Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

New Sword – Apacs FINAPI 88

Apacs FINAPI 88

Setelah beberapa ketika berkira-kira untuk membeli sword (racket sebenarnya) baru, akhirnya 2 batang racket Apacs FINAPI 88 telah selamat diangkat. Tengok sekali imbas, racket ni nampak macam Voltric 80 keluaran Yonex. Tapi kalau diamati betul-betul, design pada shaft (batang) Apacs FINAPI 88 ni sedikit hodoh. Fakta! Sape-sape yang beli racket tengok pada design tu, racket ni memang tak sesuai. Boleh cari yang lain.

Mungkin korang tak tahu, sebenarnya racket yang aku nak beli sesangat adalah Voltric 80 sebab aku adalah penggila jenama Yonex yang kalau boleh tiap kali turun badminton mesti pakai kelengkapan jenama Yonex. Hoho.. Tapi disebabkan harga Voltric 80 tu agak mahal, dapat beli yang sedikit menyerupainya pun jadilah. Kui3.. Lagipun apa sangat la mainan aku sampai nak pakai racket memahal? Voltric 80 pulak tu.

Apacs FINAPI 88

Ok! Aku pilih Apacs FINAPI 88 ni sebab design’nya yang hampir menyerupai Voltric 80 (terubat la sket kekecewaan tak dapat beli apa yang diidamkan) dan kemampuan frame untuk menampung tarikan yang tinggi walaupun tension yang aku gunakan tak ler tinggi mana. Tapi kalau banding dengan racket Yonex yang harga bawah RM200, paling koman pun dapat tarik 26lbs je. Tu pun kena berani tanggung risiko sebab max tension yang disyorkan cuma 24lbs. Frame patah, putih mata la jawabnya. Huhu..

Itu sebab asas. Ini pula sebab tak asas (apakah?). Aku pilih Apacs FINAPI 88 ni sebab batangnya yang medium flex (kalau dalam bahasa yang mudah difahami ianya bermaksud separa mudah lentur *errr*). Sesuailah dengan tangan aku yang tak power ni untuk buat smash. Selain itu, racket ni juga jadi pilihan sebab ianya balanced (sape-sape yang main badminton tu, mesti tahu ni). Sekali lagi, sesuai untuk tangan aku yang tak power ni dan untuk aku, ianya ngam dengan cara mainan aku yang suka main rally.

Apacs FINAPI 88

Berapa harga Apacs FINAPI 88 ni? Kalau beli satu sahaja, harganya RM179 (sekali dengan string dan 2pcs grip), tapi kalau beli sepasang, ada diskaun untuk racket yang kedua. Berapa diskaun’nya tu, biarlah rahsia. Kui3.. Disebabkan aku masih mencari tension yang sesuai untuk main single dan double (tambahan pula dengan racket baru), maka aku pun ambil keputusan beli sepasang. Boleh pasang tension yang berbeza.

Apacs FINAPI 88

Sedikit info racket Apacs FINAPI 88 ni:-

Frame Meterial: Hi Modulus Graphite + Triple Speed System
Shaft Material: Hi Modulus Graphite
Flex: Medium
Weight: 85g +/- 2 (4U-G2)
Length: 675mm
Max Tension: 32lbs *tapi kat shaft tulis 35lbs
Balance: 285mm +/- 3

Apa lagi, badminton jom. Hohoho..

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 20 June '12 - Kategori: Personal, Picture

Tagged: , , , , , .








CommentLuv badge