Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Releven Lagikah Disable Right Click?

Releven Lagikah Disable Right Click?

Apa yang korang tahu ataupun faham dengan Disable Right Click ni? Kalau tanya kat Wan, Wan pun tak tahu nak jawab apa sebabnya Wan takde jawapan khusus untuk pertanyaan itu. Huhu.. Tapi apa yang Wan faham, disable right click ni adalah salah satu aplikasi yang sering digunakan oleh pemilik blog atau website bagi melindungi hak milik atau dalam bahasa ekonominya harta intelek (ada ke?) kandungan blog atau web tersebut daripada di plagiat. Ini bermakna, penggunaan klik kanan ke atas blog atau website tersebut tidak akan berhasil. Tapi persoalannya, adakah ianya masih releven?

Ya, disable right click masih releven tetapi ianya masih tidak menjamin kandungan blog atau website korang 100% bebas dari aktiviti plagiat atau secara mudahnya di copy paste malah Wan sendiri percaya yang disable right click hanya membantu 20% dari berlakunya proses plagiat. Dan lebih menyedihkan lagi, disable right click ini sebenarnya langsung tidak memberi sebarang kesan atau efek kepada para plagiat terutamanya yang sudah berstatus profesional untuk melakukan aktiviti copy paste keatas mana-mana artikel mahupun ‘mencuri’ image yang ada di Oh! Tidak mungkin.

Sebagai contoh.. Blog anda.com dipasang dengan script disable right click bagi mengelak sebarang aktiviti yang menggunakan right click berlaku di blog anda.com itu. Dan pada satu hari, datang seorang mamat poyo dan beliau tertarik dengan salah satu artikel yang ada di blog anda.com itu dan bercadang untuk menyalinnya. Walaupun blog anda.com itu sudah dipasang dengan script disable right click, sebenarnya mamat poyo ini tadi masih boleh membuat salinan dengan select artikel yang beliau berkenan itu dan klik Edit (kat tool bar atas tu) dan pilih copy. Selesai..

Untuk gambar pula, memang sukar untuk save as apatah lagi mendapatkan image URL kerana ianya memerlukan right click. Tapi jika korang tahu serba sedikit aplikasi pencerobohan yang wujud kat komputer korang tu, ianya adalah satu kerja yang sangat-sangat mudah dan korang boleh dapatkan image URL itu seperti membuka kulit kacang Ngan Yin. Nak tahu macam mana? Biarlah rahsia kerana tak elok buat kerja jahat ni. Hehehe.. Dan sedikit hint, musang berapi ada menyediakan aplikasi yang memudahkan korang untuk mencuri gambar dengan hanya beberapa klik malah lebih mudah dari save as kerana Wan juga menggunakannya untuk ‘mencuri’ gambar kau mungkin. Kepada yang dah tahu, buat-buat tak tahu sudah la ye. Huhu..

Kesimpulannya, adakah penggunaan disable right click ini masih releven digunakan dengan tersedianya banyak kemudahan take and save? Sila berikan pendapat korang, boleh kan? Wan saja tak nak buat kesimpulan sebab benda macam ni kalau simpul sorang-sorang boleh mendatangkan kemudaratan. Huhu.. Tapi apa yang boleh Wan cakap, gunalah disable right click ini walaupun ianya tidak banyak membantu kerana Wan percaya masih ramai yang tidak tahu menggunakan kaedah lain selain klik kanan seperti Wan suatu ketika dulu. LOL.

Oh ya, kalau kau nak pasang disable right click kat blog kau yang sungguh berharga kandungannya itu, kau boleh dapatkan scriptnya berserta panduan di sini kerana entri ini juga sebenarnya terinspirasi dari entri tersebut. Sekian..

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 7 March '09 - Kategori: Fast Update, Must Read, Tips, Tutorial

Tagged: , , , , , , , , .

20 Comments to “Releven Lagikah Disable Right Click?”

07.03.09 at 09:28
Posted by menteil

aku dari awak berblog tak berminat ngan fugsi nie..
orang nak copy entry aku? ada ke?
haha…

[Reply]

07.03.09 at 10:45
Posted by zaid

sekurang-kurangnya orang yg nak plagiat tu ambik masa yg lama untuk download apps atau bukak coding untuk copy…

pendapat aku, tepuk dada tanya selera… aku sendiri tak suka disable rightclick sebab berkongsi itukan lebih baik heehe…

[Reply]

07.03.09 at 11:47
Posted by aidilx

Pendapat aku lah kan, cara ni aku rasa dah LAPOK!

Kalau install right klik disable tu pun, dah sah2 ada cara nak ambil data etc dari blog tu..

bukan susah pun..search je kat pakcik google.

Dalam berblogging ni, blogger tu sendiri perlu sedar akan etika.Tapi susah gak nak implementasi semua ni sebab bukan semua sama pemikiran cam aku ngan menteil.. ko nak ambil, ambil lah.. hahaha..

lagipun script camtu cam budak2.blog Paul Tan, Tun M, depa xde plak nak wat skrip camtu walaupun banyak info berguna dorang tuliskan di blog..

Adeh..banyak plak aku membebel. Point aku satu je, tak relevan! hahaha..

[Reply]

07.03.09 at 12:22
Posted by Mr.Bintang

Nak gune ke tak aku tak kisah… aku leh surik gak… :P nak image korang selamat… ape susah… tak yah nak right click lagi dah… senang sangat… nnt aku kasitau..? nnt lah… bahan posting aku ni.. lalalala..~ thanks wan.. aku dapat ilham.. ye lah.. dari membaca blog org lain.. paling tidak dpt ilham tuk blog sniri.. bukan copy yer.. hehehe.. chow…

pssssttt: congratzz dpt menyelesaikan masalah database.. tak sia² mimpi zulaikha.. eh.. silap… termenyanyi lak.. hahaha… tak sia² aku ajar.. hehehe..

Azizwan™ Reply:

tq2.. kalau bro tak turunkan ilmu tu kat aku, entah smpai bila la aku kena berharap plus nyusahkan bro. huhu.. btw, hidup mr. bintang utk mrs. bintang. adeh, apa aku melalut ni? hahaha.. cabut..

[Reply]

07.03.09 at 13:00
Posted by mie

apa nak kisah….
apa yg aku blog pun kadang2 merapu je….
tp kalo nk amek gambo….
aku xkisah…
sharing is caring…
ceewaaahh!!!

Azizwan™ Reply:

bro, kadang2 yg merapu tu la yg org suka. huhu.. ekceli, kalau yg free bandwidth mcm blogspot ect ataupun unlimited bandwidth utk self hosting memang tak kisah kalau org cedok terus guna URL image tu.. tp yg parahnya kalau guna bandwidth yg cukup-cukup makan, boleh naik gila dibuatnya kalau diorg terus guna URL image tu.

[Reply]

07.03.09 at 14:58
Posted by Merah&hitaM

hohoho… wan aku mmg tak suka disable right click… takde maknanya… baik kongsi aje ngan sape2 kan? lagi menyampah kalo orang copy paste artikel kita bulat2..kalo nak copy pon agak2 la biar la ubah sket..

si fizz dapat idea?hoho da bertukar ke jadi blog tutorial balik..ehehehe…

[Reply]

08.03.09 at 00:39
Posted by x-po

hoho mmg xrelevan lgsg bro..org klu dh jnis plagiat, mmg akn usaha gak cmne pun..lgpun rmai dh yg tau cmne nk wat kalau blog tu wat disable right click

Azizwan™ Reply:

ehem.. sebenarnya kan bro, aku masih tak tahu nk buat mcm mana kalau blog tu disable right click sbb aku ni baru je hidup ngan komputer dan internet ni. jd, boleh tolong ajar kat aku mcm mana nak buat? huhu..

[Reply]

08.03.09 at 04:47
Posted by Khai

masih releven.. kerana bagi aku orang yg kaki plagiat ni, adalah orang cetek ilmu dan otak mereka semua ada kat lutut. haha.. ter’emo plak kan? dan mereka semua takkan tahu cara pun selain copy paste…

hehehe.. azizwan, sebenarnya lagi senang highlight teks dan kemudian tekan ctrl + c untuk copy…

dan untuk gambar, hanya bukak satu NEW TAB di firefox, dan sila drag gambar dari web yang dah disable right click tadi terus ke new tab yg dibuka tadi…

renung2kan dan selamat beramal… ~

psstt: kat ohtidak aku disable right click bukan sbb x kasi orang ciplak.. tapi x kasi orang hotlinking gambar2 dari situ.. jimat bandwidth la katakan.. hehehe

Azizwan™ Reply:

plagiat, aku nengok org bijak pandai pun masih buat benda ni khai cuma kadangkala kita terlepas pandang je sbb diorg tak bg source. jd nmpak yg hasil tu totally diorg yg punya. huhu.. dan lg 1, plagiat ni mcm dah jd asam garam dlm blogging. kalau tak plagiat 100%, mesti akan ada juga even 1% walaupun terpaksa buang watermark ect. betul ke?

pasal copy yg aku tunjuk kat atas tu sebagai contoh je bro sbb aku selalu guna cara tu.. maybe agak ketinggalan zaman tp cara tu yg aku rasa mudah kalau aku dah pegang mouse sbb malas lg nk tekan papan kekunci. kalau takde mouse, baru aku guna ctrl+c dan ctrl+v bagai..

btw, ko jgn marah sbb aku jdkan oh tidak tu sbagai contoh. lgpun itu promosi percuma utk blog oh tidak kau tu walaupun pelawat blog ni taklah setinggi gunung everest mcm blog kau tu. huhu

[Reply]

Khai Reply:

buang watermark pada gambar yang bukan hak milik si pelekat watermark tu, tiada yang salahnya.. bukan termasuk dalam kategori plagiat tetapi patut diberi pujian. Hehehe.

Plagiat yang aku maksudkan dari segi artikel.. Mau copy boleh sebab takde sapa nak jadi kedekut ilmu, but pastikan kasi edit la kot… bukan bulat2 n petak2 copy n paste.. satu titik pun tak kurang.

Itu yang dinamakan si kaki plagiat yg kurangi llmu.. yang berilmu, dia mesti pandai manipulasi ayat yang dia ciplak tu.. and hopefully, ada kredit… hehe

[Reply]

08.03.09 at 13:08
Posted by cik peanut

hohoh..
peanut tak suka…
meyusahkan peanut je
heheheh
tapi awal2 lu peanut wat..
sebab chumey sangat…lalalalaal…
tapi skunk peanut dah buang..
lagipun, tak de sape2 nak curi gak..heheheh

Azizwan™ Reply:

dijamin ke takde sape2 yg akan curi? tak takut ke ada org ambil pic cik peanut yg ada kat blog cik peanut tu dan ‘mandrem’ cik peanut? hehehe

[Reply]

cik peanut Reply:

aduh…wat peanut takut je,
nampaknye lepas ni peanut kena hapuskan terus penggunaan pic peanut lah…lalallala…
harap2 tak de yang niat jahat nak wat cam gitu kat peanut

[Reply]

09.03.09 at 01:22
Posted by fazrewl

Aku sokong… Kalu yg copy paste tue pun.. beretika la skit…
Kena harga org yang mula2 post dulu… he he…

[Reply]

09.03.09 at 07:39
Posted by KampungBoy

Neway tq wan, sebb link yang sdara bubuh….mgkin script kurang praktikal untuk semua individu, tapi sekurang2nya mmbantu sebahagian sahaja IM yang ingin protect web contentnya. Okeyla…daripda xbwat lgsung kan…aq pun sendiri xmenggunakan script itu, cuma nak berkongsi semata…..

[Reply]

11.03.09 at 17:07
Posted by EiNS

Owh secara jujur aku x suka blog yg disable right click…sbb aku suka buka link dalam new tab…

aku rasa boleh edit .htaccess nak elak orang hotlink image, kes copy paste gambar la nie…

[Reply]

15.03.09 at 10:09
Posted by twenty-six

internet pun adalah sumber terbuka kalau masih nak guan disable right clicks macam dah tak perlu.

kalau kena plagiat, para pembaca akan tahu dan report balik ke penulis asal…
tapi hati tetap sakit bila kena ciplak nih :p

[Reply]

17.03.09 at 20:08
Posted by mazuki selangor2u

walaupon disable right click leh je guna short cut keyboard ctrl + c

kalau gambar plak korang leh tekan ctrl+u then akan keluar semua koding2 tu…so amek la link gambar tu..
tadaaaa

Azizwan™ Reply:

Bunyi mcm dah pro je ngan amek2 ni. huhu..

[Reply]

19.03.09 at 05:30
Posted by Sapikk

pendapat aku pulak disable right click ni agak membosankan sbb kdg2 tu kite just nk copy n simpan dlm notepad utk dibace dilain hari.. ye la kan..kdg2 kite lupe utk lawat semula web/blog tu… klo sebut pasal hak milk..bg aku tu sume hanye memusnahkan blog penciplak2 tu jgk..ye.la kan.google kan sekarang dah update..klo contense same, mmg kene banned 3 bulan..

Lg pun bg aku..bile buat blog atau web, i2 bermakne kite ingin berkongsi maklumat kpd org lain..

kdg2, bile aku lawat blog yg disable right click ni..aku agak bosan la jgk… tkut sgt org nk copy web die..hoho..

so ini hanye pndangan aku yg agak bengap ni.. ceh.. suke ek dgr aku ckp mcm ni… ape2 je lah.. haha..

p/s: oh..ni 1st time aku lawat sini.. clean n ceria blog ni.. bgus2..hehe..salam kenal kpd owner azizwan..hoho

Azizwan™ Reply:

Salam kenal juga utk kamu Sapikk. terima kasih krn singgah dan tinggalkan komen, pandangan dan pendapat kat blog yg tak seberapa ni :)

[Reply]

20.03.09 at 15:47
Posted by mirlme

tidak relevan sama skali..
aktiviti ini mmg sudah jd lumrah

[Reply]

21.12.10 at 18:24
Posted by Farhana al Hedrah

hehe. baru ana nak buat disable right click. sekali ente semua dah cakap macam tu malas la ana nak buat. hahaha.
*Entri terbaru kat Farhana al Hedrah´s [type]: Absence makes the heart grow fonder

[Reply]

02.04.11 at 21:52
Posted by intanberlian

tak payahlah nak plagiat entri orangkan. orang tu penat-penat research ke menulis, sedap2 kite nak copy.. melainkanlah dah minta izin ke.. bagi credit ke. bukannya orang tak nak share ke apa. sharelah lagi bagus. tapi biarlah beradab kan.. bagi kredit atleast!
*Entri terbaru kat intanberlian´s [type]: Apa itu supernumerary tooth berkongsi kisah masalah gigi berlapis

[Reply]








CommentLuv badge