Perutusan Aidilfitri Untuk Tahun 1432H Daripada Azizwan

Pic taken from here
Assalamu’alaikum W.B.T
Pejam celik, pejam celik, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita umat Islam kat Malaysia ni dan beberapa negara yang sewaktu dengannya akan menyambut kedatangan Syawal 1432H yang dijangka jatuh pada 30 Ogos 2011 (Selasa). Oleh itu, aku mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua yang kebetulan membaca entri yang aku tulis ini.
Aku juga menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada kawan-kawan yang dok selalu usya blog syok sendiri aku ini dan semua yang pernah membaca entri-entri kat blog ni. Manalah tahu ada entri yang aku tulis kat blog ni telah menyinggung perasaan dan menyakiti hati anda secara sedar atau tanpa sedar, secara langsung ataupun tidak langsung. Harap dimaafkan yer dan jangan disimpan di dalam hati.
Kepada yang balik ke kampung halaman tu lebih-lebih lagi yang bawak kenderaan sendiri, pandu elok-elok. Amalkan pemanduan berhemah di jalan raya dan paling penting, banyak-banyakkan bersabar. Ingat orang tersayang. Semoga selamat sampai ke kampung dan in advance, selamat kembali juga nanti. InsyaAllah. Akhir kata, selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Selamat bergembira.
P/s: Kalau ada duit raya lebih tu, hulur-hulur lah kat sini yer.. Hee..



One Comment to “Perutusan Aidilfitri Untuk Tahun 1432H Daripada Azizwan”