Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: Buat duit melalui internet

Hanya untuk mereka yang HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Nota: Ini adalah entri re-publish. Entri asal dan kesemua komen yang diberikan sebelum ini telah hilang akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. So, aku minta maaf bebanyak diatas kesilapan tersebut.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Ok, ni aku nak update sket pasal contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dah aku post sebelum ni dan juga sedikit ‘ganjaran’ daripada aku buat korang yang dah menyertai contest tersebut dan mengetahuinya melalui blog aku. Maknanya aku sebagai referral la tu. Huhu..

1. Pihak penganjur telah menukar syarat untuk menentukan top rank untuk keyword HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Jika sebelum ini kedudukan ditentukan melalui www.google.com.my tapi memandangkan contest tersebut terbuka kepada semua blogger kat seluruh dunia, maka ianya telah ditukar kepada www.google.com. Untuk lebih lanjut, korang boleh lihat DI SINI

2. Korang yang menyertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni dan mengetahuinya daripada blog aku, secara automatik akan menerima satu slot iklan bersaiz 200 x 78 kat sidebar tu dan akan diletakkan selama 30 hari. Kalau takde banner size tu, korang boleh je bagi apa-apa size dan ianya akan diresize. (more…)

Diterbitkan pada 9 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest | Komen: Ada 4 Comments.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Nota: Ini adalah entri re-publish. Entri asal dan kesemua komen yang diberikan sebelum ini telah hilang akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. So, aku minta maaf bebanyak diatas kesilapan tersebut.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Sebelum bermula, Wan nak announce sket yang mulai dari entri ini Wan akan menggunakan kata ganti nama aku bagi menggantikan Wan yang dah setahun (lebih sebenarnya) Wan gunakan kat blog ni.

Back to topic. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Apa yang korang faham dengan ayat tersebut? Opsss. Maaf! Sebenarnya tak perlu pun aku mengutarakan pertanyaan tersebut kerana aku percaya korang yang sedang membaca entri ini faham apakah yang dimaksudkan dengan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini bukan? Malah ada antara korang yang menjadikannya sebagai prinsip hidup. Kan? Bohonglah kalau korang kata korang tidak tahu melainkan korang baru je dilahirkan semalam. Hee..

Bagi aku, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni memberi pengaruh yang sangat besar terhadap minda separa sedar kita kerana secara tidak langsung, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dapat membuka minda separa sedar kita bahawa untuk mencapai matlamat hidup, kita haruslah berani untuk menerima kegagalan walaupun kita semua tahu bahawa kegagalan itu sesuatu yang pahit untuk ditelan.

Itu bagi aku. Bagi korang pula, aku tak tahu sebab aku pasti pengertian kita terhadap HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini tidak sama. Namun, aku berani katakan yang motifnya hanya satu iaitu BERANI GAGAL demi MENCAPAI KEJAYAAN atau dalam ayat panjangnya, kita sanggup mengambil risiko dengan melakukan sesuatu perkara yang belum pasti apa kesudahannya (hasil) dan telah bersedia dengan apa sahaja yang berlaku kerana apa yang kita harapkan tidak selalunya akan kita perolehi. Faham kan? Ke aku je yg syok sendiri. Haha.. Lantaklah! (more…)

Diterbitkan pada 9 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Freedom Talk | Komen: Ada 22 Comments.

Jom sertai Catcheye

Dah pernah dengar pasal Catcheye? Kalau dah baguslah. Kalau tak lagi, maybe kamu tak perasan kewujudannya kot. Maklumlah, benda ni pun baru lagi malah masa Wan taip entri ni pun Catcheye tu tak release lagi. Ngeh.. So, buat kamu yang tak tahu lagi pasal Catcheye ni tapi terasa nak tahu, apa kata kamu baca entri Wan kali ni. Itupun kalau kamu rajin la. Huhu..

Apa itu Catcheye

Catcheye adalah sebuah platform iklan online yang memungkinkan pengiklan untuk menghantar iklan mereka dalam cara yang sangat berkesan. Platform penghantaran iklan Catcheye menjamin bahawa setiap iklan yang dilihat oleh unik dan sukarela pemerhati. Sebagai imbuhannya, mereka akan mendapat Catcheye mata reward yang dapat ditukarkan dengan wang tunai dan / atau hadiah lainnya. Pemirsa juga diminta untuk menjawab 3 soalan mudah yang berkaitan dengan iklan yang dipaparkan, sehingga memperkuat kesan dan pemahaman mereka tentang mesej yang disampaikan. (more…)

Diterbitkan pada 24 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Make Money, Promotion | Komen: Ada 20 Comments.

Tagged By Cik Peanut

Tagged By Cik Peanut

Sebelum ni Wan pernah cakap yang Wan takkan buat mana-mana tag yang diberikan kepada Wan sebab secara jujurnya bukan senang nak jawab tag ni walaupun ianya nampak sangat mudah. Tapi entah kenapa tetiba Wan nak pula buat tag yang diberikan oleh cik peanut ni walaupun sudah lama terperap. Mungkinkah kerana hadiah yang ditawarkan oleh beliau? Semestinya tidak kerana tag ini dibuat setelah tawaran beliau itu tamat. Atau mungkin juga Wan telah jatuh hati dengan beliau? Ops! Apa aku merepek ni? Hahaha.. Jangan marah ye cik peanut, abang kau ni gurau je.. Jangan plak ngigaukan aku tiap malam ye.

Oh ya, cakap pasal hadiah Wan nengok sana-sini ada je peraduan a.k.a contest walaupun hadiah yang ditawarkan oleh mereka tak lumayan mana pun (statement saja nak bagi panas! Hehehe). Tapi best juga layan contest-contest tu, siapa tahu rezeki.. Jimat juga duit beli topup. Huhu.. So, kalau korang rasa korang tengah mengalami kegawatan ekonomi yang agak serius, jom ler layan dua contest ni iaitu Duit Free Dari Jerung Perkasa dan juga Pertandingan Teka Choki-Choki. Pergi usha sekarang sebelum korang menggigit jari. Dan kalau korang menang jangan lupakan aku yer.

Ok, berbalik kepada tagged yang diberikan oleh cik peanut. Berikut adalah soalannya: Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda. konon kreatif la tu!).

(more…)

Diterbitkan pada 27 February '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal, Tagged | Komen: Ada 15 Comments.

Buat Duit Dengan Pay Per Lead

Jom Buat Duit Melalui Program Pay Per Lead

Entri kali ini Wan ingin mengajak kau untuk menambah sedikit pendapatan melalui 2 buah program Pay Per Lead iaitu 13 Cara Pendapatan Internet dan Rahsia Pro Affiliate. Kedua-dua program ini tidaklah sukar malah boleh Wan katakan sangat mudah kerana kerja yang perlu kita lakukan hanyalah mempromosikan link yang diberikan kepada kita. Malah, untuk membuat promosi itu juga tidak memerlukan kau untuk duduk berjam-jam dihadapan komputer kau. Cukup dengan hanya meletakkan link promosi di blog kau ataupun emelkannya kepada rakan-rakan. Sangat mudah bukan?

Melalui program ini, setiap 1 download (penyertaan) yang berlaku melalui link yang diberikan kepada kau, pihak pengurusan tanpa berkata panjang akan memberi komisen kepada kau berdasarkan nilai yang telah mereka tetapkan kerana kau memang patut untuk menerima komisen itu. Huhu.. Untuk 13 Cara Pendapatan Internet, kau akan dibayar sebanyak 30sen/download dan untuk Rahsia Pro Affiliate pula kau akan dibayar sebanyak 25sen/download. Andaikata kau menyertai kedua-dua program ini dan kau menerima sebanyak 1000 download untuk kedua-duanya, maka kau akan menerima komisen sebanyak (55sen x 1000) RM550. Banyak tu. Hehehe..

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 20 December '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Make Money, Muslim, Must Read | Komen: Ada 26 Comments.