Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Streamyx Oh Streamyx

Streamyx Oh Streamyx

Hari ni dah masuk hari ke-10 Wan tak boleh online seperti selalu a.k.a macam biasa disebabkan streamyx Wan yang cam haram. Dah banyak kali Wan call streamyx bagi tau masalah ni siap Wan dapat report number lagi tapi sampai sekarang ni tak juga nampak perubahannya. Masih gak lagu tu.

Wan pun dah minta depa supaya hantar technician untuk nengok sendiri apa masalah sebenarnya dan kot-kot masalah terus settled, so boleh la Wan online guna streamyx macam biasa. Tapi yang sedihnya, depa buat layan tak layan je. Siap suruh Wan plak yang jadi techniacian. Ape kes?

So, sampailah sekarang ni Wan terpaksa update blog, cari bahan, usya facebook, layan zon artis, dan segala bagai hanya menggunakan dial-up yang speed’nya boleh membuatkan punggung terbakar menunggu satu-satu page full load. Memang very the haram jadah punyalah. Boleh gitu?

Dan apa yang pasti, next bil harusnya Wan kopak lagi even setiap 1 minit penggunaan dial-up hanya dicaj sebanyak RM0.04. Maklumlah, Wan ni dah boleh dikategorikan sebagai pelayar internet tegar dimana kalau sehari tak online 5 – 6 jam, memang tak sah. So, korang kiralah sendiri.

Kepada streamyx (TM especially), satu je Wan nak cakap sini. Kalau korang tak bagi rebate, sumpah Wan takkan halalkan duit yang Wan bayar untuk benda yang Wan tak gunakan. Kalau korang nak Wan anggap ianya sebagai sedekah, maaf! Lebih baik Wan masukkan kat tabung masjid. Ada juga faedahnya.

Sebelum terlupa, kat bawah ni hadiah untuk streamyx. Enjoy it..
Hadiah buat Streamyx

Psstt: Ada sesiapa nak belanja Wan broadband? Kalau ada, kecik tapak tangan, nyiru hamba tadahkan. Hahaha..

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 8 October '09 - Kategori: Streamyx

Tagged: , , , .

20 Comments to “Streamyx Oh Streamyx”

08.10.09 at 09:23
Posted by PakciQue

Aku takde streamyx di rumah. Aku hanya pulun streamyx di ofis. Jadi, aku tidak dapat memahami perasaan mereka yang bermasalah ni.

Tapi, aku pelik juga, kenapa streamyx di pejabat tidak bermasalah sampai begitu.

Mungkin kebajikan korporat lebih diutamakan agaknya.

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@PakciQue entah la.. maybe apa yg kamu ckp tu ada betulnya.. atau mungkin krn ofis kamu langgan streamyx pakej bisnes sbb tu keutamaan sangat diberikan agar ofis kamu tak guna perkhidmatan internet lain. tp adakah? huhu..

[Reply]

08.10.09 at 09:57
Posted by shahrul

Aku dpt memahaminya. Aku kene dgn wimax lembap. :x

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@shahrul thanks sbb memahaminya.. tp kalau takat lembab aku tak berapa nak kisah asalkan still boleh guna utk surf internet.. yg aku kisah skrng ni, streamyx vunguks sangat.. langsung tak boleh buat connection.. mcm aku tulis kat atas tu, depa mcm nak tak nak je layan aku punya report even dah balik2 aku call.. maybe depa nk aku terminate terus kot?

[Reply]

08.10.09 at 11:26
Posted by x-po

mmg slow aritu..tensen btl la..time laju, laju btl..time slow, mmg cam kura2

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@x-po tau takpe.. andaikata ler berak pun kena guna internet, aku gerenti tak sempat buang kat tempat yg sepatutnya mesti taik dah keluar dlm seluar.. tak ke naya tu.

[Reply]

08.10.09 at 11:42
Posted by Anarm

bill streamyx, dial up bleh lak ko bayar..
nk angkat broadband kene ade org blanje plak ek..
wahahaha..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Anarm lek ar bro.. jgn emo2. hahaha.. saja je aku tulis tu. mana ler tau kan ada anak datuk, tak pun anak para kenamaan dan vvip yg dalam diam layan blog aku ni, ada rezeki boleh dpt kot.. kehkehkeh..

tp aku faham.. sape la nk belanja aku ni kan? :sad:

[Reply]

08.10.09 at 14:06
Posted by ibnmasir

streamyx mmg haram wan.tapi persoalannye nape kte masih gunekannye?

mayb xde yg lebih baik, hehe.. :mrgreen:

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@ibnmasir wah! takut plak aku baca statement bro ni. huhu.. tp betul la apa yg bro ckp tu.. antara semua broadband yg ada kat malaysia ni, takde satu pun yg mampu bg streamyx ni ketaq lutut. sbb tu aku pun rasa serba-salah nk terminate streamyx aku ni.. nanti tak pasal2 plak kluar entri broadband X oh broadband X. huhu..

kalau ler ada yg mampu lawan streamyx ni, dah sah2 aku akan say good bye kat depa :arrow:

[Reply]

08.10.09 at 20:20
Posted by azizan4444

berukband lg truk..haha

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@azizan4444 tak jadi la aku nak langgan celcom broadband mcm ni. huhu..

[Reply]

azizan4444 Reply:

tu la wan..streamyx kjp je tu..die buang yg mane buruk..haha..tp klu 2 3 bln cmtu,aku bg cdgan ko sepak2 je tuan punye tm tuh..haha

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@azizan4444 agaknya mcm tu la kot.. anyway, nice suggestion. hahaha :lol:

10.10.09 at 02:24
Posted by Kill-Vearn

sabo aje la wan.. kita sebagai pengguna leh wat ape agi.. tambah2 kat sabah tu slalu prob sian ko.. aku stakat ni baru dua kali prob, namun alhamdulillah kejap aje setel..

[Reply]

16.10.09 at 16:15
Posted by naz

adeyh, aku dah malas nak sembang pasal streamyx nih, byk kali kritik bende nih. tp mmg xde perubahan sgt. mmg btul wan, ssh nak call diorg, call hr ni mggu dpan br dtg. aku br je kena. =(

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@naz itu la pasal.. wlpn dah byk pengguna komen pasal streamyx ni, tp depa still boleh goyang kaki lg dan tak pernah nk improve depa punya service.. tau la takde saingan, tp sebaiknya bg la kepuasan yg maksimum kat pelanggan. baru ler tak sia-sia org langgan service depa..

dan utk makluman bro.. masa aku taip komen ni streamyx aku still tak ok lg.. dah balik2 aku call TM suruh depa htr technician, tp boh layan.. tetap juga suruh aku tunggu 2 hari waktu bekerja utk depa cek apa masalah.. siap bg alasan cable kena curi segala. betul2 buat aku sakit hati..

[Reply]

26.10.09 at 16:28
Posted by comment

wan, masih hadapi masalah streamyx ni?

saya nak kongsi cara yang saya guna untuk hadapi masalah dengan telekomunikasi di malaysia ni.. pertama boleh buat aduan kepada suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia http://www.skmm.gov.my

kedua dan paling berkesan, biro pengaduan awam.. http://www.pcb.gov.my/

yakin la, masalah wan akan jadi masalah negara. seriously.

[Reply]

11.12.09 at 17:37
Posted by DeaN

update le cite2,info2 yg menarik dlm nie..

pasal streamyx tu..aku pon kene gak cam ko..x bleh nk connect…bekali2 aku call diorg..wat camner pon x bleh gak..last2 diorg antar technician tp x bleh gak..
problemnye..data dlm sistem lari..so kene setting smule..
mmg hampeh le..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@DeaN huhu.. bkn taknak update cite2 dan info2 yg menarik, tp aku tak reti nk buat semua tu. mklumlah, aku kan cuma blogger picisan. huhu..

[Reply]








CommentLuv badge