Tag Archives: blog menteil

Maaf, Wan tak tahu nak letak tajuk apa. Tapi bagi Wan tajuk tu adalah yang paling sesuai untuk entri ni sebab dalam seminggu dua ni Wan betul-betul buntu sampai nak update blog pun takde semangat. Lihat saja jarak tarikh update. Kebiasaannya dalam 2 hari dah ada entri baru tapi dalam minggu ni nampak sangat jarak updatenya. Itupun entri tangkap muat saja. Hurm.. Bosan kan masuk blog ni?
Pertama sekali Wan buntu sebab Wan kena disable kaspersky internet security terlebih dahulu untuk masuk ke blog picisan ni. Kalau tak disable, haram boleh masuk. Kerana itulah Wan dah jarang layan blog Wan sendiri dan lebih senang menjelajah kesana kemari tanpa tujuan. Wan pun tak tahu kenapa boleh jadi macam ni. Kalau nak kata blog Wan ni membahayakan komputer si pelayar internet, tak tahu pula kat mana yang bahayanya sebab tak pernah plak orang ngadu kat Wan yang komputer diorang rosak lepas masuk blog ni. Tapi lagi dahsyat kalau kaspersky suspek blog ni adalah website lucah. Wei kaspersky, kau ingat tuan empunya blog ni kaki porno ke sampai nak buat website lucah? Cukup-cukup la dengan website lucah yang dah tak terkira banyaknya tu.
(more…)
Diterbitkan pada 29 April '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal | Komen: Ada 11 Comments.

Sila baca baik-baik yer, bukan petronas tapi personas. Takde maknanya Wan nak promosi petronas kat blog yang popular ni, bukan dapat apa-apa royalty pun. Huhu.. Ok, apa itu personas? Personas ni ialah Wan sendiri pun tak tahu apekah bendanya. Haha.. Tapi secara umum dapatlah Wan takrifkan yang ianya adalah baju kepada firefox. Yay! Sendiri bagi takrif tu bai.
Cuba korang lihat sendiri screenshot kat atas tu, Wan yakin yang korang semestinya tertanya-tanya macam mana Wan buat benda alah tu kan? Hehe.. Kepada yang dah tau tu, Wan tabik spring kat korang dan sememangnya korang adalah manusia yang sangat cool. Tapi sal korang tak bagi tahu awal-awal lagi akan kewujudan menatang ni kat Wan? Dush skali kat muka. huhu..
Nak tahu macam mana nak buat benda ni? Teruskanlah membaca. Tapi sebelum tu korang layan la dulu beberapa contoh image yang Wan screenshot kat bawah ni. Saja nak bagi korang cuci mata plus buang masa. Hehe.. Layan..
(more…)

Diterbitkan pada 21 April '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Fun & Jokes, Miscellaneous, Tutorial | Komen: Ada 22 Comments.