Naikkan Ranking Alexa Dengan Free Viral

Tahun ini sudah tahun 2009 dan entri ini adalah entri pertama untuk tahun ini. Sebenarnya Wan masih dalam mood tahun baru dan belum ada semangat nak menulis apa-apa entri walaupun pada dasarnya Wan tak pergi pun sambutan tahun baru. Huhu.. Cukup la Wan sambut tahun baru kat rumah sambil nengok rancangan Ambang 2009 kat TV2 walaupun persembahan pentasnya entah apa-apa.
Baiklah, memandangkan Wan belum ada semangat nak mengupdate blog ini, maka entri pembukaan untuk tahun 2009 ini Wan hanya ingin menyajikan kepada kau satu teknik ringkas yang mana ianya telah Wan gunakan semenjak 3 minggu lepas iaitu teknik menambah unique visitor sekaligus menaikkan ranking alexa. Jika kau pengikut setia blog ini, kau mungkin pernah melihat link dari teknik ini berada pada live traffic kat tepi tu.
Sebenarnya Wan belum bersedia lagi untuk kongsikan teknik ini kerana ianya masih dalam proses kajian Wan. Nak tengok samada teknik ini membuahkan hasil atau sebaliknya sebab walaupun dah lebih kurang 3 bulan blog ini wujud tapi PR masih juga telur. Huhu.. Tapi bila difikirkan balik, kalau Wan tak buat promosi secara terbuka sampai bila pun takkan berhasil. Betul tak? Hehehe..
Jika sebelum ini Wan hanya memberikan tips tingkatkan trafik yang sangat asas. Kali ini Wan ingin kongsikan pula teknik seperti yang dimaksudkan di atas iaitu Teknik Viral dimana teknik ini adalah teknik promosi berangkai yang mana konsepnya hampir sama dengan perniagaan MLM. Tapi kau harus ingat yang teknik ini langsung tidak memerlukan kepakaran dalam bidang MLM.
Ok, kau mesti tertanya-tanya apa faedah teknik viral ini sedangkan ianya hanya menarik pelawat datang sekali sahaja iaitu semasa mereka hendak menyertai program ini. Ya, itu tidak dapat Wan nafikan. Tapi jika dilihat secara menyeluruh, teknik ini nyata sangat berbaloi untuk meningkatkan ranking alexa asalkan kunci utama untuk berjaya iaitu promosi dilakukan.
Selain itu, teknik ini juga berkemungkinan besar dapat meningkatkan pendapatan adsense kau (jika ada) asalkan kedudukan adsense kau berada pada tempat yang mudah dilihat dan mudah untuk diklik. Contoh paling dekat seperti yang ada di blog ini dimana Wan meletakkan iklan adsense (image ads) pada bahagian header. Jika bernasib baik, ianya mungkin akan diklik.
Baiklah, untuk info lanjut kau bolehlah klik di sini kerana mulai sekarang Wan akan cuba sedaya upaya untuk memendekkan setiap entri dengan hanya memberi point utama kerana Wan yakin yang kau tidak akan membaca kesemua ayat jika entri itu terlalu panjang. Betul kan?
Psstt ~ Kau mesti perasan yang ayat pada entri ini agak tunggang-langgang dan seperti tiada kaitan dengan tajuk. So. Wan nak minta maaf bebanyak ya. Maklumlah, masih mood tahun baru. Ahakz!
tima kasih atas info ko tu.




<- klik untuk tutup


17 Comments to “Naikkan Ranking Alexa Dengan Free Viral”