Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Pendapatan Awalku Di eBay

Pendapatan Awalku Di eBay

Jika kau pernah membaca entri bermulanya perjuangan di eBay, Wan percaya yang kau pastinya tertanya-tanya bagaimana dengan hasil yang telah Wan perolehi setelah hampir 2 minggu Wan berurusniaga di eBay itu kan? Kalau member YM pula, hampir tiap hari je diorang buzz Wan dan tanya dah berapa income yang Wan dapat sehingga Wan rasa malas nak menjawab. Huhu.. Tapi terima kasih bebanyak la sebab korang juga yang bagi semangat kat Wan untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini. Nah, 1USD untuk korang. Hahaha..

Memandangkan korang sudah tertanya-tanya dan tak sabar nak tahu berapa sen yang telah Wan dapat, jadi buat pertama kalinya Wan kongsikan kepada kau hasil yang Wan perolehi dari perniagaan eBay ini yang mana ianya bolehlah dikatakan sebagai rezeki permulaan Wan. Alhamdulillah.. Dibawah ini adalah screengrab akaun paypal Wan setelah menerima bayaran dari para pembeli yang mana sebelum ini ianya sentiasa berangka 0. Hehehe..

Jumlah bayaran yang diterima
*klik untuk besarkan

Lihat jumlah bayaran yang Wan terima, lumayan kan? Tapi jumlah itu bukanlah pendapatan bersih yang Wan perolehi kerana dari hasil itu Wan perlu melakukan pula pesanan dari pihak pembekal berdasarkan item yang telah terjual. Huhu.. Oleh itu, mari kita lihat berapa hasil yang Wan terima sebenarnya. Jeng x3..

Jumlah pendapatan
*klik untuk besarkan

Macam, banyak tak? Hahaha.. Seriously, jumlah tu taklah banyak sangat tapi sebagai permulaan ianya adalah satu jumlah yang mampu membuatkan kau tersenyum kerana usaha awal kau dibayar dengan nilai itu. Yay.. Nak tahu berapa nilai tu dalam RM? Please D.I.Y di sini ye. Kalau rajin, tengok la sekali berapa jumlah untuk nilai kat atas tu. Ahakz!

Dikesempatan ini, Wan nak ucapkan jutaan terima kasih kepada bro Matzis kerana banyak memberi tunjuk ajar sehingga Wan berjaya menghasilkan jualan yang tidak seberapa itu. Dan tidak lupa juga kepada ebook Sifu Lan iaitu panduan & teknik rahsia eBay kerana dengan ebook inilah saya mampu masuk ke eBay walaupun tanpa produk. Tak ke hebat tu? Hehehe..

Membuat Recent Comment Di Blogspot

Membuat Recent Comment Di Blogspot

Yang ni Wan saja sumbatkan sekali kat dalam entri ni sebab Wan masih tak layak nak buat single post untuk tutorial. Huhu.. Yang ni pun Wan buat sebab x-po shop nak. Kalau tak, rasanya takkan wujud menda ni kat blog ni. Ahakz!

Ok, kepada x-po shop khasnya dan juga semua pengguna Blogspot amnya yang ingin meletakkan widget recent comment tu, dibawah ini adalah scriptnya..

Wan rasa kau sudah tahu apa yang perlu dilakukan, jadi tak perlulah Wan jelaskan lagi bagaimana nak letak script ni kat blog kau. Cuma Wan nak ingatkan, lepas kau dah paste script ni kat page element blog kau tu, sila cari perkataan ape2aje kemudian tukarkannya kepada URL blog kau. Dan lagi satu, kat script tu Wan belasah je letak untuk 10 recent comment. Kalau kau rasa nak tambah atau kurangkan, cari sahaja angka 10 dan tukarkannya. Selesai..

Psstt: Kalau kau ada sedikit masa lagi, sila klik di sini dan vote untuk palestin. Motif sebenar Wan tidak tahu. Jadi tak perlu ditanya kerana Wan memang tiada jawapannya. Tapi apa salahnya kau lakukan sebagai tanda sokongan kau kepada Palestin.

Dan lagi satu, sila berikan komen anda di sini sebelum 31/01/2009 kerana setiap 1 komen yang kau berikan adalah sangat besar nilainya untuk rakyat Palestin dan Islam amnya. Allahuakhbar..

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 16 January '09 - Kategori: eBay, Personal, Tutorial

Tagged: , , , , , , , , .

16 Comments to “Pendapatan Awalku Di eBay”

16.01.09 at 11:20
Posted by x-po shop

firstly, tahniah kt ko sbb dpt pendapatan kt ebay..aku pun nk try..hoho..second, tq sbb wat post recent comment tu tuk aku..hoho…then, aku dh pun undi utk palestin..takbir!

[Reply]

Azizwan™ Reply:

ala, bkn byk mana pun bro.. tp tu la, sbgai org baru nilai tu dah cukup besar bg aku. huhu..

second, sama2 dan tahniah di atas undian anda.

[Reply]

16.01.09 at 11:22
Posted by Fizz

Caya sama lu.. weh.. nk tngok gak page ebay ko wan.. lalala.. hehe..

p/s: amacam akunye design? ade sambutan x? kekekeke..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

caya jgn tak caya. hehehe.. nak tgk page ebay aku? mcm biasa la, buzz YM aku. lalala..

p/s: semasa komen ini ditulis, design bro masih belum menerima bidaan. tp don’t worry sbb masih awal lg nk give up. kalau ada rezeki tak ke mana..

[Reply]

17.01.09 at 02:09
Posted by ijamidayu

Salam bro,

Tahniah.. Semoga sesama kita success dalam perjalanan di dunia internet nie..

Teruskan langkah anda.. :)

[Reply]

Azizwan™ Reply:

salam & tq so much..

ya, semoga kita akan terus sukses. InsyaAllah..

[Reply]

17.01.09 at 04:15
Posted by Faiz

bro,ada ebook sifu lan?
share la…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

hahaha.. aku memang ada ebook sifu lan tu tp kalau nak share percuma memang tak boleh lg2 ebook tu protect by password..

kalau serius nk buat, tak rugi mana pun beli ebook tu asalkan tak diperap buat jeruk. hehehe..

psstt: isi kandungan ebook adalah SULIT & PERSENDIRIAN ;-)

[Reply]

Faiz Reply:

aku serius nak buat…boleh la bantu aku eh?
ala,mmber2..

[Reply]

Gadis Lonely? Reply:

ko ni paiz, semua benda nak free.. nak senang ko je ko ni.. beli je la ebook sifu lan tu. ingat, bukan senang nak senang.. hehehe

17.01.09 at 05:00
Posted by spatt

congratz bro…banyak tu, $37 dalam 2 minggu..
paling best bile kite dapat usd yang pertama…fuhhh…memang puas abis…hehe

[Reply]

Azizwan™ Reply:

TQ.. yup, masa item aku dibida utk pertama kalinya, seriously aku gembira tak terkata.. nak saja aku melompat. nasib baik aku dpt mengawal keadaan. hehehe..

skrng aku dah nmpak killer produk yg boleh buat duit.. cuma rezeki dr tuhan sahaja penentu segalanya..

[Reply]

18.01.09 at 02:00
Posted by matzis

tahniah wan, bro tumpang gembira walaupun income tu kecik namun ianya satu perjuangan dan langkah permulaan ke arah kejayaan di ebay. teruskan usaha anda.

[Reply]

19.01.09 at 18:38
Posted by Gadis Lonely?

tahniah bro… itu dah cukup bagus la tu sbg income permulaan wan.. semoga terus berjaya dan berjaya. InsyaAllah…

[Reply]

23.02.10 at 14:06
Posted by nuwa

cukup seronok tengok duit masuk mcm tu.

[Reply]

07.08.10 at 10:02
Posted by ash

salam…bro,nape duit dlm akaun paypal sy pending eh?hbs tuu klu nk pakai dropship mcmne nk byr bro?pki duit kita dlu k?

[Reply]








CommentLuv badge