Selamat Datang

Assalamu’alaikum dan Salam sejahtera.
Pertama sekali Wan ingin mengucapkan selamat datang dan juga jutaan terima kasih di atas kesudian anda meluangkan masa untuk berada di blog World Of Mohd. Azizwan™ yang ntah apa-apa ntah ini. Untuk makluman kalian semua yang baru sahaja bertandang ke blog ini, sebenarnya blog ini adalah blog Wan yang ke-2 atau secara tepatnya blog versi 2. Dengan wujudnya blog versi 2 ini, Wan berharap agar mutu blogging Wan akan bertambah baik. InsyaAllah.
Dalam pada itu, Wan juga meletakkan harapan yang besar agar kalian semua dapat meninggalkan komen bagi setiap entry yang telah kalian baca kerana siapa tahu komen yang anda tinggalkan itu sangat berguna untuk difikirkan bersama kerana Wan yakin bahawa tidak semua entry yang Wan tuliskan di blog ini adalah 100% perfect kerana Wan juga adalah manusia biasa. Pasti akan ada kekurangan dan cacat cela yang Wan terlepas pandang dalam setiap entry yang Wan tuliskan.
Baiklah, dalam entri pertama ini tidak banyak yang ingin Wan kongsikan kepada kalian semua kerana kebiasaannya entri pertama lebih kepada sesi suai kenal. Cuma Wan ingin maklumkan di sini yang blog versi 2 Wan ini tidak lagi dihostkan di blogspot tetapi dihostkan di My Online Hoster dan dijanakan sepenuhnya menggunakan Wordpress.
Di kesempatan ini, Wan ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Mr Am’s kerana beliau banyak membantu Wan dalam proses melahirkan blog ini. Jika tanpa bantuan beliau, pastinya blog ini tidak akan wujud di alam maya ini. Ahakz.. Untuk makluman kalian lagi, sebenarnya beliau juga adalah owner kepada My Online Hoster itu. hehehe..
Jika kalian tengah online tu dan ada masa terluang atau rasa boring semacam, sudi-sudilah bertandang lagi ke blog ini bagi mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa walaupun kalian tahu yang newbies seperti Wan ini pastinya tidak akan menghasilkan entry setiap hari untuk kalian baca. Tapi apa salahnya kalian datang.. baca, baca, dan baca lagi. hehehe..
Sebelum Wan mengundur diri, ingin Wan nyatakan di sini bahawa nama Wan yang wujud di blog ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak sebaliknya ianya merujuk kepada nama pemilik blog ini iaitu Aziz”wan“.
Sekian..
P/s: 2nd entry mungkin akan lambat sedikit untuk keluar kerana banyak lagi benda nak edit kat blog ni. huhu.. Apa2 pun, support dari u’all sangat-sangat Wan harapkan.








25 Comments to “Selamat Datang”