Rahsia Sistem Merekrut MLM

Entri ini Wan tujukan khas kepada penggiat MLM kerana Wan ingin membuat sedikit review mengenai eBook Rahsia Sistem Merekrut MLM yang disunting oleh Zamri Nanyan. Sebelum itu kau perlu tahu ini bukanlah review berbayar ok! Wan menulisnya pun kerana Wan sudah membeli eBook ini dah hasilnya boleh tahan memuaskan.
Tapi nak mula kat mana ek? Wan tak reti bab review me-review ni. Wakakaka..
Ok, kita bermula dengan penulis.. eBook ini pada asalnya ditulis oleh Tom Schreiter yang merupakan seorang jutawan MLM. Boleh rujuk sedikit ringkasan mengenai beliau di sini. Memandangkan buku ini pada asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris, maka Zamri Nanyan telah mengambil inisiatif dengan mendapatkan hakcipta daripada penulis asal untuk menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu.
Kelebihan utama eBook ini pastinya ianya akan membuka minda kau secara tanpa sedar mengenai dunia MLM lagi-lagi jika kau masih baru dan tak tahu pun apa itu MLM disamping memberi kau ruang untuk meningkatkan jumlah pendapatan. Jujur Wan cakap, sebelum ini Wan sendiri langsung tak tahu apa itu MLM secara khusus sehinggalah Wan ‘tersertai’ satu MLM dengan modal RM250. Wan sertai pun sebab tertarik dengan produk mereka yang power. Kui..
Mulanya memang sangat kekok nak buat lagi-lagi ianya adalah bisnes MLM pertama yang Wan sertai. Nasib baik dapat upline yang prihatin. Tiap hari dia mesej tanya macam mana perkembangan sambil bagi motivasi. Jadi Wan pun buatlah perlahan-lahan dan cuba ajak kawan join. Tapi sorang pun taknak join. Hampeh nye kawan. Ambik kau. Hehehe.. Nasib juga la penggunaan internet berjaya membuahkan hasil apabila ada sorang dua yang sangkut. Alhamdulillah..
Tapi income masih juga cukup-cukup makan sehinggalah Wan terjumpa dengan eBook Rahsia Sistem Merekrut MLM ini. Tapi tahu tak yang awal-awal lagi Wan dah cop eBook ni adalah ebook biasa sahaja. Tak beli pun takpe bukan boleh tolong tambah income aku pun (salah satu contoh pemikiran melayu). Tapi hari demi hari network Wan makin slow dan hampir tiap hari juga la Wan masuk website tu. Sehinggalah Wan rasa terpanggil untuk mendapatkan report percuma yang disediakan iaitu bab pertama ebook tersebut dan juga satu lagi report yang bertajuk Anda sudah silap bagi mengetahui adakah eBook ini benar-benar dapat membantu.
Setelah membaca report percuma yang diberikan, nyata ianya membuatkan Wan langsung tak senang duduk sehinggalah Wan membeli eBook tersebut. Dan setelah membaca eBook Rahsia Sistem Merekrut MLM ini, minda Wan mengenai dunia MLM jelas terbuka dan tidak semena-mena Wan telah termotivasi. Oh ya, kau boleh dapatkan report yang Wan maksudkan itu di sini. Itupun jika kau mahu.
Setelah Wan mempraktikkan ilmu yang diberikan melalui eBook tersebut, income Wan menunjukkan sedikit perubahan dan network Wan pun sudah mula bangun dari tidur. Maksudnya aktif la tu. Hehehe.. Kalau kau tak percaya, kau lihat income Wan sebelum dan selepas Wan memiliki eBook Rahsia Sistem Merekrut MLM ini.
- Sebelum – - -


- Selepas – - -


So, jika kau ingin berjaya dalam bidang MLM, Wan sangat menyarankan agar kau dapatkan eBook ini kerana harganya tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan dengan ilmu (dan income semestinya) yang akan kau dapat. Tak kisah la kau baru nak melibatkan diri dalam dunia MLM, baru sahaja melibatkan diri ataupun sudah lama melibatkan diri tapi masih belum nampak jalan bagaimana untuk berjaya dalam bidang ini.
Apa yang boleh Wan katakan di sini, eBook ini memang HEBAT!
Psstt – Adakah ini merupakan sebuah review? Ah, lantak la.. Yang penting blog aku, cerita aku. Hehehe.. Apa2 pun, kau boleh dapatkan review yang sebenar-benarnya di sini. Sorry yer



7 Comments to “Rahsia Sistem Merekrut MLM”