Oh! Advertlets.. Sayang korang

*Gambar ini saimatkong yang punya
Seteleh lebih kurang 2 bulan menunggu hasil open case mengenai Advertlets yang pernah Wan tuliskan suatu ketika dulu (adeh.. macam lama sangat la pulak bunyinya. Huhu..), akhirnya Wan terima juga bayaran daripada mereka dan bayaran tersebut terus masuk ke akaun bank Wan. Yeah! Terima kasih ya Advertlets sebab korang dah mudahkan kerja Wan. Hehe..
Sebenarnya hari Jumaat tu lagi Wan nak share berita gembira ni (gembira ke?) sebab Wan dah dapat emel daripada mereka yang memaklumkan mereka dah buat bayaran terus ke akaun Wan. Tapi since bayaran yang mereka buat tu belum dibersihkan a.k.a clearance, maka Wan tak berani tak lebih-lebih. Mana ler tau kan kot-kot cakap tak serupa bikin. Huhu..
Bila dah dapat payment dari Advertlets ni Wan pun hairan kenapa ramai yang cakap Advertlets ni tak bayar dan wajib diboikot sampai Wan sendiri pun naik takut dibuatnya. Tapi Wan rasa la kan, mesti ada something yang tak kena sebab tu Advertlets tak nak bayar. Yang ni kena tanya sendiri kat Advertlets sebab Wan takde jawapan untuk persoalan itu.
Atau mungkin juga disebabkan mereka dah kutuk-kutuk Advertlets sebelum bayaran boleh dibuat since Advertlets dah letakkan syarat yang bayaran hanya akan dibuat dalam tempoh 30-45 hari selepas cash out yang dikira bermula dari awal bulan selepas bulan cash-out (faham ke apa yang Wan tulis ni? Huhu). So alang-alang dah kena kutuk, Advertlets pun dah tawar hati nak bayar. Yer la, kalau kena kat Wan pun opkos Wan akan buat benda yang sama. Sape suruh tak berbudi bahasa. Kan budi bahasa itu budaya kita.
Ok la, taknak taip lagi dah sebab kamu pun dah jeles dah tu ha. Hehehe.. Cuma dengan terbitnya entri ini, Wan dengan beraninya memutuskan di sini bahawa Advertlets sememangnya sebuah syarikat local advertising network yang boleh dipercayai even dah macam-macam versi yang kita dengar pasal Advertlets ni. Rasanya kamu pun tahu apa yang Wan maksudkan kan? Cuma tu ler, tempoh menunggu yang mereka bagi tu membuatkan ramai yang tak senang duduk. Huhu..
Akhir kata, Wan nak ucapkan berbanyak terima kasih kat Advertlets especially Mr. Josh Lim (twitter beliau @joshlim) sebab do the right job. Harap lepas ni takde la lagi orang mengata dan buat spekulasi yang Advertlets ni penipu yer. Cuma satu je harapan Wan (itupun kalau orang kuat Advertlets baca blog picisan ni) kat Advertlets ni supaya cepatkan sket tempoh bayaran tu. Baru kitorang sebagai publisher ni tambah semangat nak promo Advertlets kaw2. Hehehe..
Oh ya, kalau kamu nak tahu Wan dapat berapa, sila klik di sini yer. Tak la banyak tapi boleh la cover duit Wan untuk bayar bil streamyx yang super hampeh tu. Dan lepas ni Wan nak pasang Advertlets terus la. Boleh gitu? Huhu..
Update: Thanks juga kat GambarHehe sebab bagi Wan duit raya. Tahun depan sudi-sudilah lagi yer. Maklumler, Wan memang tak tahu malu kalau orang dah nak bagi rezeki kat Wan. Hehehe




<- klik untuk tutup


19 Comments to “Oh! Advertlets.. Sayang korang”