(Sambungan) Aku rajin baca blog kau, tapi kan..

Ini adalah entri sambungan untuk entri yang aku tulis beberapa hari lepas. Kalau nak baca, bolehlah klik di sini. Kalau taknak baca, terpulanglah kan. Aku langsung takde hak nak paksa korang untuk membacanya. Huhu..
Actually, aku tulis benda ni langsung takde niat nak kondem mana-mana blog since blog aku ni pun bukannya best sangat malah boleh dilabelkan sebagai blog sampah je kot. Cuma aku sekadar nak share apa yang aku tak berapa nak berkenan dengan sesetengah blog yang aku suka baca tapi kerana sebab-sebab yang mungkin owner blog tu terlepas pandang membuatkan aku rasa malas nak baca walaupun aku tau mereka dah update blog mereka. Itu sahaja. Jadi takde timbul apa-apa isu di sini yer.
3. Aku rajin baca blog kau, tapi kan..
Kenapa kau nak susahkan aku dan juga pembaca kau yang lainnya untuk memberikan komen a.k.a respon kat entri kau tu even cikgu aku selalu cakap hendak seribu daya tak hendak seribu dalih? Tapi bagi aku dan ramai lagi mungkin, jika ada yang mudah kenapa perlu buat yang susah. Betul tak?
Yang ni totally aku cakap mengenai blog yang bernaung di bawah blogspot (wordpress dan yang lain2 tu tak tau la pulak) dan semestinya bukan blog self hosted (*selamat). Apa yang aku maksudkan menyusahkan di sini ialah kenapa tak buka saja kotak komen tu untuk semua (annonymous option) supaya sesiapa sahaja boleh meninggalkan komen dengan mudah jika mereka mahu memberikan respon terhadap apa yang kau tuliskan.

Walaupun aku ada akaun gmail, tapi aku lebih selesa untuk meninggalkan komen tanpa perlu login akaun kerana aku boleh pilih Name/URL (jika dibuka untuk annonymous) since aku dah ada blog yang bukan dihostkan di blogspot. Jika blog aku under blogspot sekalipun, aku akan tetap pilih Name/URL kerana ianya mesra pengguna dimana aku boleh tinggalkan link yang apabila di’klik akan membawa terus ke laman utama.
Tapi macam aku cakap, itu 100% terpulang kepada kau selaku pemilik blog sebab aku faham mesti ada sebab mengapa kau melakukan sedemikian. Salah satunya mungkin bagi mengelak pengomen ‘tanpa telur’ meninggalkan komen yang melampaui batas or something else. Siapa tahu kan?
4. Aku rajin baca blog kau, tapi kan..
Kenapa kau pasang lagu dan set’kannya as autoplay? Walaupun ianya mungkin untuk menghiburkan pembaca tatkala membaca kandungan blog kau, tapi jujur aku cakap yang aku tak berapa berkenan akan’nya kerana setiap kali aku online, aku pasti akan pasang lagu atau dengar radio. Jadi, takkan aku nak dengar lagu bercampur-baur dalam satu masa? Tak best la kan?
Tapi yang ni aku masih boleh terima kerana kebanyakkan blog yang aku rajin baca adalah blog yang sudah familiar dengan aku. Maknanya aku boleh STOP lagu tu bila-bila masa yang aku nak. Huhu.. Tapi awas, jangan lepas baca entri ni kau terus sembunyikannya sudah. Takde maknanya aku nak buang masa selongkar blog kau untuk detect kat mana kau letak benda alah tu. Hahaha..
5. Aku rajin baca blog kau, tapi kan..
[Removed by Author]
Fuh, lega.. akhirnya segala yang tersimpan terluah juga walaupun masih ada lagi saki-baki yang tinggal. Tapi takpelah sebab yang tinggal ni pun adalah perkara normal yang berlaku kat kebanyakkan malah hampir kesemua blog yang wujud kat alam maya ni. Kiranya macam perencah secukup rasa maggi la tu. Huhu..
Dan alang-alang aku dah tulis pasal benda ni, boleh tak korang tolong komen pasal blog aku ni pulak. Tapi ingat, based on blog je yer dan bukannya content sebab tu perkara lain (Walhal, saja nak main selamat. kui3). Misalnya font burok sangat ke atau nak tambah itu kurangkan ini ke. Tapi jangan lupa bagi alasannya yer. Mana la tau kan, kot2 ‘teguran’ tu boleh memantapkan blog aku ni. Yay!
Tips dari sang noob: Gunakanlah justify setiap kali korang menulis entri supaya setiap entri korang tu nampak kemas dan tersusun sekaligus menambah keberahian aku dan sesiapa sahaja mungkin untuk membaca apa yang korang tuliskan.
Psstt: dah takde sambungan lagi dah
yang lagu tu pun kadnag2 anoyying lah biler kita pasang lagu gak kat laptop…aik..nape yang nom 5 remove ek?





<- klik untuk tutup


45 Comments to “(Sambungan) Aku rajin baca blog kau, tapi kan..”