Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Tag Archives: Agnes monica

Lawak terlampau Britney Spears

Britney Spears

Hahaha.. tak tahu plak Wan nak start kat mana sebab belum tulis lagi asyik tersengih-sengih je teringat lawak terlampau si Britney Spears ni. Serius, memang mengelikan hati ditambah lagi dengan aksi spontan versi ‘terkejut beruk’nya. Tak tahan wa cakap lu :lol:

Memandangkan Wan tak tahu nak mula macam mana, jadi terus sajalah kepada motif utama yer. Boleh kan? Hehe.. Ok, kat bawah ni adalah video Britney Spears yang dirakam semasa dia membuat persembahan di Mohegan Sun Arena 2 Mei (Sabtu) lepas. Dalam video itu, Britney sedang menyanyikan lagu hit’nya iaitu Womanizer. Layan..

(more…)

Diterbitkan pada 8 May '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celebrity, Entertainment, Fun & Jokes, Song & Lyrics, Video | Komen: Ada 8 Comments.

Lagu: Sujud (Mawi Feat KRU)

Sujud by Mawi Feat. KRU

Adeh, tak tahu plak nak update apa kat blog yang super duper popular ni. Yay! Maklumlah, Wan masih dalam mood Maulidur Rasul, jadi takde idea yang masuk. Serius, Wan tak tipu. Hehehe.. Actually Wan nak post pasal lagu Agnes Monica yang kononnya boleh merosakkan akidah tu tapi macam dah terlambat la pulak sebab sana sini dah tulis pasal benda ni. Jadi, kira agak mustahil la kalau korang yang ngaku kaki internet ni tak tau pasal perkara ni.

Cuma apa yang dapat Wan komen, lagu itu sebenarnya tidak bertujuan untuk memesongkan akidah umat Islam secara langsung tapi ianya adalah lagu khusus untuk agama Kristian (Katolik). Cuma penggunaan perkataan Allah sebagai kata ganti bagi tuhan adalah perkara biasa di sana, maksud Wan Indonesia. Tidak kira muslim mahupun non-muslim. Jadi, kita tidak boleh berbuat apa-apa selain memberi peringatan antara satu sama lain supaya tidak mendengar lagu tersebut. Dan Alhamdulillah, Malaysia mengharamkan penggunaan Allah dalam kitab penganut agama Kristian yang ingin diterjemahkan kedalam bahasa Melayu.

Oleh hal yang demikian, daripada korang dengar lagu Agnes Monica tu dan juga lagu-lagu dari seberang, lebih baik korang dengar lagu Sujud yang dinyanyikan oleh Mawi featuring KRU kat bawah ni dan hayatilah bait-bait lirik lagu tersebut walaupun korang tak minat sangat ngan suami Ekin tu kerana bagi Wan secara peribadi, lagu Sujud ini memberi banyak pengajaran dan peringatan yang sangat bermanfaat untuk kita semua. Jadi, jangan kasi lama.. play la

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 11 March '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Entertainment, Muslim, Song & Lyrics | Komen: Ada 22 Comments.