Peraduan Ariana Mikhail – Hadiah Tiket Penerbangan Ke Paris

Pergh! Tiket penerbangan ke Paris tu, aku sure korang semua nak. Kalau korang cakap tak nak, memang korang tipu ler. Huhu.. Straight to the point, sekarang ni TV9 ada menganjurkan beberapa peraduan yang salah satunya adalah peraduan Cipta Perbualan Romantis antara Ariana & Mikhail yang mana hadiah yang ditawarkan adalah tiket penerbangan ke Paris.

Bagi korang yang masih tak tahu mengenai drama Ariana Mikhail tu, ni sket info untuk korang. Drama Ariana Mikhail disiarkan melalui slot Ratu, setiap Isnin & Selasa, jam 8.30 malam. Pelakon utamanya adalah Nora Danish dan Syed Hussein (Sein). Drama ini mengisahkan cinta pertama mereka yang berlatar belakangkan kota Paris. Lebih lanjut, kena ler tengok.
Berbalik kepada peraduan Cipta Perbualan Romantis antara Ariana & Mikhail, apa yang perlu korang lakukan (itupun kalau nak sertailah), korang hanya perlu mencipta perbualan paling romantis di antara Ariana dan Mikhail berdasarkan gambar yang dipaparkan di website TV9. Peraduan ni sudah pun bermula dan akan tamat pada 29 Februari 2012.
Paling menarik, pemenang akan dipilih sendiri oleh Nora Danish dan Sein berdasarkan dialog yang paling romantis. Jadi tunggu apa lagi? Fikirkanlah perbualan romantis korang sekarang dan submit. Siapa tahu hadiah berupa tiket penerbangan ke Paris tu akan menjadi milik korang. Lepas tu kalau korang tak nak pergi, bagi tiket tu kat aku FOC. Hee~
Untuk lain-lain peraduan daripada TV9, KLIK DI SINI.



3 Comments to “Peraduan Ariana Mikhail – Hadiah Tiket Penerbangan Ke Paris”