Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: Broadband

Celcom Perkenal Pakej Celcom Broadband Entry (RM48/month)

PAKEJ BARU CELCOM BROADBAND (RM48 SEBULAN)

Pada 3 Ogos 2010, Celcom telah melancarkan satu pakej terbaru untuk Celcom Broadband mereka iaitu Celcom Broadband Entry (RM48 sebulan) dan kat bawah ni adalah maklumat ringkas untuk pakej tersebut:

Speed: Up to 384Kbps
Fair usage: 1GB

Kalau berminat nak apply, boleh rujuk detail kat bawah ni: (more…)

Diterbitkan pada 5 August '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celcom Broadband, Promo | Komen: Ada 14 Comments.

Mari Daftar Celcom Broadband Dengan Saya, RM50 Sahaja!

DAFTAR CELCOM BROADBAND SECARA ONLINE

Apa, tak percaya? Percayalah! Hehee.. Ya, aku dengan baik hatinya meng’offer harga yang tak masuk akal ni kepada korang yang rasa-rasa nak mendapatkan Celcom Broadband tu.

Harga RM50 ni hanya akan korang perolehi di sini sebab kalau korang daftar kat mana-mana kioks Celcom atau agen mereka, aku berani kerat jari yang korang takkan dapat harga serendah ini. Malah nak minta kurang RM1 pun belum tentu diorang nak bagi. Tak percaya, korang pergilah cuba try test sendiri. Keh3.

Offer ni datang sekali dengan modem USB percuma. Senang cakap, samalah macam korang daftar kat kioks Celcom atau agen diorang tu. Cuma bezanya, korang daftar ngan aku secara online tapi ngan diorang secara direct. Dan perbezaan paling ketara, daftar ngan aku cuma RM50 tapi daftar ngan diorang RM100.

Tapi ingin aku ingatkan yang offer ni hanya sah sehingga 10. OGOS 2010

Berminat lah pulak. Tapi macam mana nak daftar ngan ko Wan?

Nak daftar senang je. Tapi sebelum tu korang kenalah pilih dulu pakej apa yang korang nak sama ada korang nak yang Basic je (RM68 sebulan) ataupun yang Advance (RM98 sebulan). Rujuk info kat bawah ni. (more…)

Diterbitkan pada 12 July '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celcom Broadband, Promotion | Komen: Ada 40 Comments.

Minggu yang sungguh sibuk dan tak banyak masa untuk online

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Hi guys, apa khabar hari ni? Hopefully korang sihat la yer. InsyaAllah. Dan sebelum korang layan entri ntah apa-apa ntah aku kali ni, aku nak tanyalah, korang dah usya blog Apiih (ala, yang slumber je promo blog beliau kat blog aku ni. huhu..)?

Lately aku agak ketiadaan masa meng’onlinekan diri sampaikan blog aku yang tak femes ni pun aku tak terlayan apatah lagi blog korang yang super femes tu kan. Malah nak baca kesemua entri yang terpilih as entri terbaik untuk contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL pun tak menyempat *sigh. Sorry yer bro Denaihati, bukan aku sengaja tapi serius aku tak boleh nak elak. Kalau la aku dapat online seperti biasa, pastinya aku akan jadi orang pertama yang memberikan undian untuk entri yang layak dinobatkan as entri terbaik. Huhu..

Dipendekkan cerita, seminggu dua ni aku sibuk tolong akak aku bersihkan tempat tinggal baru mereka sekeluarga. Tak cukup hanya bersihkan, kena tolong punggah barang yang dah diangkut dari tempat tinggal lama pulak. Lepastu, kena pulak tolong atur barang-barang tu kat tempat yang sepatutnya. Fuh, betul-betul mengerah keringat dowh. Korang bayangkanlah, dari rumah kosong tetiba korang kena letak barang-barang kat dalam tu siap kena jadi interior designer tak bertauliah. Penat beb! Sekarang pun tak habis lagi. (more…)

Diterbitkan pada 7 February '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal | Komen: Ada 8 Comments.

Streamyx Wan Kini Kembali. Yay!

Streamyx Wan Kini Kembali. Yay!

Alhamdulillah, akhirnya streamyx Wan kini telah boleh digunakan seperti biasa pada petang tadi setelah 2 orang brother technician datang bertandang ke rumah Wan untuk membuat ‘medical check-up’ keatas masalah streamyx yang Wan hadapi. Sekali lagi, Wan nak ucapkan jutaan terima kasih (walaupun dah ucap terima kasih tadi) kerana kalian sudi bersusah payah turun padang untuk menyelesaikan masalah Wan. Huhu.. Tapi maaf la ye sebab Wan tak ambil gambar kalian untuk dimasukkan ke dalam blog yang popular ni. He3

Sebenarnya tiada apa-apa masalah serius dengan streamyx Wan cuma modem yang Wan gunakan ada sedikit masalah dimana kesemua lampu pada modem tidak menyala selain lampu power. Jadi, memang tak dapat connect streamyx la jawabnya. Cek punya cek, brother technician pun tak tahu apa masalah dengan modem Wan itu dan dengan slumbernya melebalkannya sebagai rosak. Dan dengan itu, secara rasminya Wan menerima modem baru sebagai ganti untuk modem yang rosak itu tanpa dikenakan sebarang caj. I like :)

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 19 March '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Streamyx | Komen: Ada 15 Comments.