Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak ’09

Tarikh puasa untuk tahun 2009: 22. Ogos 2009 (Sabtu)
Ramadhan Tora datang lagi. Huhu.. Sedar tak sedar rupanya dah nak masuk bulan Ramadhan balik dah. Rasa cepat sangat je satu tahun tu berlalu kan? Macam baru semalam je kita habis puasa lepastu hari ni dah puasa balik. Dan macam biasalah, malam karang pakar kaji bulan akan nengok anak bulan, kalau dah nampak, maksudnya esok dah start puasa dah. Kat tempat Wan ni tak pernah nak nampaknya anak bulan, so hanya dok ngadap TV je la nunggu pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia tu. Huhu..
K la, Wan pun tak tahu nak tulis apa ni sebenarnya sebab entri ni pun Wan suka-suka je nak taip. Maklumlah, langsung takde perancangan katanya. Huhu.. Cuma Wan nak ambil kesempatan kat sini nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kat semua readers blog yang tak seberapa ni. Semoga amalan Ramadhan kita untuk tahun ini akan bertambah dan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Insya’Allah. Kepada adik-adik yang dah wajib puasa tu, jangan pepandai nak ponteng puasa pulak yer. Tuhan marah tau.
Oh ya, sebelum terlupa Wan harap sesangat kamu baca apa yang Wan qoute kat bawah ni even kamu sangat sibuk sekarang. Bukan apa, Wan tak nak ler puasa Wan nanti adalah puasa yang sia-sia. So, boleh kan?
Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan: Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu, sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang mulia ini, Wan terlebih dahulu memohon maaf kepada kamu semua jika Wan ada berbuat kesalahan, samada ianya yang disengajakan mahupun yang tidak disengajakan. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T, insyaAllah. Wan juga memohon dihalalkan semuanya.
Sehubungan dengan itu, di sini Wan dengan ikhlas hati turut memaafkan kamu semua kerana Wan percaya sebagai manusia biasa kita tak pernah dan tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. So, antara kita dah zero zero dan selebihnya hanya tuhan yang tentukan.
Dan sebelum kamu blah dari blog picisan ni, apa kata kamu layankan dulu lagu Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan dari kumpulan Rabbani ni. Dan dikesempatan ini, marilah sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham Ustaz Asri dan doakan agar Allahyarham serta seluruh umat Islam yang telah kembali ke rahmatullah agar ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.
Akhir kata dari Wan, selamat berpuasa dan jom tarawih..



25 Comments to “Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak ’09”