Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

(Speak UP!) Say Yes To Blogging

Say Yes To Blogging

Ini adalah entri khas untuk DiGi speak up Malaysia contest yang aku promo sebelum ni. So, sila jangan hairan mengapa ayat pada entri ini agak skema kerana ianya adalah sebuah karangan yang hanya akan mendapat markah kasihan je kot. Hehehe..

Dewasa ini, weblog atau lebih sinonim dengan panggilan blog semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia termasuklah di Malaysia ini sendiri. Hal ini kerana, kesedaran perlunya mempunyai blog semakin meluas ditambah lagi dengan kemudahan capaian internet yang dialami sekarang berbanding 10 tahun yang lepas. Jadi tidak hairanlah jika blog pada masa kini dilihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Seperti yang semua sedia maklum, selain surat khabar dan juga televisyen, blog merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan dan memperolehi maklumat malah boleh dijadikan sebagai medan berdiskusi untuk saling bertukar idea dan pendapat antara pembaca dan penulis blog itu sendiri. Misalnya mengenai isu semasa yang sedang berlaku. Dengan adanya blog, isu semasa tersebut boleh dibincangkan sekaligus dapat melihat dimana pro dan kontra setiap isu yang dibincangkan. Maka tidak hairanlah jika kebanyakkan ahli politik sekarang ini berlumba-lumba untuk mempunyai blog mereka sendiri kerana mereka mula sedar bahawa blog itu juga sangat besar kuasanya dalam menyampaikan visi dan misi kepimpinan mereka serta idea-idea berkaitan politik dan sebagainya.

Blog Tun Dr. Mahathir Mohamad
ini adalah blog che det

Dalam pada itu, antara sedar atau tidak, blog juga sebenarnya boleh digunakan sebagai medium untuk menjana pendapatan buat penulis dan pemilik blog itu sendiri. Ini bermakna, blogging itu secara tidak langsung mampu memberi pulangan yang lumayan jika kena pada caranya. Mungkin ramai yang tidak percaya, namun itulah hakikat dan realiti’nya. Jika tidak, masakan blog Bankaholic mampu terjual dengan harga USD$15,000,000 (+/- RM53,437,162). Jadi, blog pada masa kini tidak lagi boleh dipandang enteng dan hanya membuang masa semata-mata kerana blog itu banyak kelebihan dan manfaatnya samada secara sedar atau sebaliknya apatah lagi jika ia mampu memberi pulangan yang sangat lumayan.

Bankaholic
ini adalah bankaholic blog

Oleh hal yang demikian, bersama-samalah kita SAY YES TO BLOGGING agar masyarakat Malaysia tidak terkebelakang dalam memperolehi maklumat dan dalam pada yang sama meningkatkan ilmu dalam bidang IT. Dan untuk itu, pihak kerajaan khususnya dapat menyediakan lebih banyak perkhidmatan internet secara percuma untuk tujuan ini. Manakala penyedia internet berbayar pula perlulah meningkatkan tahap perkhidmatan internet mereka.

Nak blogging sepuas-puasnya?

DiGi Broadband

Oh ya, aku nak promosi sket. Jika ada antara kamu yang masih belum mempunyai capaian internet, apa kata kamu usya dahulu DiGi Broadband kerana dengan bayaran serendah RM58 sebulan kamu sudah mampu melayari internet pada bila-bila masa dimana jua. So, bila dah ada internet nanti, bolehlah blogging sepuas-puasnya kan. Hehe..

Psstt: To Nuffnang, aku sudah promo contest ni kat entri aku sebelum ni dan kat blockquote atas tu aku dah bagi link. Kalau korang tak terima penyertaan aku ni dengan alasan aku tak buat post promo, siap korang! Huhu..

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 9 July '09 - Kategori: Blog, Contest, Nuffnang

Tagged: , , , , , , , , , , , , , .

9 Comments to “(Speak UP!) Say Yes To Blogging”

09.07.09 at 07:58
Posted by denaihati

bro semuga sukses…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@denaihati: insyaAllah bro.. kalau dah rezeki tak kemana kan? tp kalau takde, nk buat mcm mana.. mungkin ianya dah tersurat bukan untuk aku. huhu..

[Reply]

09.07.09 at 12:29
Posted by zul

good luck bro , bro meamng rajin join contest.

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@zul: thanks bro.. actually, aku join contest ni pun just for fun je. kalau menang alhamdulillah. kalau tak menang, join contest yg lain pulak. hehe :)

[Reply]

09.07.09 at 14:25
Posted by hafisdn

:mrgreen:

ini la blog berinfo. teruskan berblog bro. ko mmg hensem aa

[Reply]

10.07.09 at 18:39
Posted by mangkuk.com

:smile: salam wan..aik kamo tkr template lg ke wan?? huhuhu cantik2..

[Reply]

11.07.09 at 00:31
Posted by cik peanut

peanut tak bace sampai habis karangan wab wat ni..tapi kan..peanut yakin dan pasti, cikgu bm peanut mesti kasi A1 lah untuk wan..nge~~
tapi kan..pic atas sekali tu cantek… :grin:

Azizwan says: haha.. actually, aku tak kisah pun kalau takde sape yg baca entri ni sbb ianya hanya ditulis khas utk contest speak up tu saja. tp kalau entri yg lain, aku kisah. hehe.. apa2 pun, takde maknanya cikgu bm peanut nk bg A1 utk karangan yg ntah apa-apa ni.. bg 9G baru ngam kot :mrgreen:

[Reply]

12.07.09 at 00:36
Posted by cik peanut

entry len konfirm lah bace.,,kalau tak bace tak lengkap lah hidup ku ini..chewah..ayat bodek..heheheheh

[Reply]

19.07.09 at 16:05
Posted by theeggyolks

Visited ur speak up

Azizwan says: thank you :)

[Reply]








CommentLuv Enabled