
Rasanya semua pun dah sedia maklum mengenai isu penggunaan ‘Allah’ ni, jadi tak perlulah aku nak ulas pepanjang yer. Tapi daripada isu tersebut, aku percaya masih ramai antara kita yang tak berapa nak ambil tahu sangat mengapa penggunaan ‘Allah’ oleh penganut agama Kristian sebagai kata ganti nama bagi tuhan perlu ‘diharamkan’ penggunaan’nya kat Malaysia ni. Betul kan?
Oleh itu, saja aku kongsikan satu artikel yang ditulis oleh seorang pelajar Malaysia yang belajar kat Indonesia berkaitan isu ni kot-kot ianya dapat memberi jawapan kepada korang. Jadi, apa tunggu lagi? Jom baca. (more…)
Posted on 17 January '10 by Azizwan™, under Muslim, Must Read. 20 Comments.

Pejam celik, login logout, rupanya hari ini (10. Oktober) sudah genap setahun blog www.azizwan.com ini bertapak kat alam maya ini dengan hosting dan domain’nya sendiri walaupun banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya sepanjang tempoh tersebut.
Pernah sekali blog ini seperti sudah tidak wujud lagi bila ianya mengalami kehilangan yang benar-benar mengerikan. Kalau kamu pengikut blog ini sedari awal kewujudannya, Wan yakin kamu tahu apa yang Wan maksudkan. Dan hari ini, Wan rasa terharu plus happy sesangat sebab tak sangka plak blog picisan macam ni boleh bertahan sampai ke hari ini. Oleh itu, saja Wan tuliskan entri ini untuk meraikan 1st anniversary’nya. Yay!

Sejak setahun kewujudan blog ini, ianya sudah mempunyai 149 entri (alahai, sket’nya) yang mana kebanyakkannya (hampir keseluruhan actually) entri yang Wan tuliskan adalah entri tak boleh blah dimana ianya langsung tidak memberi sebarang effort. Kalau ada sekerat dua entri yang ‘baik punya’ tu, Wan harap ianya memberi manfaat kat kamu. Tak banyak, sikit pun jadilah. Boleh gitu?
Dan bila Wan baca balik entri-entri yang pernah Wan tuliskan kat blog ni lagi-lagi entri diawal kemunculan’nya, rasa lawak sangat la pulak. Sengih sorang-sorang dibuatnya. Heee.. Ye la, dah nama pun baru berjinak-jinak untuk jadi blogger popular (konon je), so tak hairan ler kalau kebanyakkan entri nampak sekadar tangkap muat je. Asal blog ber’update kekdahnya. Huhu.. (more…)
Posted on 10 October '09 by Azizwan™, under Blog, Must Read. 17 Comments.

Saja update blog dengan benda ni sebab takde apa-apa yang dapat Wan tuliskan semenjak dua menjak ni. Kamu pun perasan kan? Huhu.. Oleh itu, Selamat Hari Kebangsaan (merdeka la tu) yang ke-52 Wan ucapkan buat negara Malaysia yang Wan cintai. Uhuk..uhuk..
Oh ya, alang-alang dah tulis entri pendek ni nak tambah la sket. Kat twitter tadi masing-masing sibuk nak tulis apa diorang punya pengertian mengenai merdeka. So, kalau kamu rajin, tulislah apa erti merdeka bagi kamu kat komen bawah tu yer. Ada berani? Hehehe..

Ini update ohtweet yang punya. Hahaha..
Dan kat bawah ni pulak adalah Malaysian Google Doodle sempena merdeka yang ke-52 Malaysia. Boleh tahan kool eh! (more…)

Weblog Popular 1Malaysia
Untuk makluman kamu semua, sebelum ni aku ada menulis entri promo untuk contest Weblog Popular 1Malaysia yang dianjurkan oleh tuan punya blog www.denaihati.blogspot.com yang mana hadiahnya boleh tahan lumayan kerana nilainya mencecah bukan ratusan ringgit tapi ribuan ringgit. Ya ribuan ringgit dan ianya dalam bentuk CASH. Oleh kerana itu, entri kali ini pula adalah entri susulan dari entri promo tersebut kerana pada entri kali ini aku akan menamakan 1 blog sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
Agak sukar juga sebenarnya untuk aku memutuskan blog mana yang sangat-sangat sesuai dicalonkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia memandangkan terlalu banyak blog yang boleh aku calonkan. Namun setelah difikir semasak-masaknya berdasarkan beberapa faktor (cewah) yang bersesuaian dengan penganjur contest itu sendiri dan membantu beliau mencapai matlamatnya dalam penjenamaan Denaihati itu sendiri maka, Weblog Popular 1Malaysia pilihan World Of Mohd. Azizwan ialah (more…)

Posted on 28 July '09 by Azizwan™, under Blog, Review. 38 Comments.