Sekarang ni terlalu banyak peluang buat duit secara online ataupun melalui internet yang terhidang betul-betul kat depan mata, malah tak perlu keluar modal untuk menyertainya walau 1 sen sekalipun. Senang cakap, ianya percuma. Cuma nak atau tak nak je rebut peluang-peluang tu. Jadi kat sini aku nak kongsikan 3 peluang buat duit secara online ataupun melalui internet yang boleh korang sertai. Paling penting, no need to pay anything (alamak! english berterabur.. Ha3).
1. Churp Churp

Churp Churp ni adalah sebuah pengiklanan melalui media sosial iaitu Twitter (Twitter Advertising), jadi untuk menyertai’nya, korang mestilah mempunyai akaun Twitter. Yang takde akaun Twitter lagi tu, korang boleh daftar kat www.twitter.com dan terus follow saya yer. Hehe.. Ok! Aku tak tahu nak jelaskan benda ni macam mana, ada baiknya korang baca FAQ mereka KAT SINI. Itu lebih afdhal.
Laman web: www.churpchurp.com
2. YouthSays (more…)
Diterbitkan pada 23 July '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Make Money, Website | Komen: Ada 28 komen je..

Apa, tak percaya? Percayalah! Hehee.. Ya, aku dengan baik hatinya meng’offer harga yang tak masuk akal ni kepada korang yang rasa-rasa nak mendapatkan Celcom Broadband tu.
Harga RM50 ni hanya akan korang perolehi di sini sebab kalau korang daftar kat mana-mana kioks Celcom atau agen mereka, aku berani kerat jari yang korang takkan dapat harga serendah ini. Malah nak minta kurang RM1 pun belum tentu diorang nak bagi. Tak percaya, korang pergilah cuba try test sendiri. Keh3.
Offer ni datang sekali dengan modem USB percuma. Senang cakap, samalah macam korang daftar kat kioks Celcom atau agen diorang tu. Cuma bezanya, korang daftar ngan aku secara online tapi ngan diorang secara direct. Dan perbezaan paling ketara, daftar ngan aku cuma RM50 tapi daftar ngan diorang RM100.
Tapi ingin aku ingatkan yang offer ni hanya sah sehingga 10. OGOS 2010
Berminat lah pulak. Tapi macam mana nak daftar ngan ko Wan?
Nak daftar senang je. Tapi sebelum tu korang kenalah pilih dulu pakej apa yang korang nak sama ada korang nak yang Basic je (RM68 sebulan) ataupun yang Advance (RM98 sebulan). Rujuk info kat bawah ni. (more…)
Diterbitkan pada 12 July '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Celcom Broadband, Promotion | Komen: Ada 38 komen je..

Seperti yang korang semua dah sedia maklum, Germany telah dikecundangkan oleh Sepanyol pada perlawanan separuh akhir antara mereka yang berlangsung pagi tadi. Nampaknya, ramalan si ‘paul the octopus‘ betul (tapi yang ni jangan percaya bulat-bulat, anggap saja ianya satu kebetulan). Agak kecewa juga bila pasukan yang aku nak lihat beraksi di perlawanan akhir gagal melayakkan diri.
Jika dilihat dari perlawanan tu, aku sendiri dah boleh agak yang Germany akan kalah sebab sedari awal permainan, bola lebih banyak dikuasai oleh Sepanyol. Ditambah lagi dengan serangan bertubi-tubi yang benar-benar membuatkan penyokong Germany tak senang duduk. Kalau ada yang sakit jantung, silap-silap boleh ‘gol’ dibuatnya. Huhu.. Manakala Germany pula aku lihat lebih banyak bertahan. Dan paling tak boleh blah, permainan diorang seakan tak menjadi. (more…)
Diterbitkan pada 8 July '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Miscellaneous, Personal | Komen: Ada 10 komen je..
Apa yang Germany, apa yang Sepanyol ni? Hehehee.. Actually aku cakap pasal Blue Bear yang Celcom bagi percuma tapi ‘berpengeras’ tu. Huhu.. Kelmarin aku dah semangat pergi redeem dengan harapan boleh dapat BEARMANY (untuk Germany) tapi hampa bila ESBEARANYOL (untuk Sepanyol) pulak yang aku dapat. Tengok la gambar kat bawah ni.

Masa redeem tu awal-awal lagi aku dah bodek taukey kedai tu supaya bagi Blue Bear edisi Germany siap aku tunjuk lagi BEARMANY yang diorang jadikan display. Tapi taukey tu cakap yang diorang akan bagi ikut stok yang ada dan habiskan stok tu dulu baru buka stok baru. Maksudnya time aku redeem tu diorang nak clearkan stok Blue Bear edisi Sepanyol. Sigh! (more…)
Diterbitkan pada 26 June '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal | Komen: Ada 13 komen je..

Sekarang ni aku berani jamin yang ramai orang (termasuklah korang kot) dah menghidap sindrom makan bola, tidur bola, dan segala-galanya bola. Kenapa? Sebab hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Piala Dunia a.k.a World Cup 2010 akan membuka tirainya. Huhu..
Sebenarnya tiada apa yang aku nak cerita, cuma nak tanya, negara manakah yang menjadi pilihan korang untuk menjulang World Cup 2010 ni?
Kalau tanya kat aku, opkos la aku akan jawab Germany, kan dah bagitau kat tajuk atas tu. Hee.. Kenapa aku pilih Germany? Entah la, aku pun tak tahu tapi aku pilih Germany sebab aku dan Germany macam ada satu chemistry yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. kah3.. Alasan yang langsung tak boleh blah. (more…)

Diterbitkan pada 7 June '10 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Personal, Picture | Komen: Ada 41 komen je..