Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Seronok sangat ke tulis entri hentam blogger?

Blog, Blog Paling Popular, Blog Paling Best, Blog Paling Popular Di Malaysia, Blog Paling Tak Best, Blog Paling Top, Blog Paling Terkenal, Tips Popularkan Blog, Cara Meningkatkan Trafik Blog

Semakin lama aku mengikuti perkembangan dunia blog ni, semakin banyak yang aku nampak dan salah satunya adalah mengenai kecenderungan blogger menulis entri yang bersifat ‘menghentam’ blogger lain. Sebagai contoh (rasanya tak perlu la kot). Jika perkara ini terus berlaku, aku percaya dunia blogging kat Malaysia ni takkan ke mana dan tak mustahil ianya akan mati. Ya, mati.

Persoalannya kat sini, seronok sangat ke tulis entri yang bersifat menghentam blogger ni?

Aku tak nafikan, ada sesetengah (semua sebenarnya) blogger akan merasa seronok dan sangat puas bila dapat menulis entri yang menghentam blogger ni lagi-lagi kalau entri tu mendapat sokongan dari follower. Sebab tu tak hairan kalau nengok blog beliau banyak entri yang bersifat menghentam atau dalam erti kata lain, entri yang memburuk-burukkan dan memalukan blogger.

Tapi apa tujuan dan motif tulis entri menghentam tu? Nak buktikan yang beliau seorang blogger yang bijak dan hebat dari segala aspek? Nak buktikan beliau seorang blogger yang berani sebab slumber je tulis entri yang bersifat menghentam? Kalau itulah motif’nya, hanya ni yang dapat aku bagi.. Hark ptuih

Atau mungkin nak membetulkan apa yang salah dan membantu blogger menjadi lebih hebat? Kalau itu tujuan’nya, satu perkara yang baik. Tapi bukankah lebih elok kalau ianya ditulis dengan cara yang lebih baik dan penuh berhemah berbanding yang bersifat menghentam? Sebab aku percaya, teguran secara lembut dan berhemah lebih memberi kesan berbanding teguran secara kasar. Right or not?

Secara peribadi, aku memang tak suka melihat perkembangan ni sebab ianya tak memberi apa-apa malah untuk jangka panjang, ianya hanya akan membunuh dunia blogging yang dah semakin meriah sekarang ni. Kan best kalau kita blogging tanpa perlu membunuh blogger lain semata-mata untuk menghidupkan blog sendiri. Sebab tu dari dulu lagi aku pegang pada prinsip “kalau nak layan, layan.. tak nak layan, diam-diam sudah”. That means, lebih baik aku diam daripada riuh sekampung. Faham kan?

Jadi aku harap korang (especially rakan-rakan blogger) yang baca entri ni supaya dapat mengelak daripada menulis entri yang bersifat menghentam melainkan jika berlaku kes-kes tertentu (special case). Kalau nak menegur, tegurlah secara berhemah dan sebaiknya terus kepada blogger tersebut supaya lebih berkesan. Tak payah nak tulis kat blog. Tapi kalau nak tulis juga, konon-konon’nya nak jadikan sebagai pengajaran dan panduan kepada blogger lain, pastikan korang ada ‘common sense’. Itu penting!

Jom kita bincang-bincangkan…

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 21 April '10 - Kategori: Blog, Freedom Talk, Personal

Tagged: , , , , , , , , , , .

49 Comments to “Seronok sangat ke tulis entri hentam blogger?”

21.04.10 at 20:56
Posted by Dauspozi

aku pernah dihentam oleh Pijoyz, dan aku balas balik dgn hentaman, aku tau sape kuat hentam org, huhu… org itu adalah phewwwittttt…..

Aku rasa hentam menghentam ni tak elok gak, lgpun pembaca dpt tau prangai kita yg buruk iaitu suka hentam org, my mum selalu marah kalau aku hentam org, org simbah lada, aku simbah air mineral… huhu

P/s: Lepas ni takde lg entri hentam-menghentam ni…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Dauspozi rasanya aku pernah baca n3 tu dan mcm biasalah, aku lebih selesa buat nampak tak nampak.. malas nak campur tangan lebih2 lg ko pun dah buat n3 balas..

sapekah yg ngko maksudkan? jgn salah org udah la yer daus. tak baik berburuk sangka. huhu..

[Reply]

Dauspozi Reply:

bukan salah aku ler, rujuk entri ni: http://www.dauspozi.com/2010/02/pijoyz-tak-puas-hati-dengan-aku-ke_19.html

Pasal siapa yg aku maksudkan tu takyah ler gtau, lg pun citer lama, dia mmg suka hentam org, org salah sikit, dia post dlm blog, reader dia pun bangkit menyerang, wakaka…

[Reply]

21.04.10 at 21:13
Posted by x-po

kalau aku tulis entry2 yg menghentam ex aku tak apa ke ek? huhu sbb dia bkn blogger..hikhik

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@x-po yg tu special case kot.. tp kan bagus kalau blog tu clean dr entri hentam-menghentam. tak gitu bro? huhu..

[Reply]

hydir Reply:

setuju!!!!!

namapun ex .. apa nak ingat lagi .. hoho
.-= *Entri terbaru kat hydir´s blog: Gunakan cPanel File Manager untuk edit html apabila tidak boleh akses blog =-.

[Reply]

21.04.10 at 21:16
Posted by Scromix

hehe kalo org tuh rasa die hebat dengan hentaman belum tentu di hebat. walau pengaruh besar tp kite kena percaya ada yg lg hebat dari kite… ;)

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Scromix korek.. eh silap, correct :)

[Reply]

Sarah Ibrahim Reply:

Yes. Betul tu. Setuju sangat.
*Entri terbaru kat Sarah Ibrahim´s [type]: Kesihatan: Cuba try test Habatus Sauda

[Reply]

21.04.10 at 21:49
Posted by Mr. Kamikaze

Betul gak..setuju gak cadangan wan tue…Kalau tak puas hati ngan seorang blogger tue tak payahlah nak hentam dlm blog..Kan baik klu trus direct emel or face to face klu ada yg tak ngam…itu lebih gentle bg Arm..

Klu hentam kat dlm blog sendiri, mesti dia ada pengikut yg ramai tuelah berani sgt…Tp tak bestlah cam tue memalukan jer…Bgi Arm hentam kat dlm blog tue last choice. Itu pun klu kita dah sound guna emel or what ever masi gak tak mkn saman…brulah guna kuasa blog tue sendiri…

Sekadar pandangan wan…Peace No War…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Mr. Kamikaze itulah yg semolek-moleknya.. lgpun takde maknanya nak tulis entri hentam-menghentam ni sbb akhirnya menang jadi arang kalah jadi abu. tu je..

apa2 pun, pandangan yg bernas.. thanks ya bro Arm..

[Reply]

21.04.10 at 22:13
Posted by nadrahfihil

kdg2 org yg wat entri nak hentam blogger len ni.. slh satu niat nye is nak naekkan traffic… biasenye blog yg dihentam tu femes n byk follower… so.. if die hentam blog byk follower… follower ramai2 tu nnt akan gi blog die n hentam lek…or ikut sm bersetuju. kre cm2 r… tu sume just strategi utk femeskan blog.. leh duit kt nuffnang or ape2 masyukkk…

strategi keji. =p

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@nadrahfihil itu salah satu strategi.. tp kebanyakkan yg aku nampak, tujuan blogger buat entri menghentam ni adalah semata-mata nk tunjukkan kat dunia yg dia tu bagus dan hebat dlm segala hal.. kononnya takde la mcm blogger yg dihentam tu.. apa yg dia buat semuanya betul, takde yg salah.. smpaikan blogger (aku sendiri pun) rasa mcm ada sekatan utk blogging.. yer la, post tang ni kena hentam.. tang tu kena hentam.. bila asyik kena hentam, sampai bila blogging kat Malaysia ni nak berkembang..

sbagai cth: kita post barang yg kita beli kat blog sbagai 1 perkongsian kat rakan2 kita.. tp ada pula blogger yg hentam kita siap bersusah-payah tulis kat blog ckp kita ni riak dan menunjuk-nunjuk sdgnkan niat hanya nk berkongsi cerita.. dah nama pun blog kan? kalau rasa apa yg org tu post tak mendatangkan apa2 hasil, abaikan je ler.. tak payah nk beritahu kat dunai yg kita ni baik tahap dewa dgn menghentam apa yg blogger tu buat.

dan yg paling tak boleh blah.. ada blogger yg dgn slumber badaknya melabelkan blog org sebagai blog sampah. mak aih, hebatnya sampai cop blog org sbgai sampah.. sekali lg aku tekankan di sini.. kalau rasa blog tu sampah, tak perlulah rajin tulis kat blog sbb benda ni mudah je iaitu ‘tak perlu baca’.. ngko ckp blog tu sampah tp tak mustahil ada yg suka dgn blog tersebut.. jd jgn bunuh blog tu dgn entri yg bersifat menghentam.. kalau bajet dah hebat, tunjuk kehebatan tanpa perlu menulis entri yg menghentam blogger cukup. itu baru namanya hebat!

[Reply]

21.04.10 at 22:24
Posted by apiih

buat mase nih blm lagi buat entri yg berbentuk hentaman kat blogger2 lain,sebab aku rase blogger2 lain lagi hebat daripada aku,x kire samada mereka ni otai aku newbie..ahahaha..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@apiih baguslah kalau mcm to bro.. harap2nya takde ler wujud entri yg bersifat menghentam kat blog bro tu :)

[Reply]

22.04.10 at 00:06
Posted by mie

memang xdinafikan…
semakin ramai blogger yang suka menghentam…
walaupun terkenal, lama kelamaan org akan muak kalao asyik menghentam saja..
di situ boleh nampak kekurangan blogger…
nak menghentam pun kena la ada tatacara nya..
idak begitu???

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@mie betul ler tu.. tp kan lebih elok kalau entri menghentam tu tak wujud langsung.. kalau tak senang cara blogger tu (misalnya dia berlagak ke, kerek ke or what so ever), diam2 sudah dan tak perlu layan.. ni tak, sanggup tulis kat blog ckp itu ini pasal blogger tu.. tp isi tak menahan, siap masuk bakul angkat sendiri.. kan berlagak & tunjuk hebat namanya tu. hurm..

apa2 pun, aku suka blog bro sbb sejak aku follow blog bro, takde satu n3 pun yg aku baca menghentam blogger lain. tabik spring..

[Reply]

22.04.10 at 01:44
Posted by BudakHitam

kalau aku nak hentam ko boleh? kah3.. kidding bro..kadang2 jumpa gak blogger pompuan yang gitu..harap muka je cantik tapi kuat ngutuk hampeh.. nak tegur pasal grammar ok kan? that means bukan that’s mean…=)

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@BudakHitam nak hentam aku ke? boleh je.. tp jgn lupa sertakan link blog ni yer.. tak ler aku kena hentam ksong je. huhu..

apa-apa pun, tq sbb singgah sini dan tinggalkan komen.. tq juga betulkan grammar aku yg kong tu :)

[Reply]

22.04.10 at 01:56
Posted by Sylarius

Benda ni normal beb. Orang suka menunjukkan kelemahan orang lain semata-mata kononnya ingin menunjukkan pada masyarakat kononnya dia lebih baik daripada si polan bin si polan itu. Lumrah dunia.
Perkara ni sering terjadi kalau bekerja dalam gomen.

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Sylarius SETUJU! blogging skrng dah mcm politik.. masing2 nak tunjukkan kelemahan org lain smata-mata utk menjadikan blog sendiri sebagai pilihan utk dibaca. yuks..

[Reply]

22.04.10 at 04:04
Posted by Anarm

sape2 nk hentam tu buat niche blog.. rembat domain hentamblog.com.. takpon bloghentam.blogspot.com.. atau mungkin hentam2u.com.. keh3

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Anarm woot! ni dah menggalakkan aktiviti hentam-menghentam utk terus berleluasa ni. huhu

[Reply]

22.04.10 at 09:48
Posted by syahirul

cadangan anarm memang hebat.. wakakaka… erm psl kutuk mengutuk ni ape la nak jd.. tak elok.. kita sama2 blogger, sama2 org islam (yg mana beragama islam la), sama2 masyarakat, sama2 nak majukan blog dan sama2 nak menjana pendapatan halal.. bila masuk entri mcm tu pk sendiri la duit tu halal ke tak.. kutuk org free2 aje dpt dosa then takde lak wat entri yg manfaat + berusaha nak capai kejayaan dengan cara yg lebih baik.. entahla…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@syahirul entah la bro.. kadang2 tu benda remeh-temeh pun dia nak hentam.. apa niat dan tujuan dia buat mcm tu pun tak tahu ler. tp bila fikir secara logik, ianya tak lain dan tak bukan hanyalah ‘tunjuk pandai’ tp dgn cara yg salah..

apa2 pun, stakat ni aku memang layan stlye bro blogging.. takde nak kutuk2.. tp tak tau ler lpsni. harapnya takde la yer. hehee :)

[Reply]

22.04.10 at 09:54
Posted by Sylarius

Orang kita susah nak cari identiti yang tersendiri melainkan identiti hasad dengki sesama sendiri. Dalam dunia blogging ni pun ada jugak sesetengah pihak yang tunjuk perangai buruk.

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Sylarius itu ler.. senang cakap, kuman sberang laut dia nampak, tp gajah melekat kat badan sendiri depan mata tak nmpak. dia rasa semua yg dia buat tu betul smpai suka-suki nk ckp org tu mcm ni, org tu mcm tu.. sdangkan realitinya.. org tu sbenarnya lebih baik drpd beliau..

[Reply]

22.04.10 at 10:08
Posted by zik

entahla… bergantung kepada tujuan..dan niat..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@zik tp.. bukankah niat tu tdk menghalalkan cara? kan lebih elok kalau ‘hentaman’ tu ditukar kpd nasihat. rasanya lebih bermanfaat dan insyaAllah takde sape akan terasa hati..

[Reply]

22.04.10 at 12:20
Posted by Azizuan

dah tak jadi benda pelik dah skang..top blogger pon hentam gak..yang bawah2 lagi la..ikot la semua..haha

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Azizuan yg ni aku pelik.. follower bukan nak ambil iktibar tp join sama menghentam. senang ckp, depa plak yg lebih2..

[Reply]

22.04.10 at 22:18
Posted by menteil

entry yang nie tak dikira menghentam ke? haha..
blog je.. jangan carik gaduh..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@menteil lama tak nampak bro? huhu.. entri ni nampak mcm menghentam ke? hurm.. kalau bro rasa mcm tu aku minta maaf tp rasanya entri ni lebih bersifat general.. kiranya takde pun nak menghentam blogger.. sekadar nak buka mata, buka minda, buka hati agar aktiviti hentam menghentam ni tak jadi budaya blogger. tu je..

[Reply]

24.04.10 at 01:18
Posted by DaHLia

buat entry semata2 nak hentam menghentam xbagus untuk perkembangan blog…dan readers pun boleh fikir dan assume tak baik pada blogger tu..sis mmg xsuka entry2 hentam sesama blogger ni..menyampah dan membuang masa + saja cari publisiti murahan..

sis pun pernah kena hentam 2x, sorang siap buat post perli2 dan kata “peminta sedekah” tapi sis cool dan terima jer dengan hati terbuka, buat post secara berhemah rasanya masa tu ..then dia dtg berterima kasih, tapi masih dengan sifat angkuh..tapi sekrang dia pula yang minta pandangan untuk blog personalnya..alhamdulillah berkat kesabaran :)

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@DaHLia correct.. aku kalau jumpa blog yg tulis entri bersifat menghentam blogger ni, kalau aku tak skip, aku akan baca habis (kalau rajin) utk beri komen.. then dlm komen tu aku akan bg ‘ayat berbunga-bunga’ supaya beliau tak terasa hati (dah byk aku buat ni).. dan samada dia faham atau tak ayat undirect aku tu, tak tahu ler.

apa2 pun, sbb kena hentam tu la sis dah MALATOP skrng. kan? :)

[Reply]

DaHLia Reply:

malatop?? hahaha…
itulah, sepatutnya kalo kena hentam, xperlu nk hentam balik, masing2 nak tunjuk hebatnya mereka padahal meraih simpati dr follower jer..
just be cool dan perbaiki kan :)

sis kalo jumpa mmg jangan harap nk buang masa nak baca :)

[Reply]

24.04.10 at 02:46
Posted by hans

dari buat entry menghentam blogger baik aku buat entry join contest
lagi banyak faedah
hahaha

tapi banyak blogger bergaduh sejak kebelakangan nih

[Reply]

24.04.10 at 19:30
Posted by intan suhaila

siyes ly aku ckp..aku tak pnah hentam org sbb aku sdar aku siapa..tp org hentam aku banyak..sbb blog aku ntah pape..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@intan suhaila bguslah kalau cik intan tak pernah hentam blogger sbb takde pekdah’nya pun.. dan pasal cik intan kena hentam tu, sabar je la yer.. biasalah, mulut org tak boleh tutup.. dan selagi tak menjatuhkan apa2 yg tak sepatutnya dijatuhkan, relaks je.. anggap je beliau tu syok sendiri..

anyway, hepi ur blogging :)

[Reply]

29.04.10 at 11:28
Posted by Mashi

Mashi xpernah kena hentam ngan mana2 blogger pon?
hehehe..
ade sape2 tak nak hentam Mashi?
:P
.-= Entri terbaru kat Mashi´s blog: Pemandu Bus dan dot dot =-.

[Reply]

05.05.10 at 02:33
Posted by kulanz

yang pasti, orang yang selalu tulis entri menghentam tu boleh dapat hit tinggi.. mungkin tu yang seronoknya.. tapi bagi saya yang baca, mmg tak seronok langsung.. orang macam tu rasa tak malu.. cuba orang lain hentam dia balik.. tengok apa reaksi dia..
.-= <i>Entri terbaru kat kulanz´s blog:</i> PC Buruk Tukar OS Windows 7 =-.

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@kulanz ~ kebanyakkan’nya mcm tu la bro.. nak dpt hits yg mencurah-curah tp dgn cara yg salah.

[Reply]

05.05.10 at 12:46
Posted by mijie

kadang2 diorang ada niat, nak glamer dan sebagainya..sbb dah takder idea nak naikkan trafik maka cara itu yg paling mudah

for me, banyak lagi cara lain untuk naikkan trafik, cuba kuasai SEO pun dah cukup…trafik pasti mencurah

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@mijie ~ memang betul.. kalau nk glemer, byk lg cara.. bukannya nak hentam-menghentam.. dan mcm bro ckp, kuasai SEO kalau betul2 nk glemer. tak perlu nak tulis entri menghentam bagai..

[Reply]

10.05.10 at 23:10
Posted by Rhea

hmm.. rhea pun pernah kena dengan sorg blogger perempuan.. siap buat entry tentang rhea.. semata-mata kerana kakak dia tidak bersetuju dengan suatu entry rhea.. kemudian kawan-kawan rhea reply komen kakak dia.. then guna satu komputer lak.. IP address sama.. rhea la jadi mangsa.. apa boleh buat.. dia membuat conclusion tanpa menyiasat..

rhea ignore jer la.. kalau kita melayan, kita pun jadi sama macam dia gak kan.. so, biarlah dia meroyan sendiri.. rhea tak ada blog reader macam tu pun tak apa-apa.. tak kenal lagi bagus..

betullah.. mereka rasa macam mereka tu dah bagus sangat-sangat.. baru ada pengikut beberapa orang dah rasa macam femes la sangat.. erk.. astaghfirullahalazim.. hehehe.. termengumpat lak..

[Reply]

12.05.10 at 04:14
Posted by mokteh

aku pun tak suka org yang buat entri macam tu
aku tau ni dunia maya, mungkin org yang dia hentam tu dia tak pernah jumpa pun…tp….tak best la kan…
hentam menghentam ni hanya akan membuahkan api2 persengketaan.
tak harmoni langsung berblogging kalau macam tu

pertanyaan:
adakah entri yang menegur ke arah kebaikan [tapi ditulis secara kasar] pun dikira entri menghentam?

[Reply]

[...] ada yang tidak. Macam – macam aku fikir, fikirkan selepas membaca entry Azizwan yang bertajuk Seronok ke tulis entry hentam blogger. Aku ada tulis entry – entry yang pedas dan mungkin ada orang kata melampau macam Perlukah [...]

06.03.12 at 18:14
Posted by JomStadi

betul tu..x baik hentam2 org lain..klu ye pun nk tegur biar dgn cara yg bhikmah..
*Entri terbaru kat JomStadi´s [type]: Jawatan Kosong: Pelbagai Jawatan Kosong di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

[Reply]

15.07.12 at 11:18
Posted by archie tiaw

ada juga ke yang jenis hentam2 nih??? adusss xpatut xpatut…. berblog lah cara berhemah….

[Reply]








CommentLuv badge