Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

(Lagu & Lirik) Pokok Meet Uncle Hussain Feat Hazama

LIRIK LAGU POKOK MEET UNCLE HUSSAIN DAN HAZAMA AF9

Sabtu lepas, waktu konsert minggu ke-7 AF9, pertama kali aku dengar lagu Pokok ni. Itupun dinyanyikan oleh Nubhan sebagai vokalis sementara. Yer la, dah vokalis asal untuk lagu tu jadi student AF, tak kan dia juga nak nyanyi kan? Nak kata lagu tu best, bagi aku biasa-biasa je. Mungkin sebab baru pertama kali dengar kot. Tapi aku tertarik dengan sususan muzik lagu tu. Memang layan.

Tanpa membuang masa, jom layan video kat bawah ni.

Kalau rasa nak nyanyi sama, kat bawah ni lirik lagu tu: (more…)

Diterbitkan pada 24 May '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Song & Lyrics, Video | Komen: Ada 7 komen je..

(Info Gadget) Motorola Xoom

MOTOROLA XOOM PREVIEW

Motorola Xoom adalah sebuah tablet berasaskan Android. Ianya dilengkapi dengan kamera hadapan dan belakang serta keupayaan merakam HD. Skrin besar menawarkan resolusi tinggi serta sokongan Adobe Flash. Xoom antara tablet pertama menjalankan sistem operasi Google Android Honeycomb untuk multi tugas. Dimulakan dengan versi 3G dan boleh ditingkatkan ke 4G pada penghujung tahun ini. Motorola Xoom turut menyokong Google Maps dengan paparan 3D.

Motorola Xoom merupakan sebuah tablet yang berkeupayaan 3G/Wi-fi dengan keupayaan tambahan 4G LTE. Motorola Xoom menggunakan Android 3.0, pemproses NVIDIA Tegra 2 dual-core 1GHz (satu core) dan skrin 10.1 inci paparan HD yang pasti sangat memuaskan. Xoom juga menyokong video HD 1080p dan kandungan Flash. Motorola Xoom mempunyai kamera 2MP di hadapan yang boleh digunakan untuk chat video dan kamera 5MP di belakang untuk rakaman 720p HD. (more…)

Diterbitkan pada 5 May '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Gadget | Komen: Ada 11 komen je..

Gambar Que Haidar & Linda Jasmine Semasa Bersosial Bersama Rakan-Rakan

GAMBAR QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE BERSOSIAL

Malas aku nak cakap apa-apa, korang layankan je lah terus gambar-gambar Que Haidar dan isterinya, Linda Jasmine semasa bersosial bersama rakan-rakan kat bawah ni. Itupun kalau nak tengok la. Kalau tak nak tengok boleh abaikan. (more…)

Diterbitkan pada 28 April '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Entertainment | Komen: Ada 7 komen je..

The Great ChurpChurp Race ~ iPad2, Blacberry Bold 3 & iPod Touch Untuk Dimenangi

THE GREAT CHURPCHURP RACE

Tahu apakah bendanya ChurpChurp ni? Kalau dah tahu baguslah. Kepada yang belum tahu, biar aku bagi info sket. ChurpChurp adalah sebuah program pengiklanan melalui media sosial yang mana ianya memberi peluang kepada pengguna internet untuk menjana pendapatan. Kalau dulu, ChurpChurp hanya menggunakan Twitter sebagai medium untuk menyebarkan kempen iklan mereka dan ianya pula dilakukan oleh publisher yang terpilih sahaja. Tapi kini ChurpChurp sudah membenarkan semua publisher tanpa ‘pilih kasih’ untuk mempromosikan kempen iklan mereka melalui pelbagai medium selain Twitter antaranya Facebook dan blog.

Berbalik kepada tajuk, sekarang ini ChurpChurp ada menjalankan kempen The Great ChurpChurp Race. Kempen ini lebih kurang seperti sebuah pertandingan dan hadiah yang ditawarkan cukup lumayan iaitu iPad2, Blackberry Bold 3, iPod Touch dan juga tiket-tiket menonton wayang (movie passes). Lumayan tak lumayan?

THE GREAT CHURPCHURP RACE

Kempen ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang telah mendaftar sebagai publisher ChurpChurp dimana penentuan pemenang dilakukan berdasarkan berapa banyak point yang berjaya dikumpul sepanjang berlangsungnya kempen ini. Point dikira berdasarkan klik dan juga bilangan ahli baru yang berjaya didaftarkan. (more…)

Diterbitkan pada 23 April '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Churp Churp, Contest, Make Money | Komen: Ada 5 komen je..

Kenapa Saya Upgrade Ke Pakej Streamyx Blockbuster Deals?

STREAMYX BLOCKBUSTER DEALS

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Kalau korang follow aku kat Twitter, mesti korang dah tahu yang aku sudahpun mengupgrade Streamyx 512 Kbps aku ke pakej Streamyx Blockbuster (BB) Deals 1 Mbps. So, dalam minggu depan bolehlah mula merasa speed 1 Mbps tu sebab kena tunggu technician datang rumah dalam tempoh 3 hingga 7 hari untuk buat apa yang patut. Kalau ikutkan, nak je aku upgrade terus ke 4 Mbps tapi bila fikir pasal keperluan, 1 Mbps sudah mencukupi malah lebih daripada cukup. Yer la, aku kan bukan kaki download cam korang. Huhu..

Seperti tajuk entri ni, kenapa aku upgrade ke pakej Streamyx BB Deals? Actually dah lama aku nak upgrade, sejak TM bagi percuma selama 4 bulan tu lagi, tapi belum sampai seru orang cakap. Tapi hari rabu lepas tak semena-mena staff TM Kuala Lumpur call aku dimana dia cadangkan supaya aku upgrade pakej Streamyx yang aku guna sekarang ni ke pakej BB Deals memandangkan bil yang aku bayar setiap bulan lebih kurang je dengan harga langganan BB Deals 1 Mbps tu. So, aku pun ambil keputusan untuk upgrade.

Sebab lain yang buat aku tak perlu fikir panjang untuk upgrade ke pakej BB Deals ni ialah kelajuan yang ditawarkan. Walaupun aku hanya upgrade kepada pakej BB Deals 1 Mbps, aku rasa ianya sudah cukup laju memandangkan speed 512 Kbps yang aku gunakan sekarang pun dah memuaskan hati aku (tapi kadang-kadang tu bikin panas jugalah). So, adalah sangat berbaloi aku bayar RM110 untuk speed 1 Mbps berbanding aku bayar lebih RM110 untuk speed 512 Kbps. Kalau korang di tempat aku, rasanya korang pun akan upgrade kot. (more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 15 April '11 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal, Streamyx | Komen: Ada 12 komen je..