Statistik bulan Ogos 2009
Start dari bulan lepas Wan dah janji nak share statistik blog ni untuk setiap bulan kan. Jadi macam biasalah, post awal bulan ni Wan akan menunjukkan statistik tersebut. Dan seperti yang kamu semua nanti-nantikan (ada ke? huhu..), berikut adalah statistik blog picisan ni untuk bulan lepas. Saksikan..

+ 160 untuk 31 Ogos 2009
Ini bermakna, statistik rasmi pelawat (termasuk korang la tu) yang datang bertandang ke blog ini untuk bulan lepas berdasarkan angka rasmi yang diberikan oleh Nuffnang adalah 6022. Fuh, sket sangat kan? No wonder la earning Nuffnang Wan tak pernah nak bertukar angka. Huhu..
Untuk pendapatan dari blog pula, nampaknya bulan lepas tak banyak malah hampir-hampir saja takde. Huhu.. Tapi biasa ler, rezeki tu kejap ada kejap takde. Apa yang penting, kita berusaha, berdoa dan bertawakal, insyaAllah akan ada ler hasilnya tu nanti.
Neway, nak ucapkan juga thank you so much kat x-po even agak terlewat sebab bagi aku menang untuk contest teka gambar beliau. Dapat RM20 tu. Huhu.. Sekarang ni pulak Wan masih tertunggu-tunggu hadiah daripada bro DenaiHati. Ke beliau dah bagi cuma aku je yang tak tahu?
Oh ya, DiGi MMS Speak Up Contest yang sertai tempoh hari telahpun diumumkan keputusannya dan apa yang pasti Wan tidak tersenarai sebagai pemenangnya. Hahaha.. Tapi takpe la sebab memang tak layak untuk diangkat sebagai pemenang pun (bajet terima dengan redha).
Akhir kata, selamat berpuasa



13 Comments to “Statistik bulan Ogos 2009”