Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

(Open case) Adverlets bayar atau tak?

Advertlets

Setelah sekian lama (tak ler lama mana pun) Wan meletakkan iklan Advertlets kat salah satu blog Wan yang tak berapa nak tinggi page impression’nya, akhirnya semalam tercapai juga nilai minimum untuk Wan membuat cash out. Mulanya Wan ingat nak kumpul dulu duit tu sampai beratus-ratus (dapat ke?) baru cash out tapi memandangkan ini kali pertama (YA! kali pertama) Wan boleh cash out duit iklan dari local advertising network ditambah lagi dengan khabar angin yang kurang enak mengenai Advertelats ni, so Wan fikir ada baiknya Wan cash out’kan saja hasil yang Wan dapat tu untuk nengok sejauh mana Advertlets jujur dengan perkhidmatannya. Dan tanpa membuang masa, Wan telahpun membuat cash out sebentar tadi.

Advertlets Cash Out
tak banyak pun kan?

Berbalik kepada persoalan samada Advertlets membuat bayaran ataupun tak, Wan masih belum ada jawapannya. Tapi sejak Wan mengikuti perkembangan Advertlets ni, terlalu banyak blog (nak tahu blog mana? google ler) yang menulis dan menyatakan bahawa Advertlest adalah scam dimana mereka tidak menerima sebarang bayaran yang sepatutnya mereka terima. Oleh itu, saja Wan tulis entri open case ini untuk melihat sejauh mana kebenaran tersebut. Adakah ianya fakta atau auta semata-mata kerana kalau kita just dengar dan lihat tapi tak mengalaminya sendiri, sungguh tak adil bukan untuk judge yang Advertlets ni adalah scam. So, kita tunggu hasilnya dalam tempoh 2 bulan ini untuk mengetahui apakah jawapannya.

Release tension jap. Antara Nuffnang dan Advertlets, mana yang lebih baik untuk dipilih? Jika soalan ni diajukan kepada Wan yang belum pernah mengalami ‘tragedi hitam’ dengan kedua-dua advertising ni, seriously Wan akan cakap meletakkan iklan Advertlets adalah satu tindakan dan pilihan yang sangat bijak ditambah lagi jika traffik blog sekadar bolehlah macam blog ni. Itu belum lagi kalau blog mendapat impression yang tinggi. Nak dapat RM10 sehari memang no hal lah dengan Advertlets ni.

Wan cakap ni berdasarkan pengalaman dan bukannya ikut sedap mulut je ye sebab dah lama Wan letak Nuffnang kat blog ni (kalau tak silap, sejak blog ni wujud lagi) tapi sampai sekarang masih tak boleh nak cash out. Dan secara ekslusif Wan bagi tau yang earning Nuffnang Wan sekarang ni hanyalah RM20. Serius, tak tipu! Lain pula halnya dengan Adverlets dimana nak dapat RM1 sehari memang cam buka kulit kacang je. Kalaulah aku letak Advertlets sejak blog ni wujud, memang dah berkali cash out kot. Huhu.. Baiklah, sekarang Wan ajukan pula soalan ni kat kamu. Kalau sudi, jawablah kat ruang komen bawah tu yer.

Sekadar peringatan. Jika kamu meletakkan iklan Nuffnang pada blog kamu, Wan sarankan agar kamu jangan meletakkan iklan dari advertising network lain terutamanya Advertlets supaya kamu akan mendapat status Glitterati daripada Nuffnang. Untuk detail, kamu boleh baca di sini.

Psstt: Saja Wan letak gambar big boss Advertlets besar-besar kat atas tu siapa lagi kalau bukan Josh Lim sebab kalau betul Advertlets ni scam, boleh ler sape-sape yang terserempak ngan beliau tolong kasi 1 flying kick sebagai hadiah dari aku. Huhu..

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 11 August '09 - Kategori: Advertlets, Blog, Make Money

Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

40 Comments to “(Open case) Adverlets bayar atau tak?”

11.08.09 at 01:50
Posted by x-po

hoho hidup nuffnang!!! dh dua kali byr

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@x-po yoyo’oh je hidup nuffnang.. tup2, dah tukar ke advertlets juga. apa punya pendirian la kau pakai ni bro? so, no wonder la awek ko cari lain. hahaha.. larikkk..

sblm tu, good luck utk percubaan kamu bersama advertlets :)

[Reply]

x-po Reply:

haha aku pun xtau nape tba2 ati aku tba2 berubah plak

[Reply]

11.08.09 at 01:54
Posted by aman

aku pun nak tahu hasil case study nie. yayy!

[Reply]

11.08.09 at 03:45
Posted by Khai

Nuffnang, Advertlets dan Innity, semua aku balun.. huhuhu..

1. Advertlets (kat ohartis je).
- pengalaman aku dgn advertlets agak baik. Dah beribu2 dah kot dapat payment dari diorang. Sehingga kini belum pernah miss lagi dia bayar aku. Lambat sikit tu ada la. Tapi bila lambat, diorang terus bankin dalam akaun maybank disusuli dgn email maaf.

Kalau rujuk artikel lepas di Justkhai, mmg aku suggest blogger pakai Advertlets. Sebab dari pengalaman aku, macam yg ko cakap la, earning advertlets ni berkali ganda lebih kencang dari nuffnang. Tapi bila dah rekomen, ada yang mengadu dah cashout, tapi tak dapat-dapat duit diorang. Aku jadi blur bila diorang kata aku menipu.. sigh~ .. siapa yg kene macam ni, rajin2 la email advertlets tanya apa masalah. Jangan terus hentam + buang iklan. Mmg sampai mata la diorang x hengen nak bayar korang.

2. Nuffnang (kat ohtidak , etc etc)
- Nuffnang earning dia mmg slow berbanding advertlets. Tapi yg bagusnya, diorang ni bayar on time. Belum ada blogger yg tak dibayar lagi oleh Nuffnang ni. Jadi rekod diorang bersih.

Bulan lepas aku buat eksperimen di ohartis. Ohartis unique hits sehari 5 kali ganda dari ohtidak. Yang peliknya, dua-dua keluar iklan (dapat campaign) tapi earning kat ohtidak, jauh lebih byk dari ohartis. Buffering jadah semua pun, ohartis yg lebih dari still ohtidak yg dpt byk. Apa yang aku fikir sekarang, Nuffnang ni ada sikap pilih kasih sikit. Tak tahulah, mungkin cepat atau lambat je korang akan rasa macam tu…

3. Innity (kat justkhai je)
- Baru join beberapa hari lepas lepas direkomen oleh amanz. Earning jalan dgn baik even agak slow.. Sehari nak lebih rm10 sgt susah. Tapi innity ni dilihat lebih esklusif dari dua pengiklanan no 1 dan no 2 tadi. Apapun baru 3 4 hari cuba, aku x layak nak komen pasal Innity ni lagi. Mungkin nanti.

Kesimpulan:
Kesimpulan di sini, dari pengalaman hidup aku sebagai seorang blogger full time, Advertlets adalah medium terbaik untuk pengiklanan tidak kira blog korang pemes atau tidak. Cuma mereka perlu alert mengenai soal menepati masa untuk pembayaran kepada blogger. Kalau diorang dapat perbaiki masalah lambat bayar/x bayar ni, no wonder Advertlets akan jauh lebih maju berbanding sekarang. Jadilah “Advertlets Titan” dgn hanya meletakkan iklan mereka sahaja di blog korang.

Nuffnang, aku rasa advertiser dia akan pilih web yg x byk letak iklan lain. Banner affiliate pun kalau boleh dia x nak ada. Biar ada satu iklan Nuffnang je kat blog tu. Bila korang dapat campaign, kadang2 satu campaign selama 1 minggu pun dah beribu advertiser kasi. Dan payment pula on time. Kalau advertlets dgn titan’nya, Nuffnang semua dah sedia maklum dengan “Glitterati” nye.. aku lebih suka panggil “gelihati”. Hehehe.

Innity, korang boleh la cuba dulu.. baru tahu..

- Khai

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Khai thanks utk info yg panjang lebar ni khai.. so, kpd sesiapa yg kata advertlets ni scam.. sila buka mata tu besar2 ye dan baca betul2 apa yg blogger paling handsome kat malaysia ni tulis.

psstt: harap2 aku juga sama cam ko khai. maksud aku, pasal byrn tu. huhu.. tak adil la kan kalau ko je yg dpt tp kami2 ni langsung advertlets tak pandang. atau ko memang ada apa2 affair ngan josh lim tu? hahaha.. lari..

[Reply]

samdaddycool Reply:

Thanks bro atas penerangan jujur telus dan terperinci.

[Reply]

11.08.09 at 10:24
Posted by shahrul

Klu banding iklan advertlets@nuffnang dgn iklan affiliate, mana yg lebih untung?

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@shahrul adverlets dan nuffnang ni tak sama ngan iklan affiliate. ni berdasarkan apa yg aku tau..

advert/nuff kita akan dapat earning kalau blog kita ada visitor dan dpt click utk iklan yg mereka paparkan. ini bermakna, smakin byk visitor dan click, semakin tinggi ler earning yg kita dpt.

lain pula dgn affiliate dimana kita hanya akan dpt earning bila ada org yg beli melalui link affiliate kita tu. mknanya, sbyk mana pun org klik iklan tu kita tak kan dpt apa2 earning jika tiada jualan.

utk persoalan kamu tu, aku tak tahu nk jawab mana yg lebih untung sbb masing2 ada pro dan kontranya. cuma aku boleh ckp, gunalah kedua-dua’nya utk keuntungan yang berganda :)

[Reply]

11.08.09 at 10:31
Posted by denaihati

tahniah tu…aku baru je cecah puluh ringgit je…menunggu angka RM100 soon…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@denaihati thanks bro.. apa2 pun, don’t worry be happy coz nanti sampai ler angka seratus tu. huhu.. yg penting, teruskan mengayuh wlpn just pelan2..

[Reply]

11.08.09 at 12:04
Posted by azizan4444

bg aku,kalau boleh nk pkai dua2..tp dsbbkn nk kkl gliteratti nuff trpksa pki nuff je..hee

tp klu da dpt kempen tu mmg earning die tggi kdg2..papepon nnti jgn lupe bnje kitorang ye wan?heee

[Reply]

11.08.09 at 21:15
Posted by Mr.Bintang

aku bakal menukar advertiser untuk blog aku yg satu lagi.. hehe.. sbb pada pemerhatian aku.. x beri apa² makna kalau aku letak nuffnang.. earning langsung x de.. nak harapkan CTR sape je nak klik? Nak harapkan CPM, kempen haram x de.. so ada baiknya aku tukar.. untuk itu.. aku akan pasang Advertlets n Innity.. tungguu…..~ hahahaha..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Mr.Bintang itu la pasal.. kalau setakat sorang dua je yg klik (itupun kena main exchange), memang takkan ke mana ler earning tu. huhu.. apa2 pun, aku nk ucapkan selamat bertukar ke advertlets wlpn bro tak tukar lg. kiranya akulah org pertama yg wish penukaran advertiser bro tu. hahaha..

psstt: alang2 aku dah ada earning ngan nuffnang ni, tunggu ler smpai boleh cash out dulu baru aku akan mengikut jejak bro..

[Reply]

11.08.09 at 21:48
Posted by Ikhwan

bagi aku stiap benda ada baik dan buruknya. tapi skrg aku still dgn NN. servis dia bgus, bayaran dia pon ok. skrg dah cecah rm50. tggu masa je nk cash out. tapi ada member aku yg msih blum dpt payment dri adverlets. bkn sratus dua tp tujuh ratus! bila hantar email, adverlets ckp dia fraud click, padahal dia tak click pon. mybe sbb dia pasang kt forum. tuh pasal kne ban. ye la forum kn byk impression. so adverlets tak percaya kot :smile:

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Ikhwan itu sdh pasti.. kalau dua2 advertiser ni sama je, baik depa share je profit tu kan sebab takde persaingan. huhu.. maybe blog bro tu mesra ngan nuffnang sbb tu nuffnang pun syg ngan blog bro tu dan bg semua kempen yg diorg ada kt bro.. tu yg senang je nk dpt earning tu. hehe..

pasal advertlets tak byr kat kawan bro tu, serius aku tak dpt nk tolong dan aku hanya mampu ckp ‘sabar la yer’. huhu.. tp kes tu membuatkan aku risau sbb mana la tau kan benda yg sama jd kat aku. :)

[Reply]

11.08.09 at 22:37
Posted by naz

aku kurang suke nuffnang coz, die punye ads susah nak klua,klau klua pon time2 org takde.pkul 3-4 pagi baru nak klua.aku tak tau die pakai script ape.haih.geram je.

psst:nuffnang aku pon lembab seperti siput vavi.baru rm4.25.hahah

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@naz yg ni salah satu kelemahan nuffnang yg buat para blogger naik nyampah termasuklah aku.. ada ke patut kluarkan iklan ikut timezone US. berapa kerat sangat ler org yg nengok iklan tu kan?

yg tempah iklan kat nuffnang ni pun sal ngok sangat ek? boleh plak diorg nk iklan yg diorg byr tu kluar time hmpir kesemua org malaysia sdng tidur.. mcm mana ler nk untung berganda-ganda. pelik seh..

psstt: sabar la yer. hahaha :lol:

[Reply]

11.08.09 at 22:50
Posted by Akuro San

hai.. kat posting blog saya, ramai yg kata nuffnang lg bagus. kat sini lak, masing2 mcm dah nak tukar adverlets lak… confius saya.. huhu…

apa pun, saya dah pasang nuffnang di blog saya. tapi earning masih belum masuk lg walau 1 sen pun. jadi, patut ker saya bertukar pd adverlets? tapi mcm mana lak klu saya dah pasang adverlets sampai boleh ‘cash out’, tapi adverlets tak bayar lak? tak ker buang masa jer?

sbb ada org yg komen di blog saya beritahu, yg adverlets tak bayar pd blog yg ber trafik rendah… so? macam mana?

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Akuro San first of all, tahniah sbb dah pasang iklan kat blog. skurang-kurangnya bolehlah guna earning tu nanti utk cover bil internet dan juga sewa hosting. tak ler membazir sangat duit kita berblogging kan malah boleh memberi keuntungan yg maksimum jika kena pd caranya. huhu..

pasal masalah Akuro San ni aku tak tahu nk tolong mcm mana sbb akuro san sendiri dah berbelah bg nk guna advertiser yg mana satu. tp kalau dah guna nuffnang dan rasa itu adalah pilian yg terbaik, why not teruskan je kan? tp kalau nk masyuk, semestinyalah advertlets merupakan pilihan yg tepat..

buang masa tu actually sama je kalau pasang nuffnang kat blog yg ber’trafik rendah mcm blog ni. tgklah, dah hmpir 1 tahun tp masih tak cukup utk cash out.. so, samalah kesnya mcm tak dpt byrn juga kalau earning manjang je 0. huhu..

utk persoalan advertlets tak byr kat blog yg visitor’nya rendah, aku rasa better tanya terus kat josh lim sbb semestinya beliau lebih arif pasal benda ni.. kalau cuma follow apa yg org ckp, susah gak sbb tak tahu ianya 100% betul atau sebaliknya.

akhir kata, jadilah pengguna bijak.. belilah barangan buatan malaysia. hahaha.. apa kaitan? :lol:

[Reply]

12.08.09 at 01:59
Posted by kita

bayar tapi lamabat aaaa…sepatutnya google lambat coz luar negara….yg local sepatutnya laju…..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@kita yeah.. ni yg sedap sket utk didengar ni. lmbat tu aku tak kisah asalkan diorg byr sbb apa yg penting bg aku, earning dr advertlets lebih cpt berbanding nuffnang. so, takde beza pun kat situ sbenarnya.

tp betullah, knp lambat sangat diorg urus payment tu ek? takkan diorg pun tunggu cheque pengiklan dr luar negara juga baru proses dan buat byrn kat blogger. tp takde plak aku nengok pengiklan diorg yg dr luar negara. huhu..

[Reply]

12.08.09 at 08:00
Posted by MyDailyBlog.Info

betul…betul..google lagi cepat bayar.. :mrgreen:

[Reply]

12.08.09 at 19:22
Posted by Josh Lim

Hairan betul mengapa gambar saya di sini :)

Saudara Aziz Wan, kita telah menerima cashout anda yang bertarikh Ogos 10 (baru 2 hari sebelum ini). Apabila sampai 30-45 hari dari akhir bulan ini (terma pembayaran standard) kita akan menghantar cek atau membuat bayaran melalui bank deposit kepada anda. Jikalau saudara hendak pembayaran dilakukan melalui bank deposit, sila kirim butiran akaun bank anda (nama anda, nama bank dan nombor akaun) kepada info@advertlets.com

Terima kasih, dan salam! Josh dari Advertlets.

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Josh Lim mr. Josh Lim kan handsome, sebab tu gambar mr. Josh ada di sini :mrgreen:

Sebelum apa-apa, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mr. Josh kerana memberi respon terhadap cashout yang telah saya lakukan dan memaklumkannya kepada saya di sini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana mr. Josh menjelaskan kepada saya mengenai pembayaran yang akan dibuat oleh pihak advertlets terhadap cashout yang telah saya lakukan. Memandangkan adverlets membenarkan saya membuat pilihan untuk menerima bayaran melalui bank deposit, nanti saya kirimkan butiran saperti yang mr. Josh nyatakan ke alamat emel yang diberikan.

Terima kasih.

[Reply]

13.08.09 at 12:41
Posted by ariey

huyoo dpt respon terus dari josh lim..ni buat aku nak ltk iklan advertlets ni hehe

[Reply]

13.08.09 at 23:26
Posted by unwanted

aku pernah cashout advertlets.
MALANGnya, sampai sekarang x dapat.
aku dah hantar ticket 2kali.
sekali dorg balas mintak no bank.
aku bagi. tapi masih tak dapat.
lepas tu senyap terus.
sampai la sekarang.
apa guna klu banyak dapat tp x leh cashout.
kepada adverlets (josh lim),
klu korang bayar aku, baru akan kembali think +ve..ha3

[Reply]

14.08.09 at 12:30
Posted by hidet

hu..biasa dengar jek iklan2 gini..
tak reti la nak guna..huhu

[Reply]

unwanted Reply:

buka je adverlets (tidak dicadangkan.ha3) atau nuffnang.
nanti kat sana ada tutorial bagaiaman hendak letak iklan tu.:)

[Reply]

04.09.09 at 15:12
Posted by safar

Siapa yang pernah trauma dengan advertlets mesti faham.
bagi saya nak cuba dulu masih rasa takut.sebab blog yang
ada trafik tinggi pun mereka tak mahu bayar.itu fakta.

kalau trafik rendah berbau duit langsung tiada.kasar
sangatkah bahasa saya ini.

[Reply]

[...] lebih kurang 2 bulan menunggu hasil open case mengenai Advertlets yang pernah Wan tuliskan suatu ketika dulu (adeh.. macam lama sangat la pulak [...]

02.11.09 at 19:55
Posted by FaReDz

fuhh..mcm2 pendapat..membuatkan aku pk byk kali nie..hahahaha..tgk advertlets nie mcm best…kalu xbesh,xkan khai pasang kt justkhai,ye x? tp tulah..aku akan tanye lg pendapat org lain utk kompomkan aku nak pilih mana satu..hehehe..adios wan… :D

[Reply]

04.02.10 at 20:29
Posted by ermm

sy slalu cari cara mcm mana nak dpt duit melalui internet sampai kena tipu duit sy , sy nak try adverlets tapi kat mana sy nak daftar …… ???

boleh ada sapa2 yg tolong sy x …….???

[Reply]

18.02.10 at 13:19
Posted by bloginformasi

Advertlets try NN pun try.Memang betul kata Khai Advertlets earnings lebih laju bagi blogger kecil macam saya.Cuma nak tanya azizwan tentang update terkini advertlets. Bro rasa macam mana advertlets sekarang? Okay atau KO?

[Reply]

17.06.10 at 20:13
Posted by paan sabry

so lg bgos letak advertlets saje ke, letak both advertlets n nuffnang?
*Entri terbaru kat paan sabry´s [type]: duit juta-juta

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@paan sabry aku tgk bro letak advertlets kat blog.. kalau rasa berbaloi, teruskan.. tp kalau rasa suam-suam kuku je, better guna nuffnang.. dan bila dah guna nuffnang, tak digalakkan letak dua2 kat satu blog yg sama sbb nuffnang ni leceh sket. huhu..

[Reply]

28.07.10 at 17:39
Posted by Meow

aku pun cashout bulan march 2010 masih lagi tak dpt sampai sekarang..

dah email cara baik pun diorg masih lagi buat bodoh…aku tak tahu la cara apa yang patut digunakan…

sapa ada format surat/email yg boleh digunakan untuk berhubung dengan advertlets ni??
*Entri terbaru kat Meow´s [type]: Apalah Nasib Blogger Dengan Advertlets

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Meow sedih pula aku baca komen bro ni. huhu.. pasal format tu tak tau la pulak tp apa kata bro cuba hantar sekali lg emel ke info@advertlets.com dan bagi ayat bodek yg bro rasa boleh menarik perhatian mereka untuk membuat bayaran. kalau tak berhasil juga, bro cuba tanya terus kat Josh Lim via twitter dan pandai2 ler diskas.. selamat mencuba dan semoga berjaya.

[Reply]

09.12.10 at 22:29
Posted by syoknya

Please send me cara -cara nak pujuk mereka bayar..saya ADa byk duit tertunggak advertlts tak bayr..send me emel bos dia ke.. add my facebook : alif syk

[Reply]

01.07.11 at 15:03
Posted by airul nizam

aku xpenah merasai perkara ini berlaku dalam bisnes aku…kenapa berlaku perkara sedemikian di mana wang tidak dibayar?adil atau tidak jika perkara sedemikian rupa berlaku..

[Reply]








CommentLuv badge