Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Peraduan @Artzz.Net

Kau perasan tak yang tajuk entri kali ini langsung tiada kaitan dengan blog World Of Mohd. Azizwan? Pelik bukan? Hehehe.. Sebenarnya Wan sangat boring sekarang walaupun jam sudah menunjukkan angka 2.01 pagi. Betul, Wan tak tipu.

Memandangkan keboringan ini telah menyebabkan Wan langsung tak boleh nak tidur, maka Wan secara tiba-tiba terpanggil untuk menjadi seorang yang sangat baik bagi membantu mempromosikan peraduan yang dianjurkan oleh Sabri untuk forum Artzz.Net beliau. Siapa tahu dengan entri ini beliau pula akan membantu mempromosikan blog Wan ini di forum beliau itu. Bukankah ianya satu keuntungan buat Wan (ayat bodek sebenarnya). Hehehe..

Baiklah, berbalik kepada point utama. Penganjur telah menyatakan yang peraduan ini tidaklah terlalu susah dan tidaklah terlalu mudah. Penganjur juga memberi tempoh tiga bulan untuk sesiapa sahaja menjadi pemenang. Ini bermakna, kau diberi masa untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik mungkin bagi melayakkan kau untuk memenangi hadiah yang mereka tawarkan. Dari info yang Wan terima, mereka akan memberikan tiket percutian selama 3 hari 2 malam di Sydney Australia untuk 1 pemenang mungkin.

Menurut penganjur lagi, peraduan ini adalah berbentuk ulasan (review) untuk laman web Artzz.Net mereka itu dimana kau perlu menuliskannya di blog kau. Mudah bukan? Dan seperti biasa, setiap peraduan itu pasti ada syaratnya. Di sini, pihak penganjur telah menetapkan beberapa syarat yang perlu kau turuti bagi melayakkan kau untuk menyertai peraduan ini. Ok, kau boleh rujuk syarat-syarat yang telah mereka tetapkan dan juga lain-lain info mengenai peraduan ini di sini.

Selamat mencuba dan semoga kau berjaya.

George W.Bush Diserang Menggunakan Kasut

Yang ini Wan percaya yang kau pasti tahu kerana TV3 dan juga lain-lain berita mungkin ada menyiarkan video dimana Bush telah diserang oleh salah seorang wartawan Iraq semasa beliau ingin memberikan ucapan dalam sebuah sidang akhbar di Baghdad. Beliau diserang dengan menggunakan sepasang kasut.

Pelik juga kan, kenapa la mamat tu baling guna kasut? Kalau kena pun kasut tu kat Bush, Wan sure kejap je dah OK balik. Hehehe..

Trivia: Dalam masyarakat Iraq, sesiapa yang dibaling @ dipukul dengan menggunakan kasut mahupun selipar, ianya adalah satu penghinaan yang paling teruk sekali. Jika kau tak percaya, sila klik di sini.

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 16 December '08 - Kategori: Fast Update, Information, Review, Video

Tagged: , , , , , .

6 Comments to “Peraduan @Artzz.Net”

16.12.08 at 08:58
Posted by PakciQue

Kalau aku, aku baling dengan spender. Lagi hina tak?

[Reply]

Fareez Reply:

baling ngan spender??so,,kau bukak spender lah tgh org ramai tu..haha

[Reply]

16.12.08 at 09:43
Posted by Azizwan™

-Reply-

1. PakciQue ~ tp tgk gak pd spender yg pakcik baling tu..

rasanya hina itu akan lebih afdal jika spender yg pakcik baling tu adalah spender yg dipakai pd masa itu dan tanggalkannya kemudian balingkan kpd sasaran. pastikan balingan yg pkcik buat terkena tepat pd sasaran terutama pada bahagian muka. wakakaka..

[Reply]

16.12.08 at 12:20
Posted by Faiz

gila terer bush elak….leh masuk sukan olimpik nie…haha…aik wan,blog ko aq tgk mcm khai jew ? hurm…. :p

[Reply]

16.12.08 at 16:15
Posted by menteil

dia dengan kurang ajar sempat buat lawak..

“saiz kasut 10″

bodoh punya bush!

[Reply]

16.12.08 at 17:33
Posted by Azizwan™

-Reply-

3. Faiz ~ ya, tindakan refleksi bush sangat hebat.. tp masuk sukan olimpik nak ambil acara apa bro? aku rasa dia jd next james bond baru ngam. wakakaka..

p/s: tang mana yg sama mcm blog khai ni? detail please. huhu.. tp apa salahnya aku jdkan blog beliau sebagai contoh dan tiru sket2. hehehe.. khai, ada kau kisah?

4. menteil ~ ya betul, bush memang kurang ajar. huhu.. kalau la kasut saiz 10 tu kena tepat kat kepala beliau lg2 kat muka, kan best.. hehehe..

[Reply]








CommentLuv badge