Salam Maulidur Rasul 1430H

Macam tak sah je kalau entri sempena Maulidur Rasul yang disambut hari ini tak wujud kat blog ni walaupun kau sedia maklum yang blog ni bukanlah sebuah blog yang boleh dibanggakan seperti blog kau mungkin. Tapi sebagai salah seorang umat Nabi Muhammad S.A.W, Wan rasa sangat terpanggil untuk menulisnya sebagai tanda kasih dan sayangnya Wan kepada baginda walaupun pada hakikatnya Wan tidak pernah berjumpa apatah lagi bertentang mata dengan baginda. Tapi Wan berdoa agar suatu hari nanti sekurang-kurangnya Wan dapat menziarahi makam baginda. InsyaAllah.
Bercakap mengenai Nabi Muhammad S.A.W, pastinya kita semua sedar bahawa sejak kebelakangan ini wujud banyak blog yang mempersenda dan mengaibkan baginda. Wan berasa agak sedih kerana Wan hanya mampu memberikan bantuan yang tidak seberapa berbanding apa yang baginda telah lakukan dan dan yang akan dilakukan kepada umatnya. Oleh itu, sempena hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ini, marilah kita sama-sama melihat sejauh mana kasihnya Nabi Muhammad S.A.W kepada kita sebagai umatnya:
1) Sesungguhnya setiap Nabi diberikan oleh Allah SWT satu doa yang pasti termakbul. Setiap Nabi telah pun menggunakan peluang itu kecuali Nabi Muhammad S.A.W. Baginda rasulullah S.A.W telah menyimpannya untuk kita di akhirat kelak, agar baginda dapat memberikan syafaat kepada kita, umatnya.
2) Antara kalimat terakhir yang lahir dari mulut baginda S.A.W sebelum wafat ialah “ummati.. ummati.. ummati..” yang memperlihatkan betapa baginda sangat menyayangi dan mengasihi umatnya.
3) Rasulullah S.A.W pernah jatuh pengsan ketika dikhabarkan oleh Jibril AS bahawa akan ada dikalangan umatnya yang dicampakkan ke dalam api neraka.
4) Sesungguhnya ada di antara umat Muhammad S.A.W yang akan dimasukan ke dalam syurga sedangkan mizan dosanya melebihi kebaikannya, atas doa dan syafaat Nabi S.A.W, ada pula yg telah dicampakkan ke dalam neraka kemudian dikeluarkan daripadanya kerana berkat doa dan permintaan Nabi S.A.W, dengan izin-Nya juga.
Dari 4 point yang tertulis kat atas tu, cuba kita renungkan sejenak.. Sejauh mana pula kasih kita kepada baginda? Pernahkah kita berdoa untuk baginda dan keluarga baginda? Dan pernahkah kita berselawat ke atas baginda? Jadi, sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita bersama-sama memanjatkan doa dan berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W nabi junjungan agar kita semua beroleh manfaat dan keberkatan dari-NYA. Amin.
Akhir kata, selamat menyambut Maulidur Rasul 1430H dan jangan lupa untuk kurangkan kontrovesi, tingkatkan prestasi. Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. Salam




<- klik untuk tutup


11 Comments to “Salam Maulidur Rasul 1430H”