
Rasanya ini adalah kali pertama aku buat review blog sepanjang aku menjadi blogger. Sebab bab-bab review ni aku memang lemau sket. Kalau review biasa-biasa tu boleh la, maksudnya dari apa yang aku nampak dan tahu sahaja. Tapi kalau nak review dari semua aspek terutamanya bab SEO, memang aku failed. Lagipun apa la taraf aku ni nak review blog orang? Blog sendiri pun ntah apa-apa ntah, inikan pula nak review blog orang. Sebab tu aku tak join contest review blog Red Mummy (sorry takde link) sebab dah sah-sah aku takkan menang. Huhu..
OK! Berikut adalah review aku mengenai blog dauspozi.com tu. Dan nak bagi tahu awal-awal la yer yang review ni review biasa-biasa je sebab tak harap pun menang. Just nak share apa yang aku nampak selama aku mengikuti blog Ingat Hijau Ingat Daus tu. Hee (more…)
Diterbitkan pada 18 October '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Contest, Review | Komen: Ada 23 Comments.

Ok! Ini adalah entri suka-suka je (walaupun korang dah sedia maklum yang kebanyakkan entri kat blog ni memang entri suka-suka, tetap nak bagi tahu juga. Huhu). Saja nak ‘bongkar rahsia’ kenapa aku dah jarang update blog ni. So, bila korang nengok blog ni tak berupdate untuk satu tempoh yang agak lama, automatik korang pun tahu apa sebabnya. Ok lah, kalau korang rajin nak baca, silakanlah. Kalau tak, Aiman kata dia tak kisah.
Berikut antara sebab kenapa aku dah jarang meng’update blog ni.
Idea selalu stuck – Well, ini adalah perkara normal yang sentiasa dialami oleh kebanyakkan blogger dan aku tak terlepas dari mengalaminya. Bila idea dah stuck tu, memang susah nak update blog walaupun banyak je benda yang nak dibloggingkan. Baru taip tak sampai 3 baris, idea dah hilang entah ke mana. Jadi, dari aku buang masa nengok dashboard tu, better aku padam je dan log out. Habis cerita. (more…)
Diterbitkan pada 23 September '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Personal | Komen: Ada 13 Comments.

Ok! Jujur aku cakap yang aku tak tahu apa itu blog sampah seperti yang dah banyak aku baca kat banyak blog sejak kebelakangan ni sampai aku tertanya-tanya, macam manakah rupa blog sampah yang diorang maksudkan tu. Adakah macam sampah yang aku selalu nampak kat tong sampah tu?
Aku ada dengar orang cakap yang blog sampah tu adalah blog plagiat dan ada juga yang cakap blog sampah adalah blog yang tak berinfo yang kiranya blog tu di’update ikut suka hati si pemilik blog la. Contoh paling mudah, blog personal. Selain tu, blog yang entrinya ditulis pendek seperti meng’update status kat Facebook dan twitter juga dikatakan sebagai blog sampah dan banyak lagilah. Tapi betul ke blog sampah adalah seperti itu?
Memandangkan aku tak tahu macam manakah rupanya blog sampah tu (maklumlah, aku ni kan noob), jadi aku tulis post ni untuk minta jawapan daripada korang kot-kot korang tahu blog sampah tu macam mana. Adakah blog sampah tu macam blog aku ni, macam blog mamat ni, macam blog orang ni, blog yang memaparkan gambar-gambar lucah, blog yang penuh dengan gambar bogel atau macam mana? Please tell me ya! (more…)
Diterbitkan pada 7 May '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Freedom Talk | Komen: Ada 48 Comments.

Semakin lama aku mengikuti perkembangan dunia blog ni, semakin banyak yang aku nampak dan salah satunya adalah mengenai kecenderungan blogger menulis entri yang bersifat ‘menghentam’ blogger lain. Sebagai contoh (rasanya tak perlu la kot). Jika perkara ini terus berlaku, aku percaya dunia blogging kat Malaysia ni takkan ke mana dan tak mustahil ianya akan mati. Ya, mati.
Persoalannya kat sini, seronok sangat ke tulis entri yang bersifat menghentam blogger ni?
Aku tak nafikan, ada sesetengah (semua sebenarnya) blogger akan merasa seronok dan sangat puas bila dapat menulis entri yang menghentam blogger ni lagi-lagi kalau entri tu mendapat sokongan dari follower. Sebab tu tak hairan kalau nengok blog beliau banyak entri yang bersifat menghentam atau dalam erti kata lain, entri yang memburuk-burukkan dan memalukan blogger.
Tapi apa tujuan dan motif tulis entri menghentam tu? Nak buktikan yang beliau seorang blogger yang bijak dan hebat dari segala aspek? Nak buktikan beliau seorang blogger yang berani sebab slumber je tulis entri yang bersifat menghentam? Kalau itulah motif’nya, hanya ni yang dapat aku bagi.. Hark ptuih (more…)
Diterbitkan pada 21 April '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Freedom Talk, Personal | Komen: Ada 46 Comments.

Salam semua.. 1st of all, terima kasih bebanyak yer sebab korang still sudi datang bertandang ke blog _______ (korang isi sendiri) aku ni. Sama ada korang datang dan baca atau terus blah, itu terpulanglah kat korang sebab aku pun tahu yang blog ni dok taraf mana. Orang cakap, tak sesuai dibaca oleh golongan profesional dan juga para otai (opsss.. tercakap pula. huhu). Cumanya aku tetap nak ucap terima kasih sebab kedatangan korang tu dapat menambah hits blog ni. Hee..
Seperti yang dapat korang lihat, blog ni dah semakin jarang berupdate. Actually bukan aku sengaja taknak update tapi jujur aku cakap yang aku kehabisan modal (idea la tu) untuk dicatatkan kat blog ni. Sebab tu aku tak teragak-agak nak cakap yang blog aku ni sebenarnya blog yang terbiar. Orang cakap, ibarat rumah tak bertuan. Huhu.. Kalau dulu, paling lama tak update pun 4 hari je. Tapi sekarang, toksah cakap la sebab korang boleh nengok sendiri jarak tarikh entri ni dengan beberapa entri sebelum’nya.
Dalam entri sebelum2 ni, aku asyik dok cakap yang aku akan jadikan blog ni as blog personal which mean aku akan update ikut aku punya suka. So, takde la blog ni manjang je terbiar. Tapi sampai sekarang, (more…)

Diterbitkan pada 31 March '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Personal | Komen: Ada 39 Comments.