaya anda mendapatkan ebook Pakej Newbie bagi merialisasikan hasrat anda itu.
Kenapa anda perlu mendapatkan Pakej Newbie ini?
(more…)

Diterbitkan pada 12 April '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Business, Make Money, Promotion | Komen: Ada 14 Comments.