Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: azizwan blog

azizwan(dot)com dah berpindah hosting. Yay!

Nota: Ini adalah entri re-publish. Entri asal dan kesemua komen yang diberikan sebelum ini telah hilang akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. So, aku minta maaf bebanyak diatas kesilapan tersebut.

New Hosting

Huh.. Dah lama rupanya Wan tak ngupdate blog ni. Mesti kamu dah bosan masuk blog ni kan? Huhu.. Biasalah, Wan pun tak tahu kenapa boleh jadi lagu tu. Nak kata bz tak juga sebab ada je masa lapang Wan sampai tak tahu nak buat apa dengan masa yang ada tu. Hurm.. Maybe sebab takde benda yang boleh Wan tulis kot. Tu yang buat-buat ingat tak ingat kat blog ni. Huhu.. Kesian kau blog dapat owner yang hampeh.

Okeh! Macam title kat atas tu, Wan nak maklumkan kat korang semua yang Wan sudah berpindah hosting. Ya, berpindah hosting. Jika sebelum ini Wan menggunakan My Online Hoster, tapi kini Wan dah menggunakan Sepaku Hosting. Ini bermakna, blog picisan Wan ni dah dok under Sepaku Hosting. Yeah!

Kenapa Wan pilih Sepaku Hosting? Serius, soalan ni agar sukar untuk dijawab (buat masa sekarang) kerana Wan pun baru je guna hosting ni. Belum pun sampai 3 hari semasa entri ni ditulis. Tak masuk akal la kan kalau Wan cakap hosting ni bagus dan blablabla. Tapi dari review yang pernah Wan baca dari pelanggan yang dah menggunakan Sepaku Hosting ni, Wan percaya bahawa Sepaku Hosting ni adalah antara yang terbaik dalam kelompok terbaik. Faham kan? Oh ya, kalau nak baca review tersebut, kamu boleh baca di sini yer. (more…)

Diterbitkan pada 9 December '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Review | Komen: Ada 6 Comments.

Entri khas sempena 1 tahun kewujudan blog ini

1st Anniversary

Pejam celik, login logout, rupanya hari ini (10. Oktober) sudah genap setahun blog www.azizwan.com ini bertapak kat alam maya ini dengan hosting dan domain’nya sendiri walaupun banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya sepanjang tempoh tersebut.

Pernah sekali blog ini seperti sudah tidak wujud lagi bila ianya mengalami kehilangan yang benar-benar mengerikan. Kalau kamu pengikut blog ini sedari awal kewujudannya, Wan yakin kamu tahu apa yang Wan maksudkan. Dan hari ini, Wan rasa terharu plus happy sesangat sebab tak sangka plak blog picisan macam ni boleh bertahan sampai ke hari ini. Oleh itu, saja Wan tuliskan entri ini untuk meraikan 1st anniversary’nya. Yay!

1st Anniversary

Sejak setahun kewujudan blog ini, ianya sudah mempunyai 149 entri (alahai, sket’nya) yang mana kebanyakkannya (hampir keseluruhan actually) entri yang Wan tuliskan adalah entri tak boleh blah dimana ianya langsung tidak memberi sebarang effort. Kalau ada sekerat dua entri yang ‘baik punya’ tu, Wan harap ianya memberi manfaat kat kamu. Tak banyak, sikit pun jadilah. Boleh gitu?

Dan bila Wan baca balik entri-entri yang pernah Wan tuliskan kat blog ni lagi-lagi entri diawal kemunculan’nya, rasa lawak sangat la pulak. Sengih sorang-sorang dibuatnya. Heee.. Ye la, dah nama pun baru berjinak-jinak untuk jadi blogger popular (konon je), so tak hairan ler kalau kebanyakkan entri nampak sekadar tangkap muat je. Asal blog ber’update kekdahnya. Huhu.. (more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 10 October '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Must Read | Komen: Ada 18 Comments.