Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Sebab Kristian kat Malaysia tak boleh guna ‘Allah’

Sebab Kristian tak boleh guna 'Allah'

Rasanya semua pun dah sedia maklum mengenai isu penggunaan ‘Allah’ ni, jadi tak perlulah aku nak ulas pepanjang yer. Tapi daripada isu tersebut, aku percaya masih ramai antara kita yang tak berapa nak ambil tahu sangat mengapa penggunaan ‘Allah’ oleh penganut agama Kristian sebagai kata ganti nama bagi tuhan perlu ‘diharamkan’ penggunaan’nya kat Malaysia ni. Betul kan?

Oleh itu, saja aku kongsikan satu artikel yang ditulis oleh seorang pelajar Malaysia yang belajar kat Indonesia berkaitan isu ni kot-kot ianya dapat memberi jawapan kepada korang. Jadi, apa tunggu lagi? Jom baca.

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini… (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya.

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek…. astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku.. wakakaka…

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi… lah, buku dakwah Kristian rupanya….risau gak klu jadi camni kat mesia ..???

Di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan “rumah allah”… Mcm2 lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia mengamalkan demokrasi-sekular.

So, daripada pengalaman kat atas ni, rasanya memang wajar sesangatlah kalau mahkamah dapat menarik balik kelulusan penggunaan kalimah Allah oleh agama Kristian kat Malaysia ni even ianya hanya digunakan pada majalah Herald dalam cetakan berbahasa Melayu’nya. Bukan apa, kata orang beringatlah sebelum kena sebab tak mustahil dari hanya diguna pakai pada majalah ianya akan menjadi ‘perkataan rasmi’ seperti yang berlaku kat Indonesia tu. Tak ke haru biru jadinya? Ke memang ada yang nak? Huhu..

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 17 January '10 - Kategori: Muslim, Must Read

Tagged: , , , , , , , , , , , , , .

22 Comments to “Sebab Kristian kat Malaysia tak boleh guna ‘Allah’”

17.01.10 at 07:47
Posted by Daus

Bila dah jadi haru biru, terpaksalah sembahyang kat rumah, and baca Al Quran je… kalau dah keliru sangat Masjid dgn Gereja…

P/s: Aku BANTAH penggunaan kalimah Allah untuk org Kristian.

[Reply]

MrRollies Reply:

aku pon bantah..
ish..sibok2 je gune nama Allah..

[Reply]

17.01.10 at 09:18
Posted by Reka Impian

astaghfirullah.. harap2 bende mcm tu x berlaku di malaysia ni.. buat kita keliru je kalau agama lain guna kalimah Allah.. silap haribulan, (mungkin) ade timbul kes murtad sana, murtad sini.. wallahualam..

[Reply]

17.01.10 at 10:37
Posted by eL-HasanovSky

Sbenarnya baik dalam islam atau kritian (dalm kitab sucinya) sama2 memakai ALLAH hanya beda pelafalannya (pronunciation) berbeda. Kita melafalkannya dengan bahasa arab.tapi itu memang benar terjadi. Hal itu dimanfaatkan oleh evangelist2 kristian untuk melancarkan kristenisasi bear2an di Indonesia.
Salm, :)

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@eL-HasanovSky terima kasih berkongsi komen ya..

[Reply]

17.01.10 at 11:24
Posted by Akuro San

soalan; ada berapa perkataan ‘tergolek’ pada artikel diatas~ hehe~ btw, betul lah tu… saya pun tak setuju dengan penggunaan nama Allah oleh orang Kristian tu~

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Akuro San jwpn: kurang pasti. hee..

[Reply]

17.01.10 at 11:42
Posted by deqyalalink

hye azizwan ! bgus artikel ni.boleh x deqya nak copy artikel ni for my entry sbg renungan bersama :)

thnx azizwan ! mmg comel lah ! :p

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@deqyalalink hye.. nak copy yer? silakan.. lgpun artikel ni bukan aku yg punya. huhu..

[Reply]

17.01.10 at 17:31
Posted by RUANG RINDU

Saya sebagai seorang muslim tidak terlalu mempersoalkan hal tersebut. Kata “Allah” bagi umat kristiani sudah menjadi hal biasa di negara kami Indonesia.
Karena kami sangat menghargai umat yg lain, bertujuan bersatu dan tidak ingin menimbulkan perihal yang menyangkut pertengkaran.
Alangkah indah bila kita tidak memperkeruh suasana damai di Indonesia yg sangat indah karena memiliki berbagai macam budaya yg seringkali pula di ambil (dicuri) oleh bangsa lain……Saya bangga dengan keragaman kami, budaya kami, dan sifat kami pecinta damai. PEACE!!

[Reply]

17.01.10 at 17:49
Posted by bluecrystaldude

Pendapat saya masih dengan perkataan Tuhan patut digunakan oleh agama2 lain. Sama juga pabila kita menyebut Tuhan agama lain, lebih baik di generalkan kepada “TUHAN” saja

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@bluecrystaldude setuju..

[Reply]

17.01.10 at 20:05
Posted by arrizz

thanx laa kongsi cerita nie..haa kalau msia buat mcm indonesia buat, alamat akan blaku kekeliruan laa nnt..

[Reply]

17.01.10 at 21:23
Posted by cik ejaa

thnks sharing.
good info.
bila dah baca, mmg betul benda ni akan bagi kesan yang x baik pada kita umat islam pada masa akan datang.

[Reply]

17.01.10 at 22:01
Posted by hans

that why la saya xprefer kalimah Allah diguna diMalaysia
lebih banyak keburukan daripada kebaikan

[Reply]

18.01.10 at 11:37
Posted by hazim

aku bantah..!!
sebab nanti budak2 maybe ada yg terpesong!

[Reply]

me Reply:

bagi saya kekeliruan dalam agama berlaku apabila kita tidak mempunyai pegangan yang kuat dalam agama yang kita anuti. satu gi, pada pendapat saya, mana2 agama kat dunia ni yang menggunakan undang2 untuk mempertahankan agamanya adalah agama yang tidak dapat bertahan tanpa adanya bantuan undang2 dunia ni.gi pun pengunaan prkataan ‘Tuhan” dalam agama Islam tidak pun mendapat bantahan dari agama lain so why agama lain mendapat bantahan berkaitan dengan pengunaan ‘Allah’. jika kita benar2 taat dan berpegang teguh ngan agama kita tak mungkin kita terpesong atau keliru. jika dilihat dari segi sejarah pengunaan perkataan ini memang sekian lama digunakan iaitu sebelum Muhammad lagi..

“Sebutan yang dilafazkan oleh nabi-nabi sebelum Muhammad dan umat-umatnya untuk merujuk Yang Maha Agung, Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Berkuasa seperti berikut:
- ‘Eloh’ dalam bahasa Ibrani, yang diguna pada zaman nabi Musa dan sebagainya.
- ‘Alah’ dalam bahasa Aramik, yang diguna pada zaman Jesus (Isa Al-Masih)
- ‘Allah’ dalam bahasa Arab, yang diguna oleh umat Yahudi dan Kristian Arab sebelum Muhammad, dan kemudian oleh baginda sendiri.
Bukankah perkataan-perkataan ini semua nama yang sama? Hanya berlainan bunyi sedikit kerana cabang-cabang bahasa dengan rumpun yang sama, yakni bahasa semitik.”

so ni menandakan perkataan ini telah lama digunakan oleh agama kristian.

[Reply]

18.01.10 at 22:12
Posted by x-po

aku sbnrnya nk maki hamun kt sini, tp xleh sbb tkt kne tangkap cam sorg budak tu dh kne tgkap polis sbb wat hasutan kat facebook

[Reply]

19.01.10 at 04:04
Posted by KakiJC

Malaysia lain sbb kita kalau kawen laki/pompuan kena tukar masuk islam terus dan byk lagi benda yg negara Islam lain tak amik kisah tp kita sgt2 kisah. Isu nama Allah ni mmg besar impaknya, kalau kita tak amik kisah mmg ramailah bakal terpesong nanti.

[Reply]

20.01.10 at 15:52
Posted by Mr. Cuz

nice info bro.. Berdasarkan pengalaman student tu la mg patut ditarik balik penggunaan kalimah allah tu oleh orang kristian..

[Reply]

13.03.10 at 17:22
Posted by fad

menakutkan klu bende2 cmni terjadi kt malaysia..

[Reply]

22.04.10 at 09:44
Posted by j_din

ish2…
kristian2…
dlm dok brmusuh dgn islam tp nk gak gne tuhan umat islam…
klu nk gne sgt pn, tlg la msok islam…
islam 2 indah….

[Reply]








CommentLuv Enabled