Nak hantar SMS tapi kehabisan kredit? Ini penyelesaian’nya

Korang nak hantar SMS atau reply SMS tapi handphone korang tu dah kehabisan kredit atau dah tamat tempoh? Sekarang ni korang tak perlu lagi risau atau terus keluarkan duit pergi beli topup sebab aku ada jumpa satu website yang menawarkan perkhidmatan penghantaran SMS secara percuma. Ya, secara percuma. Asalkan time tu korang tengah online la. Huhu..
Kalau dulu Mobik adalah yang paling popular bab-bab hantar SMS percuma ni dan aku sempat jugalah mendaftar kat Mobik tu. Siap ajak kengkawan join sama semata-mata nak kumpul point untuk redeem hadiah yang depa tawarkan. Tapi tak lama lepas tu, Mobik’nya entah ke mana, hadiah yang di’idam-idamkan entah kemana. Nasib baik la juga benda free. Kui3
Baiklah, sekarang aku tunjukkan website yang aku maksudkan tu sekali ngan tutorial macam mana nak guna walaupun aku tahu, tak payah tunjuk tutorial pun korang tetap boleh buat punya. Keh3
Website: sila KLIK DI SINI
Cara guna: Masukkan nombor telefon penerima pada Mobile Number dan jangan lupa sertakan kod antarabangsa kat depan nombor tel penerima tu. Kod antarabangsa untuk Malaysia adalah 6, so korang kena sertakan nombor 6 tu. Jangan masukkan kod negara lain sudah.
Contoh: Misalnya nombor tel penerima ialah 012-3456789 maka korang kena masukkan nombor 60123456789 tanpa sebarang tanda mahupun jarak. Rujuk gambar kat bawah ni.

Korang isi mesej dengan karektor kurang daripada 160. Dalam mesej tu korang jangan la lupa sertakan nama korang yer. Bukan apa, takut si penerima SMS tu terkejut beruk dengan SMS tu. Maklumlah, nombor yang masuk bukan nombor yang dikenali. Huhu..
Dah siap semua, tekanlah Send tu. Selesai. Dan apa yang menariknya dengan perkhidmatan ni ialah, tiada iklan yang disertakan pada SMS yang korang hantar tu malah masa yang diambil juga sama seperti kita menghantar sms biasa. Senang cakap, memang terbaik!
Jadi tunggu apa lagi? Cubalah dan lihat hasilnya



42 Comments to “Nak hantar SMS tapi kehabisan kredit? Ini penyelesaian’nya”