Siapa Lagi Nak Tiket Menyaksikan Perlawanan Liverpool VS Malaysia?

Rasanya korang semua dah tahu lebih-lebih lagi jika korang kipas susah mati Liverpool bahawasanya Kelab Bola Sepak Liverpool (Liverpool FC) akan datang ke Malaysia dalam siri jelajah Asia mereka dan pada 16 Julai nanti akan berlangsung satu perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Liverpool yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dah dapatkan tiket belum? Kalau dah, bagus! Huhu..
Bagi korang yang tak berapa nak cukup bajet tu tapi teringin sangat nak menyaksikan perlawanan tersebut, jangan risau sebab Standard Chartered yang merupakan bank terbesar di Asia yang juga merupakan penaja rasmi Liverpool FC dan perlawan ini telah menawarkan dua tiket untuk dimenangi (untuk 1 pemenang) dan ianya pula untuk 10 pemenang. Pergh! Takkan korang tak nak kot?
Apa yang perlu korang lakukan untuk peluang memenangi dua tiket daripada Standard Chartered itu ialah dengan hanya meninggalkan (lebih tepat memberikan) mesej yang menunjukkan betapa tingginya sokongan korang kepada pasukan Liverpool. Tak kisah sama ada kepada pasukan Liverpool umumnya atau kepada pemain khususnya.
Cepatlah tunjuk macam mana cara untuk memenangi tiket tu?
Benda free, cepat je korang kan? Hahaha.. Ok! ikut langkah-langkah mudah yang aku tunjukkan kat bawah ni.
LANGKAH 1:
Pergi ke website LFC tour dengan KLIK DI SINI
Lepas dah klik, korang akan nampak website tu macam ni.

LANGKAH 2:
Kemudian, korang klik pada bahagian yang aku bulatkan seperti kat bawah ni. Abaikan bulatan yang hodoh tu.

LANGKAH 3:
Lepas dah klik, ruang tu akan kosong dan korang dah boleh berikan mesej korang. Ingat, berikan mesej terbaik supaya peluang korang untuk memenangi tiket daripada Standard Chartered itu lebih cerah. Sebagai contoh, korang tengok mesej yang aku dah buat seperti kat bawah ni.

Tak nampak? Aku tulis “GO LIVERPOOL GO.. YOU’LL NEVER WALK ALONE BECAUSE I ALWAYS WITH YOU“
LANGKAH 4:
Kalau dah puas hati dengan mesej tu, klik SEND yang ada dalam kotak mesej tu kemudian akan keluar pula macam kat bawah ni untuk hasilkan avatar korang. Korang pandai-pandailah buat macam mana ikut taste korang sebab yang ni tak dikira pun. Saja untuk suka-suka. Maksudnya, avatar korang tu hodoh pun takpe. Huhu.. Puas hati, klik SUBMIT

LANGKAH 5:
Sesudah itu, akan keluar lagi macam gambar kat bawah ni dimana ianya untuk mendapatkan detail korang. Macam biasa, untuk mereka menghubungi korang jika korang adalah pemenangnya. Isikan dengan lengkap dan pastikan pada MATCH tu anda tick MALAYSIA. Jangan lupa juga tick pada I ACCEPT THE T&C’s yer. Selesai, klik SUBMIT.

LANGKAH 6:
Last step, jangan lupa ajak kawan korang untuk join sama. Kot-kot korang tak menang dan kawan korang tu pulak menang, bolehlah minta 1 tiket kat dia. Cakap “kalau aku tak suruh kau join tempoh hari, sah-sah kau tak dapat tiket tu. Jadi bagilah 1 tiket kat aku. Kita pergi berdua”. Macam, cantik tak ayat bodek tu? Hahahaa..

Dah faham? Jadi tunggu apa lagi? Hantarkan mesej sokongan korang sekarang! Siapa tahu dua tiket untuk menyaksikan perlawanan antara Liverpool dan Malaysia pada 16 Julai tu nanti akan menjadi milik korang. Siapa nak bagi kan? Standard Chartered je yang baik hati nak bagi. Huhu.. Kalau menang dan tak tahu nak bawa sape, aku ada!



2 Comments to “Siapa Lagi Nak Tiket Menyaksikan Perlawanan Liverpool VS Malaysia?”