Tag Archives: blog denaihati
Mungkin anda tidak mengenali siapakah gerangan’nya Encik Megat ini kerana beliau bukanlah seorang artis seperti Aizat yang baru je menang Anugerah Juara Lagu yang ke-24 semalam mahupun Maria Ozawa yang sentiasa menjadi buruan penggila video lucah diluar sana. Walaupun anda tidak mengenali beliau, namun saya sangat berharap agar anda dapat terus membaca entri ini.

Al-kisah bermula.. Selepas saya membaca post bertajuk Tangisan Aku, Isteri Dan Anak-anak yang ditulis sendiri oleh Encik Megat di blog beliau beberapa hari lepas, saya rasa terpanggil untuk mengajak anda semua untuk sama-sama membantu Encik Megat dalam meringankan beban yang sedang ditanggung oleh beliau sekeluarga atau dalam bahasa mudahnya memberi sumbangan dalam bentuk kewangan walaupun anda tidak mengenali beliau.
Kenapa perlu dibantu? Ada baiknya anda baca sendiri post yang ditulis oleh beliau itu untuk merasa lebih fill seperti apa yang saya rasakan.
Saya faham, memang agak sukar untuk kita memberikan bantuan kepada orang lebih-lebih lagi jika orang tersebut tidak kita kenali. Malah mungkin ada diantara anda yang akan berkata “aku pun susah jugak, takde sape pun nak tolong. Inikan pulak nak tolong orang”. Namun dalam situasi Encik Megat ni, saya berharap sesangat agar anda buang jauh-jauh ‘mindset’ tersebut dan bukakanlah hati untuk menghulurkan sedikit sumbangan (sedekah) walaupun hanya RM1 asalkan kita ikhlas. Siapa tahu, dengan RM1 yang kita sedekah’kan itu, pintu rezeki kita akan terbuka lebih luas (dengan izin Allah S.W.T).
Selain sumbangan peribadi yang anda berikan secara terus, anda juga boleh membantu mengumpul lebih banyak dana untuk disumbangkan kepada Encik Megat dengan beberapa cara seperti kat bawah ni. So, sokongan dari anda semua adalah sangat-sangat diharapkan. (more…)
Diterbitkan pada 11 January '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Must Read | Komen: Ada 12 Comments.
Nota: Ini adalah entri re-publish. Entri asal dan kesemua komen yang diberikan sebelum ini telah hilang akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. So, aku minta maaf bebanyak diatas kesilapan tersebut.

Ok, ni aku nak update sket pasal contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dah aku post sebelum ni dan juga sedikit ‘ganjaran’ daripada aku buat korang yang dah menyertai contest tersebut dan mengetahuinya melalui blog aku. Maknanya aku sebagai referral la tu. Huhu..
1. Pihak penganjur telah menukar syarat untuk menentukan top rank untuk keyword HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Jika sebelum ini kedudukan ditentukan melalui www.google.com.my tapi memandangkan contest tersebut terbuka kepada semua blogger kat seluruh dunia, maka ianya telah ditukar kepada www.google.com. Untuk lebih lanjut, korang boleh lihat DI SINI
2. Korang yang menyertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni dan mengetahuinya daripada blog aku, secara automatik akan menerima satu slot iklan bersaiz 200 x 78 kat sidebar tu dan akan diletakkan selama 30 hari. Kalau takde banner size tu, korang boleh je bagi apa-apa size dan ianya akan diresize. (more…)
Diterbitkan pada 9 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest | Komen: Ada 4 Comments.
Nota: Ini adalah entri re-publish. Entri asal dan kesemua komen yang diberikan sebelum ini telah hilang akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. So, aku minta maaf bebanyak diatas kesilapan tersebut.

Sebelum bermula, Wan nak announce sket yang mulai dari entri ini Wan akan menggunakan kata ganti nama aku bagi menggantikan Wan yang dah setahun (lebih sebenarnya) Wan gunakan kat blog ni.
Back to topic. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Apa yang korang faham dengan ayat tersebut? Opsss. Maaf! Sebenarnya tak perlu pun aku mengutarakan pertanyaan tersebut kerana aku percaya korang yang sedang membaca entri ini faham apakah yang dimaksudkan dengan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini bukan? Malah ada antara korang yang menjadikannya sebagai prinsip hidup. Kan? Bohonglah kalau korang kata korang tidak tahu melainkan korang baru je dilahirkan semalam. Hee..
Bagi aku, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni memberi pengaruh yang sangat besar terhadap minda separa sedar kita kerana secara tidak langsung, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dapat membuka minda separa sedar kita bahawa untuk mencapai matlamat hidup, kita haruslah berani untuk menerima kegagalan walaupun kita semua tahu bahawa kegagalan itu sesuatu yang pahit untuk ditelan.
Itu bagi aku. Bagi korang pula, aku tak tahu sebab aku pasti pengertian kita terhadap HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini tidak sama. Namun, aku berani katakan yang motifnya hanya satu iaitu BERANI GAGAL demi MENCAPAI KEJAYAAN atau dalam ayat panjangnya, kita sanggup mengambil risiko dengan melakukan sesuatu perkara yang belum pasti apa kesudahannya (hasil) dan telah bersedia dengan apa sahaja yang berlaku kerana apa yang kita harapkan tidak selalunya akan kita perolehi. Faham kan? Ke aku je yg syok sendiri. Haha.. Lantaklah! (more…)
Diterbitkan pada 9 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Contest, Freedom Talk | Komen: Ada 22 Comments.
1. Lucky visitor
Ini adalah post khas yang wajib Wan buat untuk memenuhi syarat bagi melayakkan Wan menerima hadiah yang ditawarkan oleh pemilik blog Denaihati. Ini kerana, Wan telah menjadi pelawat yang ke 55555 blog tersebut sekaligus menjadikan Wan sebagai pelawat bertuah dan menerima hadiah yang ditawarkan daripada Denaihati. Huhu..
Kepada owner blog Denaihati, kat bawah ni adalah screengrab statcounter sebagai bukti (seperti yang diminta). Oh ya, jumlah pelawat online aku tak tahu kenapa boleh tak muncul. Maybe time tu ramai yang buka blog Denaihati sampai dia pun jadi malu-malu buaya nak keluar. Tapi serius, nombor tu takde melalui sebarang proses edited. Hoho..

2. Sejadah terbang
Kalau sebelum ni kita dikejutkan dengan berita mengenai sejadah yang kononnya berdiri (duduk kot) dengan sendirinya. Kali ini Wan nak kejutkan kamu pula dengan kejadian sejadah terbang. Ya, sejadah terbang. Mungkin kamu akan kata yang Wan menipu. Tak mengapa sebab Wan memang tipu pun. Tapi sebagai bukti, kamu lihatlah sendiri gambar kat bawah ni. (more…)
Diterbitkan pada 28 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Fun & Jokes, Picture | Komen: Ada 16 Comments.
Jap tadi Wan cek emel dan dapat emel forward dari DenaiHati yang memaklumkan bahawa Wan telah menerima duit berjumlah RM80.40 daripada beliau. So, saja Wan tuliskan entri ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana dengan baik hatinya telah memberi ‘duit poket’ kepada Wan. Sekali lagi, thank you so much ya!

PROMO: Kalau kamu nak menang duit juga, apa kata kamu join contest Weblog Popular 1Malaysia yang beliau anjurkan. Caranya sungguh mudah asalkan kamu mempunyai blog tak kira dah lama atau baru je siap dimana kamu hanya perlu nominate satu blog sebagai Weblog Popular 1Malaysia. Untuk contoh pencalonan, kamu boleh lihat di sini.
Oh ya, selepas ini berkemungkinan besar blog ini hanya akan dimuatkan dengan entri yang ringan-ringan belaka. Jadi jangan ditanya kalau ada entri yang bunyinya seperti (more…)

Diterbitkan pada 12 September '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Make Money | Komen: Ada 12 Comments.