My new SORO (bilik dah)
Seperti yang dijanjikan pada entri lepas, aku nak kongsikan beberapa gambar sekitar ruang bilik aku yang masih kosong yang mana ianya bakal menjadi ‘bilik ku syurga ku’ dan juga my new SORO (new term menggantikan SOHO.. Jadi korang pandai-pandailah letak perkataan penuhnya yer) walaupun aku tahu yang korang bukan’nya nak tengok pun. Huhu..
Tapi aku tak kisah sama ada korang nak tengok ke tak sebab macam yang aku dah cakap, blog ni akan menjadi blog personal which mean aku akan muatkan apa sahaja kat blog ni ikut aku punya suka. Well, dah nama pun blog aku kan? Sama ada korang nak baca ataupun tak tu, terpulanglah kat korang. Walaupun begitu, aku tetap berharap agar korang sentiasa mempunyai masa untuk diluangkan kat blog picisan aku ni. Yay!
Ok la, ni antara gambar yang aku ambil dan rasanya sesuai untuk dipaparkan kat blog yang tak femes ni. Huhu.. Layan..

Katil teddy bear yang ditaja sepenuhnya oleh my sister. Huhu.. Seriously, langsung tak boleh blah bila aku yang dah bujang dan nak kahwin ni (konon je) kena pakai katil yang bagi aku hanya sesuai untuk kanak-kanak bawah umur dan juga kaum hawa. Nak je aku tukarkan dengan katil aku yang empuk ni.
Tapi bila fikir punya fikir, orang dah bagi tak kan nak tolak pulak kan. So, pakai je lah. Cumanya, aku perlu beli cadar untuk tutup kewujudan teddy bear tu supaya bila ada member yang mai lepak bilik aku tak la gelak sambil guling-guling bila nengok katil aku yang sangatlah kebudak-budak’kan ni. Huhu..




See, bilik ni masih kosong lagi sebab barang-barang aku pun belum berkemas lagi untuk diangkut ke sana. Jadi, dah nengok bakal SORO aku yang masih kosong ni, takde ke sesiapa nak sponsor? Sponsor hiasan dinding ke, meja ke, aircond ke, karpet ke ataupun katil bagi menggantikan katil teddy bear tu. Muahaha..
Oh ya, ada sesiapa tahu macam mana nak hantar penyertaan untuk deko bersama eric tu? Mana la tau kan, kot-kot bilik aku ni terpilih untuk diubah suai. Kan jimat kos sebab segala-galanya dapat free. Huhu.. Dan memandangkan cat bilik tu pun masih warna putih, aku dengan relanya membenarkan Nippon menjadikan bilik aku ni sebagai modal untuk mempromosikan produk mereka. Nuffnang, can you help me in this case? Muahaha..
Apa-apa pun, nantikan wajah baru bilik ini setelah ianya selesai di touch-up nanti. Itupun kalau ada perubahan la. Kalau takde, diam-diam sudah. Huhu..








tahniah!
21 Comments to “My new SORO (bilik dah)”