Bankaholic.com | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | World Of Mohd. Azizwan™

Hello and welcome to beautiful World Of Mohd. Azizwan™.

(Speak UP!) Say Yes To Blogging

Say Yes To Blogging

Ini adalah entri khas untuk DiGi speak up Malaysia contest yang aku promo sebelum ni. So, sila jangan hairan mengapa ayat pada entri ini agak skema kerana ianya adalah sebuah karangan yang hanya akan mendapat markah kasihan je kot. Hehehe..

Dewasa ini, weblog atau lebih sinonim dengan panggilan blog semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia termasuklah di Malaysia ini sendiri. Hal ini kerana, kesedaran perlunya mempunyai blog semakin meluas ditambah lagi dengan kemudahan capaian internet yang dialami sekarang berbanding 10 tahun yang lepas. Jadi tidak hairanlah jika blog pada masa kini dilihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Seperti yang semua sedia maklum, selain surat khabar dan juga televisyen, blog merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan dan memperolehi maklumat malah boleh dijadikan sebagai medan berdiskusi untuk saling bertukar idea dan pendapat antara pembaca dan penulis blog itu sendiri. Misalnya mengenai isu semasa yang sedang berlaku. Dengan adanya blog, isu semasa tersebut boleh dibincangkan sekaligus dapat melihat dimana pro dan kontra setiap isu yang dibincangkan. Maka tidak hairanlah jika kebanyakkan ahli politik sekarang ini berlumba-lumba untuk mempunyai blog mereka sendiri kerana mereka mula sedar bahawa blog itu juga sangat besar kuasanya dalam menyampaikan visi dan misi kepimpinan mereka serta idea-idea berkaitan politik dan sebagainya. (more…)

Related Posts with Thumbnails

Posted on 9 July '09 by Azizwan™, under Blog, Contest, Nuffnang. 9 Comments.