Pengajaran yang aku dapat dari Rafiqin Darwisy

*Screenshot penuh boleh lihat KAT SINI
Aku gerenti sekarang ni ramai yang bengang dan marah dengan Rafiqin Darwisy diatas keterlanjurannya menulis post yang boleh dikatakan agak kurang ajar dan sungguh biadap. Yer la, orang dah meninggal dunia tapi boleh plak dia pergi kutuk-kutuk lagi. Nak ikut jejak Aduka Taruna ke?
Walau bagaimanapun, dari satu sudut yang lain, aku sebenarnya berterima kasih kat budak mentah tu sebab dari post panas bak pisang goreng dia tu telah memberi pengajaran yang begitu besar kat aku. Tapi korang jangan silap yer, walaupun aku ucap t/kasih tak bermaksud aku menyokong apa yg dia buat tu.
Baiklah, pengajaran yang aku maksudkan ialah.. selagi hayat dikandung badan, jangan sesekali melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan ada pihak yang terasa dan tersinggung (senang cakap, makan dalam) kerana walaupun ianya kecil di mata kita, tidak bermakna ianya juga kecil di mata orang lain.
Jadi sama-samalah kita muhasabah diri untuk menjadi lebih baik. Jangan kerana kita rasa kita ni hebat dan bagus dalam banyak hal, kita sesuka hati buat apa yang kita nak tanpa mengendahkan dan memikirkan perasaan orang lain. Bukan apa, takut benda-benda macam ni terjadi kat kita bila kita dah tiada kelak.
Oleh itu, dikesempatan ini aku nak menyusun sepuluh jari memohon maaf kat semua rakan blogger dan sesiapa sahaja andainya aku pernah tersilap kata dan terkasar bahasa sehingga menyinggung perasaan anda. Maklum sajalah, aku juga manusia biasa yang pastinya tak terlepas dari melakukan kesilapan. Jadi aku harap korang dapat maafkan aku.
P/s: Al-Fatihah buat arwah Din Beramboi



33 Comments to “Pengajaran yang aku dapat dari Rafiqin Darwisy”