Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Perlukah Malaysia hulurkan bantuan kepada Indonesia?

Tangisan Padang

Rasanya kamu pun dah sedia maklum yang negara jiran kita iaitu Indonesia baru sahaja mengalami bencana alam yang sangat dahsyat (terutamanya di Bandara Minangkabau, Padang) sehingga mengorbankan banyak nyawa serta merosakkan harta-benda. Keadaan ini telah menyebabkan Indonesia ‘terpaksa’ meminta bantuan luar untuk meringankan beban mangsa dan Malaysia telah bersedia untuk memberikan bantuan.

Namun begitu, atas ketegangan yang berlaku baru-baru ini terutamanya mengenai isu Tarian Pendet yang digunakan Discovery Channel untuk siri dokumentari Enigmatic Malaysia sehingga menyebabkan Jalur Gemilang (bendera Malaysia) dibakar dan wujudnya skuad “Sweeping Malaysia” di Indonesia, banyak pendapat yang mengatakan bahawa Malaysia tidak sepatutnya menghantar bantuan kepada Indonesia.

Berikut adalah antara pendapat tersebut:

buang masa jer tolong….. skuad sweeping malaysia yg pakai buluh runcing tu mana? mana 200 juta rakyat indon? bawakla batik banyak-banyak kat situ… leh buat tarian pendet skali… hiburkan mangsa gempa bumi tu…. 200 juta org pon mau mintak bantuan luar ke?

bagai bagi susu tapi di balas tuba, umpama melepaskan anjing yg tersepit, duri dalam daging, musut dalam selimut, gunting dalam lipatan – sesuai untuk orang2 indon…tak payah tolong la…dia orang bakar bendera Malaysia tanpa berfikir panjang mengenai sensitiviti rakyat Malaysia

Indonesia berkali-kali menganjurkan kempen ganyang Malaysia dan isu tarian pendet membawa kepada kempen “sweeping orang Malaysia”. Nampaknya Indonesia tetap perlu bantuan Malaysia dan jenis negara yang tidak tahu mengenang budi.

Namun Malaysia pula negara yang tak pernah belajar dari pengalaman berurusan dengan Indonesia. Saya selaku rakyat Malaysia dan pembayar cukai, tidak ingin wang rakyat dibazirkan membantu negara sebegini.

Hentikan bantuan ke Indonesia (Padang)!

Walaupun kebanyakkan pendapat mengatakan yang Malaysia tidak perlu menghantar bantuan kepada Indonesia, namun Wan sangat tertarik dengan pendapat kat bawah ni.

perlu diingat, bukan semua rakyat indonesia berperangai teruk…mungkin segelintir sahaja berperangai macam itu…

saudara seagama dengan kita ramai dalam kesusahan ditimpa gempa di padang sana…marilah kita tolong …semoga kita umat Islam makin bersatu dan mendapat kerahmatan Allah

Amin

Jika ditanya pada Wan pula, semestinya Wan akan kata yang Malaysia perlu menghantar bantuan kepada Indonesia atas dasar kemanusiaan even dah berlaku macam-macam perkara yang Wan sendiri rasa sakit hati. Pendapat kamu pula bagaimana? Sudi-sudilah kongsikannya yer.

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 3 October '09 - Kategori: Breaking News, Freedom Talk, Must Read

Tagged: , , , , , , .

17 Comments to “Perlukah Malaysia hulurkan bantuan kepada Indonesia?”

03.10.09 at 03:17
Posted by Azizwan™

Gempa: Bantuan Malaysia Ditolak Warga Sumatra Barat

JAKARTA – Berbagai bantuan telah mengalir dan mulai menumpuk di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat sejak Kamis lalu, hal ini cukup mengganggu kepadatan traffic di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, yang sudah cukup tinggi dan mengakibatkan sejumlah penerbanganmengalami delay. Bahkan pesawat yang ditumpangi Menteri Kesehatan Siti Fadilah Supari dan Menko Kesra Aburizal Bakrie sempat tertahan di udaraPadang selama beberapa jam.

Namun ada yang menarik dari tumpukan bantuan tersebut, yaitu dipisahkannya bantuan dari Pemerintah Malaysia dengan bantuan dari negara-negara lainnya, hal ini di sebabkan karena adanya penolakan bantuan dari Pemerintah Malaysia dikarenakan alasan sumber dana Judi.

“Kami sangat berterimakasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia, namun karena dibeberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan judi, kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah malaysia dengan bantuan negara lain, akan tetapi banyak jugabantuan dari perkumpulan warga minang di Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak” ujar Kepala Distribusi Bantuan Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan Budi S Ervan.

Seperti diketahui Pemerintah Malaysia memiliki fasilitas perjudian terbaik dan terlengkap di AsiaTenggara dengan omset pendapatan 4 Milliar Dollar/tahun bernama GentingHighland, dan hal tersebut dinilai warga Sumatra Barat sangat bertolak belakang dengan budaya Muslim negeri Jiran tersebut. Bantuan PemerintahMalaysia berupa Mie Instan, Selimut, Tenda dan obat-obatan terlihat dibiarkan menumpuk di sisi kiri bandara Minagkabau dan sangat menggangu lalu-lintas bantuan korban gempa.

“Bantuan dari Negara Jepang yang tiba lebih dulu berupa 2500 Genset, 500 Tenda, 25 Instalasi penyaringan air, 400 Toilet portable dan 10 Kontainer Rumah Sakit Mini sudah kami sebarkan di 6 Kabupaten, sedang dari Pemerintah Amerika, Brasil,Jerman, Filipina, Brunai, Australia, Thailand, Vietnam dan Russia berupa Beras, obat-obatan, tenda, selimut, bahan makanan, instalasi air yang total keseluruhan berjumlah sekitar 28.000 ton akan tiba mulaihari ini, kami berusaha berkoordinasi dengan Barkorlak dan Palang MerahInternasional untuk penyediaan tempat penyimpanan dan penyalurannya” ujar Budi S Ervan.

Harian Kota, Jumat (2/10/2009).

[Reply]

03.10.09 at 10:49
Posted by Akuro San

firstly, saya juga setuju diberikan bantuan kepada mangsa gempa tu sebab tak dinafikan ramai saudara2 se’Islam kita yang berada disana. cth mcm peristiwa tsunami dulu. terdapat ramai kanak2 yg kehilangan mak bapak dan ahli keluarga menangis2 meminta agar mereka diambil oleh keluarga angkat yg terdiri dr org Islam sendiri, dimana waktu itu terdapat juga bantuan dari org bukan Islam yg ingin mengambil mereka sebagai anak angkat yg khabarnya akan dibesarkan di Gereja… (nampak tak, strategi org bukan Islam yg cuba ambil kesempatan dari bantuan2 yg mereka hulurkan…)

yg pasal ‘sumber dana judi’ tu, bagi saya itu cuma alasan saja. kalau nak cerita pasal sumber dana judi, sudah pasti kita akan terfikir, specially org yg kerja kerajaan. confirm la duit gaji korang tu ada duit hasil judi gak kan? tapi korang ada pernah dengar ker org kata, duit gaji korang tu duit haram sbb dari ‘sumber dana judi’? tak pernah kan? sebab apa?

ok, ibaratkan duit kerajaan nih, umpama sebuah lautan luas. kita sendiri tahu, dalam lautan tu ada mcm2. yg halal ada, yg haram pun ada. bangkai pun ada dalam lautan tu… tapi air dia, tetap suci lagi menyucikan… jadi duit gaji yg kita dapat dr kerajaan juga begitu…

ok, berbalik pada isu bantuan tadi. sbb itu saya kata itu cuma alasan saja. kalau setakat ‘sumber dana judi’ tu yg mereka nak pertikaikan, bagaimana pula dgn bantuan dari negara lain yg bukan Islam yg mereka terima? kenapa tak pertikaikan sumber pendapatan negara tersebut? silap2 bantuan makanan yg mereka beri pun entah halal, entah tidak…

Wallahu’alam~
*betulkan saya kalau ada kenyataan saya yg tersilap…

[Reply]

03.10.09 at 11:35
Posted by PakciQue

Tak payah lah. Dah tolong pun tak hargai.

[Reply]

03.10.09 at 15:01
Posted by cik peanut

biler pk seagama tu, patutla tolong…
tapi biler baca keratan akhbar tu..
indonesia ni macam orang sombunk..
dah bagi bantuan..
tapi ciap asing2kan lagi…

pastu bantuan dari Amerika, Brasil tu tak haram ke? mana diowang tahu sumber amerika tu halal?
bengang tul..

dak2 student indonesia ni pun sombunk cam orang negara meka gak..
dah lah malas nak wat esemen group..
benci betul tengok diowang time kelas..
lebih2..
padahal menumpang je..
geram3x..
peanut vote untk jangan hantar bantuan kat depa..
pandai2 lah depa nak hidup dengan sikap sombung diowang tu.
kita dah try tolong..
tapi tak hargai pun..

[Reply]

03.10.09 at 17:15
Posted by ibnmasir

haha…mcm2…kte dah usaha kan… dieorag tolak, xleh nak buat pe.. walau pe pon alasannye… yg penting teruskan usaha m’bantu, jike de yg memerlukan…

cume, rezeki jgnlah ditolak. musuh jgnlah dicari… takut bala yg dtg..

[Reply]

03.10.09 at 19:30
Posted by azizan4444

macam2 karenah manusia ni..bila org nk tlg xnk plk..klu x tlg ada plk yg bising yg kita ni negara jiran yg kedekut..

tp aku bangga,Malaysia tetap menghlrkan bnatuan x kira dlm bntuk ap pun pada mne2 negara kecuali israel..

[Reply]

03.10.09 at 23:47
Posted by Kill-Vearn

kita perlu tahu bahawa sesiapa yang membantu orang lain dalam kesusahan, nescaya Allah akan membantunya kelak, kalau tak di dunia, di akhirat menanti.. biarlah orang buat jahat pada kita, namun jgn sekali kita berbuat jahat pada orang.. jangan jadi seorang yang kedekut, nanti Allah sempitkan rezeki kita.. sesama Islam patut kita bantu, jika tak mampu dari segi harta, kita boleh berdoa kan? itu namanya sedekah.. ingatlah kesemua janji2 dan firman Allah, nescaya kita akan berjaya dunia akhirat..

[Reply]

04.10.09 at 01:16
Posted by h3r0

Aku sokong komen kill vearn tue…

biarlah, diorg nak asingkan atau x…

yang pening, di dunia nie, kita dah lepas…

kat akhirat nnti pandai2 la diorng..

[Reply]

04.10.09 at 12:07
Posted by sumatra selatan

salam….kejadian ini adalah atas keizinan n kehendak dari Allah…pasti ada hikamah di sebalik kjadian…sebagai uMat Islam..mstilah tolong menolong…sebb kte sume adalah bersaudara……sumber dana bukan jadi ukuran…tiada yang tidak syubhat di dunia zaman skang ni…susah nak cari yang tol2 pure…..tp yang pnting kte da tolong…Allah yang maha tahu segalanya….tol tak..biar orang buat kte..jangan kte wat orang…k…carilah hikmah atas ape yang allah turun kan pada kte..sbb sume nye atas kesalahan yg kte da buat kat muke bumi ni….

[Reply]

04.10.09 at 12:37
Posted by sumatra selatan_student malaysia jambi,endonesia

Keingkaran, maksiat, kejahatan dan kemungkaran yang merajalela dan membiak dalam masyarakat adalah antara punca kenapa bala bencana di darat dan laut diturun oleh Allah S.W.T ke atas hamba-hamba-Nya. [Sumber]

Ayat al-Quran ini juga dipetik dari laman yang sama.

Bermaksud: Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
[Surah Ar Ruum: Ayat 41

[Reply]

05.10.09 at 14:09
Posted by muhdzahari

api, jangan di simbah dengan api.
simbah dengan air.
:)

[Reply]

06.10.09 at 14:31
Posted by Putera

better kita tolonglah… lagipun bukan semua yang membenci malaysia..

di indonesia kalau diikutkan sebuah negara islam yang betul2 menjaga tentang syariat terutama dalam sektor pendidikan..

banyak ulama yang mendirikan pondok2 untuk mengaji kitab2 kuning

[Reply]

06.10.09 at 17:02
Posted by x-po

aku rasa perlu je..sbb biar org wat jht kt kita tp kita ttp wat baik kt org..lgpun bkn sume org dia jht kt kita..lgpun org islam kan

[Reply]

07.10.09 at 21:28
Posted by Berita Semasa

Ya…kita teruskan niat kita untuk membantu
hari ini hari mereka
hari kita siapa yang tahu

[Reply]

31.05.10 at 19:12
Posted by hud

apa pun yg orang indonesia buat pada kita(malaysia)…..kita redha….kerana nabi pun pernah di lontarkan kata2 kesat,di hina,di pukul oleh org kafir….tapi nabi x lawan balik…malah nbi melawat/menziarah org yg balik nye dgn tulang babi….akhirnye….siapa yg malu….malu dengan kehatan sendiri…
ye betul kita bukan nabi tapi kita umat nabi muhamad…sekurang2nye…ilmu yg telah diperturunkan kita amal kan tak byk ….sikit atleast ada kan,,,,,
……..dan harus diingat….penceraian dlm rumah tangga mesti bersebab salah 1 nye…orang ketiga…..dlm hal kita dan indonesia ada kah negara lain terlibat dlm konspirasi ini??????????
renung…..fikir….dan terjemahkan sendiri dalam fikiran….

[Reply]

22.07.10 at 09:13
Posted by kanji celup

saye berdarah kacukan melayu cine mix cine celup hahaha dan skit batubare di indo dan saye belajar di jepun untuk pegetahuan anda semua di sini ade senaskah buku yang sagat bersejarah iaitu perang dunia kedua ade tertulis bahase jawi walaupun saya x mahir jawi tp berkat ibu bape sy mehantar sy kesekolah agame x sia2 saye membace dan membelik sumpah indonesia terhadap melasia(kite). dan sagat mendalam untuk merwujudkan indonesia raya, tapi itu cerita sejarah dan saye x ambil pusing tentangnye biarkanlah mereka berfikiran begitu di u tube juge hampir same rate2 nye memburukan melaysia tp igatlah allah sentiasa di samping org yg benar dan nabi penah berpesan berbaik lah enkau dgn musuh mu walaupun kamu akan mereka mencerca atau apew pun sekali dan kami disini akan mempertahankan maruah bangse dan agame sehinga titisan darah yg terahir oleh itu sabarlah wahai sedare ku amin..

[Reply]

12.12.10 at 13:04
Posted by aid

biar kan lah indon tu ..bukannya betul sangat dia orang tu…sampai nak hantar relawan ganyang lah..tapi x sampai…mana??dia orang ni cakap mulut celupar sangat…tapi nasib baik lah…pandai cakap saja bukti pon tak ade….kalo nak ganyang sangat ..datang lah….harap jangan masuk haram ye….nanti kena sumbat dalam penjara imigresen

[Reply]








CommentLuv badge