Salam Aidiladha Untuk Semua

Hari ini sudah 7hb.Disember 2008 bersamaan dengan 9 Zulhijjah tahun 1429H. Ini bermakna, hanya sehari sahaja lagi sebelum semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih familiar dipanggil Hari Raya Korban. Oleh hal yang demikian, Wan terlebih dahulu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang beragama Islam. Takut tak sempat. Huhu..
Bila cakap saja mengenai hari raya korban, pastinya ramai diantara kita yang akan melakukan ibadah korban especially mereka yang berkemampuan kerana ibadah ini adalah dituntut dalam Islam disamping memperingati pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. So, jika kau berkemampuan, masih ada masa untuk kau membeli seekor lembu sebelum tibanya hari esok. Ahakz! Tapi bukankah ibadah korban sah sehingga 13 Zulhijjah. Hehehe..
Actually, Wan tak tahu nak tulis apa dalam entri ini kerana Wan hanya ingin menyampaikan ucapan salam Aidiladha buat kau, kau dan juga kau (yang beragama Islam). Jika kau ada daging korban lebih dan tiada sesiapa lagi yang layak untuk menerimanya, sudi-sudilah poskannya kepada Wan ye. Hehehe..
Oh ya, mesti ramai yang sudah tahu termasuk juga kau (mungkin) akan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa, Ampang pada pagi kelmarin. So, kat bawah ni ada beberapa keping gambar untuk kau usha.





Jika kau ingin melihat gambar lain selain yang ada kat atas tu, kau boleh lihat di sini atau kat sini. Dan mari kita sama-sama sedekahkan bacaan AL-Fatihah kepada mereka yang terkorban dalam tragedi ini.
Psstt: Tingkatkan pengorbanan, suburkan keikhlasan.



14 Comments to “Salam Aidiladha Untuk Semua”