Streamyx Wan Kini Kembali. Yay!

Alhamdulillah, akhirnya streamyx Wan kini telah boleh digunakan seperti biasa pada petang tadi setelah 2 orang brother technician datang bertandang ke rumah Wan untuk membuat ‘medical check-up’ keatas masalah streamyx yang Wan hadapi. Sekali lagi, Wan nak ucapkan jutaan terima kasih (walaupun dah ucap terima kasih tadi) kerana kalian sudi bersusah payah turun padang untuk menyelesaikan masalah Wan. Huhu.. Tapi maaf la ye sebab Wan tak ambil gambar kalian untuk dimasukkan ke dalam blog yang popular ni. He3
Sebenarnya tiada apa-apa masalah serius dengan streamyx Wan cuma modem yang Wan gunakan ada sedikit masalah dimana kesemua lampu pada modem tidak menyala selain lampu power. Jadi, memang tak dapat connect streamyx la jawabnya. Cek punya cek, brother technician pun tak tahu apa masalah dengan modem Wan itu dan dengan slumbernya melebalkannya sebagai rosak. Dan dengan itu, secara rasminya Wan menerima modem baru sebagai ganti untuk modem yang rosak itu tanpa dikenakan sebarang caj. I like
Kini streamyx Wan sudah sedia untuk menjalankan semula operasinya mengikut suka hati Wan setelah 10 hari tidak dapat membuat connection dimana dalam 10 hari itu Wan terpaksa memendam rasa untuk online lelama kerana Wan hanya menggunakan dial-up untuk melepaskan gian. Nasib baik la problem ni tak berlaku masa Wan buat bisnes eBay dulu, kalau tak, sure pecah kepala dibuatnya. Huhu.. Dan apa yang pasti, kadar bayaran untuk bil bulan depan semestinya melambung berganda-ganda. Oh tidak! Ada sesiapa nak tolong bayarkan?
Memandangkan streamyx Wan sudah kembali OK, jadi korang bersedialah dari sekarang untuk contest yang bakal Wan buat di blog ini. Dan kepada korang yang dah subscribe blog ni, ianya tidak menjaminan yang korang tidak akan terlepas contest tersebut kerana Wan bercadang akan melangsungkannya dalam tempoh yang singkat sahaja. Jadi, rajin-rajin la jengok blog ni yer. Salam




15 Comments to “Streamyx Wan Kini Kembali. Yay!”