My life too SUCKs right now!

Seriously, dalam seminggu ni aku rasa hidup aku sangat SUCK! walaupun kamu nampak aku macam happy go lucky je. Namun hakikatnya tidak seperti apa yang kamu sangkakan sampaikan aku nak online pun takde mood walhal internet dah macam perkara wajib untuk aku setiap saat. Maybe kamu pun perasan pasal ni sebab kamu jarang nengok aku ber’tweet disiang hari dan cuma nampak di waktu malam. Dan aku online waktu malam tu pun semata-mata nak update blog yang ada. Kalau tak, dah sah-sah kamu takkan nengok aku online. Adakah ini petanda yang aku perlu berehat atau resign terus dari dunia internet ni sekaligus menjimatkan duit aku untuk membayar streamyx setiap bulan? Hurm..
Actually, terlalu banyak yang mahu aku luahkan untuk berkongsi kepada kamu semua tapi nak luahkan lebih-lebih kat blog ni rasa berat sangat la pulak since ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada dunia. Maklumlah, siapa sahaja boleh masuk dan baca kandungan kat blog ni kan? Silap-silap pakcik, makcik, sepupu, sepapat dan awek-awek aku pun baca blog ni dalam diam. Siapa tahu kan? Cuma apa yang boleh aku cakapkan di sini, kehidupan SUCK aku ini berpunca dari tekanan persekitaran aku. Persekitaran apa? Faham-faham sajalah yer since aku masih bergelar seorang penganggur. Damn!
Ok, STOP! Taknak allout dan bagi kamu baca entri entah apa-apa dari aku. Biarlah ianya aku tanggung sendiri. Dan kepada awek-awek ku, kalau kamu termasuk ke blog pakwe kamu yang tak kacak ni dan membaca entri ini, aku dengan hati terbuka merelakan kamu pergi dariku dan mencari yang lain agar kamu bebas dan tidak terikat dengan kehidupan SUCK yang aku alami sekarang ini. Dan aku akan mencari kamu semula bila aku sudah bebas dari kehidupan SUCK aku ini nanti. Tapi sayangnya, aku tak tahu bila. Maafkan aku yer.
Sebelum aku chow, aku ada satu permintaan dari kamu semua yang membaca dan terbaca entri ini iaitu doakanlah agar kehidupanku akan menjadi lebih baik seperti kamu mungkin supaya aku dapat melewati hari demi hari dengan lebih sempurna selepas ini. Boleh kan?
Red Devils 3 – Sang Singa 2

gambatte kudasai www.kbsoccernet.com
Tadi sempat layan game antara MU dan Malaysia. So, rasanya belum terlewat aku ucapkan tahniah kat Malysian Football Team lagi-lagi kat Amri Yahya yang memboloskan 2 gol buat Malaysia walaupun Malaysia tewas dengan jaringan 3 – 2 kepada sang Red Devil, Man United.
Kepada football die hard fan, tak kira kamu penyokong MU ataupun Malaysia, isnin ni ada lagi 1 game antara MU dan Malaysia. Jangan lupa menyaksikannya yer dan berilah sokongan kamu kepada team favorite kamu. Walaupun MU adalah favorite team aku even ‘DB’ dah takde, tapi since aku adalah anak Malaysia, aku tetap sokong Malaysia. Ye la, kalau bukan kita yg nak sokong, siapa lagi kan?





tak baik bro cakap hidup suck….redha redha ok



tahniah!
11 Comments to “My life too SUCKs right now!”