(PIALA DUNIA 2010) Aku Pilih Germany.. Korang?

Sekarang ni aku berani jamin yang ramai orang (termasuklah korang kot) dah menghidap sindrom makan bola, tidur bola, dan segala-galanya bola. Kenapa? Sebab hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Piala Dunia a.k.a World Cup 2010 akan membuka tirainya. Huhu..
Sebenarnya tiada apa yang aku nak cerita, cuma nak tanya, negara manakah yang menjadi pilihan korang untuk menjulang World Cup 2010 ni?
Kalau tanya kat aku, opkos la aku akan jawab Germany, kan dah bagitau kat tajuk atas tu. Hee.. Kenapa aku pilih Germany? Entah la, aku pun tak tahu tapi aku pilih Germany sebab aku dan Germany macam ada satu chemistry yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. kah3.. Alasan yang langsung tak boleh blah.
Dan sebab itulah, aku beli official kit World Cup diorang sebagai bukti betapa aku memberi sokongan yang sepenuhnya kepada Germany supaya mereka berjaya menjulang World Cup 2010 ni. He3.. Tapi jangan diorang tersingir pada peringkat kumpulan sudah! Buat malu aku je pakai jersey diorang yang super cun tu. Kui3

*Masih bau kedai lagi ni. Hee.. Dan serius, kit home dan away Germany untuk World Cup 2010 ni sangat cun!
Oh ya, untuk korang yang masih tak tahu jadual perlawanan World Cup 2010 ni beserta waktu siaran mengikut timezone Malaysia, korang boleh LIHAT KAT SINI lepastu korang print ler.
Akhir kata, jom World Cup bersama Astro BYond. Hee..




41 Comments to “(PIALA DUNIA 2010) Aku Pilih Germany.. Korang?”