Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

KAD HARI RAYA ONLINE

Assalamu’alaikum W.B.T

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirainya dan sesudah itu seluruh umat Islam terutamanya kat Malaysia ni akan menyambut 1 Syawal yang dijangkakan akan jatuh pada hari Jumaat (10. September 2010). Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa Syawal tahun ini akan jatuh pada hari Khamis. Entah la, dengar pengumuman dari penyimpan mohor-mohor besar sudah. Lagipun aku tak kisah bila raya sebab baju raya aku untuk tahun ni tak siap lagi. Sob3.

Baiklah, aku tulis entri ni bukan nak melalut tapi cuma ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda semua yang membaca ataupun terbaca entri ini. Aku juga dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon maaf daripada anda semua andainya aku pernah melakukan kesilapan. Maklumlah, aku hanya manusia biasa yang pastinya tak pernah lepas dari melakukan kesilapan samada ianya secara sengaja ataupun tidak. So, harap dimaafkan.

UCAPAN HARI RAYA YANG MENARIK

Korang yang rasa-rasanya pernah buat dosa kat aku tu, korang jangan risau la sebab awal-awal lagi aku dah maafkan korang. Lagipun aku ni bukan jenis yang suka simpan dalam hati lebih-lebih lagi kalau ianya perkara remeh-temeh. Buat tak tahu sudah.

Alang-alang dah bagi ucapan raya ni, nak bagi la peringatan sket especially buat anda yang balik kampung tu supaya berhati-hati semasa memandu agar semuanya baik-baik sahaja. Takmo la nanti anda keluar kat Buletin Utama dan jadi berita utama kat surat khabar. Elok-elok nak beraya ngan family dan saudara-mara, tak pasal-pasal terpaksa beraya kat hospital. Tak syok la kan. Itu kira bernasib baik lagi. Dibuatnya pergi tak kembali on the spot sebelum sempat minta maaf? Wallahu’alam.

Ok lah, sampai sini je entri khas raya aku untuk tahun ni sebab tulis pepanjang pun belum tentu korang rajin nak baca kan? Huhu.. Tapi kalau rajin sangat nak membaca, apa kata korang baca entri khas raya aku yang tahun lepas punya. Kalau berminat, KLIK DI SINI.

Akhir kata dari aku, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

P/s: Tak mampu nak bagi kad raya kat sebab kad raya dah susah nak dapat sekarang ni plus harga setem pun dah mahal. Dulu 30sen dah boleh pos tapi sekarang kalau takde 50sen jangan harap boleh pos. Jadi, tulis kat blog pun jadilah walaupun blog tak femes. Hee..

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 7 September '10 - Kategori: Celebration, Muslim, Personal

Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

19 Comments to “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin”

07.09.10 at 00:13
Posted by hans kacak

selamat hari raya
maaf juga jika ada tersalah terkurang terlebih sepanjang kenal di dunia blog nih

P/S : Tips – Tips Bagaimana Mahu Mengelak Daripada Memberi Duit Raya Dalam Jumlah Yang Banyak!

[Reply]

Azizwan™ Reply:

ok.. kosong2.. semoga sambutan raya tahun ni happy2 belaka :D

[Reply]

hans kacak Reply:

nak duit raya rm5
hohoho

[Reply]

07.09.10 at 00:29
Posted by x-po

ko ada wat salah dgn aku bro..ko asyik tak bagi aku menang utk contest ko..hahaha
*Entri terbaru kat x-po´s [type]: ORANG SUDAH TIDAK SUKA- TIDAK PERLU TERHEGEH-HEGEH LAGI

[Reply]

Azizwan™ Reply:

x-po – ha3.. bukan aku takmo bg ko menang bro tp ko sendiri yg taknak menang.. so, mcm mana aku nk bg ko menang? wakakakaa..

[Reply]

x-po Reply:

hehe ah, tak kira..baik ko bg aku duit raya, baru aku akan maafkan hehe
*Entri terbaru kat x-po´s [type]: SUSAH SANGAT KE UNTUK MENGUNCI MOTOR

[Reply]

07.09.10 at 01:02
Posted by wazy

Selamat Hari Raya AidilFitri bro
maaf zahir dan batin
*Entri terbaru kat wazy´s [type]: Salam Aidilfitri 2010 1431 Hijrah

[Reply]

07.09.10 at 01:08
Posted by syahirul

selamat hari raya geng.. hehehe.. nanti ko post la entri berhari raya eh? huhuhu.. aku dah maafkan ko gak :) *Entri terbaru kat syahirul´s [type]: Kenangan lagu Melayu zaman kanak-kanak

[Reply]

07.09.10 at 15:16
Posted by hans kacak

minta duit raya terus diam
hahaha
nak RM5
duit raya

P/S : Alhamdulillah! Thanks DIGI! Thanks Nuffnang! Terima Kasih Semua!

[Reply]

08.09.10 at 16:03
Posted by menteil

salam aidilfitri dari menteil.net…
*Entri terbaru kat menteil´s [type]: Salam Eidulfitri

[Reply]

08.09.10 at 16:30
Posted by Yiedpozi

Selamat hari raya Aidilfitri, bro…. Ampun maaf ye jika salah silap….
*Entri terbaru kat Yiedpozi´s [type]: Contest Meriahnya Call Masa Hari Raya

[Reply]

09.09.10 at 12:45
Posted by hans kacak

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir batin yer bro

p/s : nak duit raya RM5!

P/S : Download Lagenda Budak Setan The Series : Episode 5

[Reply]

12.09.10 at 12:42
Posted by Anip

selamat ari rye ..woit..nk bg cdgn kt ko nie..
ape kate ko ltk widget follow yg blogger punyer..aku nk follow..kalau ko update, leh aku bace…thnx!hehehe
*Entri terbaru kat Anip´s [type]: Lembu Cisdel- Kemanakah Engkau Pergi !

[Reply]

16.09.10 at 03:32
Posted by Mr.Bintang

wan.. sowi lama x jenguk.. mood blogging aku ilang dah weh.. :( rindu nak balik cam dulu… urmmm…

lupa lak nak ucap selamat hari raya.. maaf zahir batin yee.. hihhii.. :P

[Reply]

17.09.10 at 02:19
Posted by titan

hoho. selamat hari raya!
*Entri terbaru kat titan´s [type]: Komisen Pertama dari Paid-to-Promotenet

[Reply]

19.09.10 at 00:57
Posted by Luth Textile

selamat hari raya wan. maaf zahir batin
*Entri terbaru kat Luth Textile´s [type]: Ini bukan kes “cepat melatah”

[Reply]

19.09.10 at 02:51
Posted by zik

selamat hari raya… nak duit raya…hehe
*Entri terbaru kat zik´s [type]: Jenis-Jenis Penipuan Program Internet Di Malaysia

[Reply]

19.09.10 at 04:52
Posted by azizan4444

selamat hari raya..maaf zahir dan batin wan
*Entri terbaru kat azizan4444´s [type]: Saya Yang Perasan

[Reply]

19.09.10 at 12:15
Posted by fiziesss

selamat hari raya..maaf zahir batin..Salam persahabatan untuk semua..

[Reply]








CommentLuv badge