Salam semua. Actually, Wan pun tak tahu kenapa Wan perlu tulis entri ni. Tapi since dah beberapa orang tetamu berhemah yang Wan tak kenal siapakah gerangannya menjerit kat shoutbox tu kata blog ni adalah blog plagiat, maka ada baiknya Wan tulis entri ni untuk declare kat kamu semua yang blog picisan ni sememangnya blog plagiat. Puas hati? Tapi masalahnya sekarang, betul ke blog ni blog plagiat?
Sebelum tu, kamu baca dulu apa maksud plagiat tu yer. Plagiat itu mengambil penuh/separuh/suku sesuatu kandungan isi dari blogger lain ke blogger sendiri. Samada ia sekadar mengambil idea, teks atau hasil kerja dan mengaku apa yang mereka plagiat itu adalah hakmilik sendiri itupun dah orang panggil plagiat. (dilarang melarang)
Jika kamu mengikuti blog ni, pernah tak kamu terbaca mana-mana kandungan’nya yang menyerupai entri dari blog lain? Maybe juga ada since Wan ni ada sedikit penyakit lupa ingatan. Huhu.. Tapi pernah tak kamu lihat yang Wan tidak menyertakan sebarang source untuk mana-mana entri yang Wan ambil?
Macam screenshot yang Wan tunjukkan kat atas tu, tetamu berhemah kata blog ni macam blog justkhai.com dan tak semana-mana dia tanya blog ni plagiat ke tak? Tapi kalau secara khusus, dah boleh agak sememangnya dia nak kata yang blog ni plagiat justkhai.com. Saja letak tanda tanya. Huhu.. (more…)
Diterbitkan pada 7 September '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan? Kategori: Blog, Freedom Talk | Komen: Ada 37 Comments.
Entahlah, aku pun serba salah nak publish entri ni tapi since aku nak cakap “bila otak sudah tidak lagi berfungsi untuk berfikir dengan waras, pastinya kebodohan sentiasa menguasai diri”, maka nak tak nak terbitlah juga entri ini. Dan mungkin kerana itulah (maksud aku tatkala kebodohan menguasai diri), terhasil komen seperti dibawah ini:
Kau kenal siapa itu Dr Khairul Idzwan? Mestilah bukan Khai si pemilik blog justkhai mahupun Khai suami si Rosmah (AF1). Kepada korang yang dah tau siapa Dr Khairul Idzwan ni bagus la. Dan kepada yang masih blur tu, biar Wan bagi hint sket sebab Wan pun bukan kenal sangat sape Dr Khairul Idzwan ni. Huhu.. Ok, Dari apa yang Wan tau, beliau adalah salah seorang ahli kumpulan nasyid Saujana (mungkin sudah bekas sekarang) dan pernah menyertai ujibakat OIAM musim ke-3 ini. Untuk lebih detail, korang boleh tanya kat pakcik google atau lihat video kat bawah ni.
Berbalik kepada tajuk entri Wan kali ini iaitu Dr Khairul Dipersenda, cuba korang lihat pula video di bawah ini.
Sebelum ni Wan pernah cakap yang Wan takkan buat mana-mana tag yang diberikan kepada Wan sebab secara jujurnya bukan senang nak jawab tag ni walaupun ianya nampak sangat mudah. Tapi entah kenapa tetiba Wan nak pula buat tag yang diberikan oleh cik peanut ni walaupun sudah lama terperap. Mungkinkah kerana hadiah yang ditawarkan oleh beliau? Semestinya tidak kerana tag ini dibuat setelah tawaran beliau itu tamat. Atau mungkin juga Wan telah jatuh hati dengan beliau? Ops! Apa aku merepek ni? Hahaha.. Jangan marah ye cik peanut, abang kau ni gurau je.. Jangan plak ngigaukan aku tiap malam ye.
Oh ya, cakap pasal hadiah Wan nengok sana-sini ada je peraduan a.k.a contest walaupun hadiah yang ditawarkan oleh mereka tak lumayan mana pun (statement saja nak bagi panas! Hehehe). Tapi best juga layan contest-contest tu, siapa tahu rezeki.. Jimat juga duit beli topup. Huhu.. So, kalau korang rasa korang tengah mengalami kegawatan ekonomi yang agak serius, jom ler layan dua contest ni iaitu Duit Free Dari Jerung Perkasa dan juga Pertandingan Teka Choki-Choki. Pergi usha sekarang sebelum korang menggigit jari. Dan kalau korang menang jangan lupakan aku yer.
Ok, berbalik kepada tagged yang diberikan oleh cik peanut. Berikut adalah soalannya: Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda. konon kreatif la tu!).